Dipetik daripada buku “PSIKOLOGI CINTA” terbitan PTS Millennia Sdn Bhd
Dalam surah ar-Rum ayat 21 Allah menyatakan, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran”
ISLAM menggariskan akhlak yang terbaik untuk merealisasikan percintaan sesama lelaki dan perempuan yang mukalaf. Terdapat tiga peringkat percintaan yang mana orang Islam hendaklah mencuba sedaya upaya mereka untuk memelihara kesucian cinta itu daripada dicemari unsur-unsur maksiat dan perkara-perkara yang dapat membawa kepada kemurkaan Allah. Tiga peringkat tersebut adalah cinta sebelum perkahwinan, cinta selepas bertunang dan cinta selepas perkahwinan.
Cinta Sebelum Kahwin
Cinta sebelum perkahwinan adalah cinta yang hadir daripada pergaulan harian dengan individu yang mempunyai kesamaan daripada segi cita rasa, peribadi, minat dan cara hidup. Ada kalanya cinta ini adalah cinta pandang pertama yang hadir secara mendadak, dan ia juga mungkin cinta yang dibina secara berperingkat melalui pertemuan dan pergaulan harian. Cinta sebelum perkahwinan biasanya tidak digalakkan dalam Islam, kerana dikhuatiri akan menjerumuskan pencinta itu ke kancah maksiat dan kelalaian dalam percintaan. Walau bagaimanapun, jika percintaan itu mempunyai matlamat suci, iaitu untuk membawa pencinta itu ke jinjing pelamin dan ikatan yang sah, maka sebagai pencinta yang beriman dan takutkan Allah, mereka haruslah menjaga dan memelihara perkara-perkara berikut:
1.Menjaga batas-batas pergaulan dengan tidak menyentuh sesama sendiri, tidak membuang masa berjam-jam dengan bertelefon atau berbual-bual, dan tidak menjadikan pergaulan mereka seperti suami isteri yang sudah sah dinikahkan. Mereka harus sedar dan berasa malu kerana mereka masih belum mempunyai sebarang hak ke atas satu sama lain.
2.Menghormati maruah dan harga diri masing-masing, dalam erti kata lain tidak membenarkan diri berdua-duaan dengan kekasih, kerana orang yang ketiga adalah syaitan. Di samping itu tidak berhias-hias atau menampakkan perhiasan di hadapan kekasih kerana dikhuatiri boleh menaikkan nafsu syahwat kekasih. Sebaik-baiknya sebarang pertemuan hendaklah melibatkan mahram atau ibu bapa yang mengawasi tingkah laku mereka.
3.Mendapat restu dan kebenaran dari ibu bapa adalah faktor kejayaan dalam percintaan sebelum perkahwinan. Restu daripada ibu bapa memudahkan proses pertunangan dan pernikahan yang akan berlangsung sebagai kelangsungan daripada cinta itu. Ibu bapa harus memainkan peranan dengan memastikan anak-anak tidak melupakan tanggungjawab peribadi dan batasan akhlak dan ajaran agama semasa bercinta.
4.Berdoa dan menunaikan solat hajat supaya percintaan yang dimiliki akan diredai dan diberkati Allah. Bermohon kepada Allah supaya cinta itu dapat membawa kepada kesempurnaan peribadi dan kesempurnaan agama dengan mendirikan rumah tangga dan memelihara kelangsungan cinta itu.
5.Sentiasa melakukan solat Istikharah bagi meneguhkan hati supaya orang yang dicintai itu adalah yang terbaik untuk menjadi pasangan hidup sehingga ke akhir hayat. Janganlah mencintai seseorang kerana harta, rupa atau keturunannya, tetapi cintailah dia kerana agama dan kemuliaan akhlaknya. Solat istikharah membantu supaya individu yang bercinta itu tidak menyesal dengan pilihannya dan dia wajiblah menjuruskan percintaannya itu untuk mendirikan rumah tangga yang terpelihara. Sekiranya dia bercinta tanpa niat untuk berumah tangga tetapi sekadar ingin bermain-main dan bersuka ria, maka percintaan itu adalah penipuan dan setiap perbuatan ke arah itu mencetuskan dosa dan kemurkaan Allah.
Setiap perbuatan cinta seperti menyentuh kekasih, bersalaman, berdating, berpelukan dan bercanda adalah dilarang sebelum perkahwinan. Sebagai hamba Allah yang takut kepada kemaksiatan dan kehinaan hidup di dunia, pasangan kekasih hendaklah berasa malu untuk mempamerkan ‘cinta terlarang’ mereka kerana belum lagi diiktiraf oleh perkahwinan yang dituntut oleh syarak. Tetapi sebaliknya, apabila diikat dengan ikatan perkahwinan yang sah, perbuatan-perbuatan itu mendatangkan pahala dengan syarat suami isteri itu berusaha untuk menjaga batasan akhlak dan kesopanan tingkah laku apabila berada di khalayak ramai.
Cinta Selepas Bertunang
Kebanyakan orang yang bercinta menyimpan hasrat untuk mempertahankan cintanya hingga ke jinjang pelamin. Ber-tunang adalah cara yang dilakukan bagi menyempurnakan janji untuk berkahwin. Ia adalah tanda pengabadian cinta yang suci dan tulus. Cinta dalam pertunangan besar ujiannya kerana godaan dan cabaran yang datang dari pelbagai pihak mampu merubah hati dan pendirian pasangan. Orang yang bertunang dikatakan ‘berdarah manis’ kerana mudah terjebak kepada gangguan perasaan dan terdedah kepada pelbagai cabaran. Oleh sebab itu pertunangan tidak digalakkan untuk tempoh yang lama mengikut adat masyarakat Melayu. Malah ia tidak perlu dihebohkan kepada semua orang kerana dikhuatiri pasangan itu berubah hati dan tidak jadi melangsungkan perkahwinan.
Bertunang tidak sama dengan berkahwin. Bertunang adalah ikatan tetapi ia belum diteguhkan oleh akad yang menghalal-kan segala perhubungan antara lelaki dan perempuan. Bertunang adalah tempoh suai kenal bukan tempoh memadu asrama. Maka orang yang sedang bertunang tidak boleh melanggar batas-batas agama kerana mereka masih belum ‘halal’ untuk sentuh-bersentuhan, cium-berciuman dan sebagainya. Pihak lelaki perlu menyedari mereka belum lagi menjadi suami, begitu juga pihak perempuan belum bergelar isteri. Maka berhati-hatilah dalam pergaulan kerana syaitan sentiasa menjadi orang ketiga yang tidak jemu menggoda dan cuba merosakkan cinta yang terbina.
Cinta Selepas Kahwin
Allah mengiktiraf cinta selepas perkahwinan sebagai yang terbaik dan sumber segala kesenangan dan kasih sayang sebagaimana yang dinyatakan di dalam Quran ayat 21 surah ar-Rum, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran”.
Cinta selepas perkahwinan adalah cinta yang diredai dan dituntut oleh ajaran Islam. Cinta seharusnya berputik mekar selepas pasangan suami isteri itu mendapat mandat yang agung untuk bercinta melalui ikatan yang sah dan diiktiraf oleh agama dan juga anggota masyarakat. Bagi menyuburkan cinta selepas perkahwinan, maka pasangan suami isteri haruslah menghormati hak-hak dan tanggungjawab kepada yang dicintai dengan penuh kecintaan dan kasih sayang. Antara cara-cara untuk menyuburkan rasa cinta sebegitu adalah:
1.Membuktikan cinta melalui ketaatan, kasih sayang, pengorbanan dan kesungguhan memuliakan pasangan dan rumah tangga yang dibina. Pasangan suami isteri hendaklah sentiasa saling hormat-menghormati, menghargai perasaan dan tutur kata, sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga dan berusaha memelihara amanah dan janji yang dibuat.
2.Melahirkan zuriat sebagai bukti cinta yang terjalin. Sekiranya ditakdirkan tidak mempunyai zuriat, suami hendaklah bersabar dan tidak terburu-buru untuk berkahwin lain. Seharusnya usaha dilipatkan gandakan untuk mendapatkan zuriat baik secara tradisional mahupun secara perubatan. Sekiranya tidak berhasil, bolehlah mengambil anak angkat sebagai langkah alternatif.
3.Mengasihi dan menghormati ahli keluarga pasangan suami isteri. Bagi mewujudkan keluarga yang harmonis, perhubungan kedua-dua belah pihak hendaklah dijaga dan dipelihara sebaik mungkin. Sesekali, hadiah dapat dijadikan penghubung kasih-sayang dan tidak lupa untuk bertanya khabar sekiranya tidak berkesempatan untuk menziarahi keluarga yang jauh.
Seharusnya Cinta…
Insan yang beriman sering kali meletakkan sandaran yang kuat dan kukuh kepada Allah. Maka, dalam soal percintaan, sering kali mereka bersikap tenang dan menyerah diri kepada ketentuan Allah. Ini adalah kerana mereka yakin cinta datang dari Allah dan hanya Dia sahaja yang dapat menganugerahkan atau menghapuskan cinta itu. Allah adalah Pencipta kepada cinta, dan setiap penciptaan-Nya ada matlamat dan sebab kewujudannya, yang sering kali tidak cuba difahami oleh manusia.
Hanya segelintir sahaja yang memahami hakikat didatangkan perasaan cinta itu, iaitu kembali kepada asal matlamat kejadian manusia; untuk menyembah dan melakukan ketaatan kepada Allah. Tidak kira apa bangsa ataupun agama sekalipun, hakikat cinta adalah kembali kepada mengagungkan dan membesarkan Tuhan yang menciptakan segala cinta. Agama Islam, Kristian, Buddha, Hindu serta lain-lain agama tetap mengupas persoalan cinta sebagai sumber kedamaian hati dan keamanan dunia.
Realiti cinta menuntut pengorbanan daripada setiap individu yang berani untuk melibatkan dirinya dalam percintaan. Cinta penuh dengan air mata, aliran perasaan yang amat deras dan getaran yang mengilukan hati. Cinta juga penuh dengan keindahan, keselesaan, kehalusan perasaan dan kenikmatan jasmani mahupun rohani. Ini adalah kerana, cinta tidak hanya melibatkan perasaan semula jadi antara lelaki dan perempuan sahaja tetapi juga melibatkan perhubungan antara manusia dan Tuhan, manusia dan alam, serta manusia dan perbuatan.
Oleh yang demikian, insan yang beriman dapat mengelakkan diri daripada melakukan kesilapan dalam pergaulan, kekecewaan dalam percintaan, dan kehancuran dalam kehidupan. Mereka memahami hakikat cinta dan jenis-jenis cinta yang wujud dalam dunia ini, lantas menjadikan fikiran mereka lebih terbuka dan bijaksana dalam menangani soal percintaan. Penderitaan, penyesalan, dan kebencian tidak dijadikan sebagai sumber yang boleh memudaratkan diri dan hati, tetapi sebaliknya sebagai sumber yang memberi kesedaran dan keinsafan akan hakikat kehidupan yang sebenarnya.


assalammualaikum???memang best..tapi saya nak tanya macam mana nak menunaikan solat istikharah?
waalaikummus salam..
sdari norjanah blh rjuk kt link ni tuk pnduan solat istikarah..
Assalamualaikum wrth..terlebih dahulu syukran sy ucapkn krn dgn entri ini sy dpt lilin cahaya ilmu(panduan) yg bru dn yg bolh sy practickan dlm melayari kehidupan yg penuh pancaroba ini.insyaAllah.sy berpendapat segla yg dipaparkn di entri ini memg yg terbaik utk dihayati,difahami,direnungkan bersame n diamalkan.entri ini jua boleh m’buat seseorg termenung seketika dn b’tnye pd diri;adakah diri ini terletak di peringkat mane @pn di categori yg sebaliknye?sungguh,dalam yg demikian ade tanda2 bg org yg menggunakan fikiran…dlm surah ar-rum ayat 21.
Assalamualaikum. Entry nie memang best. Sy nak mintak kebenaran untuk copy and paste dalam blog sy boleh tak? Sy akan creditkan blog awak sekali.
Tak ada masalah
salam…entry ni mmg bgus…
alhamdulillah..kebetulan sdg mencri jwpn…
slm..entry ni bg0s sgt2
smge p’cintaanku d’redhai ALLAH…
salam..sy br kenal ape itu cinta yg sebenar….dlu sy penah ske kt seseorg tp slalunya gagal..sbb sy belum jp ppuan yg sesuai dgn sy..skg sy dh dpt seorg wanita yg btl2 syg pd sy seadanya sy..sy bersyukur sgt….lps bce artikal ni sy rse bertanggungjawab utk menggotakan janji sy pada si dia…alhamdulillah dan insyaAllah akn termakbul….kekasih sy namanya nurizzati binti mat naser….tq sayang!!!
salam… saya copy artikel ne tau nak letak dalam blog saya… jemput la lawat blog saya kalu sudi http://wanitasinaranislam.blogspot.com/
rase menyesal bap kapel.kapel x pentg dalm islam
artikel ni bagus..
menginsafkan diri..tp mcmana kalau org yg bercinta sebelum kawin n dier berniat untuk bkawen..
tp dier berpegangan tangan dan melakauka perkara yg dilarang,,,? jawab2..
papepun..blog ni memberi ilmu pada saya…
artikel ni bagus…forum dier kat mane? xder ea?
sy sbnrnya org cina tp bf mlyu..
sy gn dia sbya tp cnta sy gn dia mmg tulus dan ingin bersma seumur hdup..tapi adakah sy akn dpt restu dri org tua sy? rmai yg x mrestui hbungan sy dgn dia..kwn2 prnh tnya dia xmalu couple gn sy? sjak itu,sy gn dia cinta dlm msg je,jmpa pn xblh ckp lngsng,mmg myedihkn tp sy ykin ad hikmah dsblik cmua ini.. hrp2,cinta sy gn dia akn direstui oleh anda sekalian..
pe kbr sahabat?tahniah pd awk krn menyintai seorg hamba allah taala.lin..renungkn la hikmah mengapa awk dikurnaikn perasaan menyintai seorg muslim.tuhan hny 1..ALLAH TAALA sebenar2ya tuhan yg esa.ALLAh mengetahui setiap yg tersembunyi.tidakah awk berminat mengenal islam melalui si dia yg awk cintai.sy yakin da hikmat teramat besar pd awk dgn menyintai dia…renungkn la wahai sahabat..ISLAM ITU CAHAYA YG MENERANGI KEGELAPAN.pecya n yakin la.LA ILAHA ILLA ALLAH MUHAMMADOROSULULLAH..selamat berkenalan.send la msj awk kt email sy ye..ainnn
kawal diri agar cinta tidak merosakkan diri.cinta akan lebih indah jika tidak disulami dengan perbuatan yang terlarang.
minta izin mengambil sebaris dua kata2 dan intipati daripada artikel saudara azman sebagai panduan pada yang memerlukan…
[...] adab bercinta dalam islam By nenxvebry Adab bercinta dalam islam [...]
CINTA TAHA
Aura cinta mu tidak mengenal kufu
Gadis berlitup yang kau mahu
Aku terkeliru
Panggilan cinta atau ujian Tuhankah itu?
Kita berdua…secara totalnya amat berbeza
Kata mu…I don’t care…wa ai ni…
Meluahkan isi hati yang membara
Membingkis kisah Adam dan Hawa
Menterjemah dari lubuk hati ke hati yang mendamba
Kias dada mu berombak kencang
Setiap kali diri ku kau pandang…
Tuhan…
Wajarkah aku memandang cinta tulusnya
Hanya sebelah mata?
Hanya kerana datangnya dari budaya berbeza
Dan anutan nenek-moyang adalah diskriminasi
Bahawa cinta ini cinta tak pasti!
Atau menghargai rasa hatinya…
Sebagai manusia biasa
Konklusi teori
Cinta ini Engkaulah yang beri.
Hai sang cinta,
Aku mengerti,
Kau mahu membukti.
Satu perhitungan dan keputusan hidup
Yang agak sukar
Dirimu tersimpang antara dua
Sebagai anak dan sebagai lelaki
Kasih keluarga yang tiada terperi
Dan panggilan cinta dari lubuk hati
Sesungguhnya aku tidak memaksa
Kerana Allah Maha Berkuasa
Bagi ku agama ku, bagi mu agama mu…
Hai sang cinta,
Aku hanya boleh bersetuju
Kalau berpadu percaya kita
Menjurus pada Dia yang Esa
Tetapi jika kau masih keliru
Bahawa Tuhan itu Satu tiada sekutu
Kerananya kita merindu
Bertemu tidak jemu
Berpisah nanti tidak gelisah
Walaupun semua itu agak susah!
Muhammad Taha ku lakar nama mu
Semperna perjuangan Rasul
Kisah Musa bertemu ibu kerana menyusu
Di mahligai Firaun tumbuh merimbun iman Asiah
Ku ceritakan pada mu realiti kisah
Kau tersenyum setuju
Mendapat nama baru
Namun ku fahamkan mu
Bahawa kau tetap bukan Melayu
Dan seketika kau lupakan amaran ibu
Muhammad Taha
Ku hadiahkan pada mu sepotong doa
Buat bekal semangat mengadap keluarga
*Surah Taha 25-29
Oh My Lord, expand my breast
Ease my task for me
And remove the impediment from my speech
So, they may understand what I say
And give me a minister from my family
Ya ALLAH Ya Tuhanku,
Lapangkanlah untukku dadaku,
Dan permudahkanlah bagiku urusan ku,
Dan lepaskanlah kegagapan dari lidahku,
Agar mereka mengerti perkataanku…
Dan berilah aku seorang penyokong dari kalangan keluarga ku
Life ends ,when you stop dreaming.
Hope ends, when you stop believing.
Love ends ,when you stop caring.
Friendship ends, when you stop sharing…
Nukilan cinta baru :
@idadi@n@
uhibukka lillahi Taala…
best betul artikel ni.mmg ak tcari2 artikel cm gni..
assalamualaikum..sy nk tnye..adkh kpel itu hrm??
salam..jazakallah untuk peringatan ini…
mmg alam prcntaan itu indah . .
tpi ia prlukan kkuatan hati ..
mmg apa yh kta lkukan dlm dnia nie smuanya krna hati . . aq skar mncari jwapan krna i’m not perfect . . .
rasanya mcm maw mati seandainya aq ambl lngkh yang ini tapi jka aq ambl langkah yg 1 lagi nie aq akn trluka bwat slamanya yg mgkn akan mgorbannkan nyawa q . .
aq x tau maw plih apa . . . .
q hrap doa q dterima-Nya . ..
anieyeman….
salam…bgus penerangan seperti ini…aku sokong…
bagus untuk anak2 muda pada zaman sekarang….harap dapat menghayati untuk diri mreka…
assalamualaikum,anak2 mda zaman sekarang ptut bca ruangan2 sprti ini, skarangkan bnyak berlaku gjala2 sprti pembuangan bayi,mlalui ruangan spert ini mngkin akn membuka mata mreka. InsyaAllah.
assalamualaikum w.b.t…
tq kpd sdara yg upload artkel ni..sya sbnrnya mo tnya kpd sdara tau sdari yg arif dlm hal ni..sya ni sorang lelaki..pda zman awl rmaja sya,sya sorang yg mgunakn prktan cnta ni tuk brfoya2 shinggakn sringkali mlakukn prkara2 yg d larang oleh Allah..tp slepas bbrapa thun dlm mnjalani khidupn itu,sya mla sdr akn ksalahn yg sdah sya lakukn..alhamdulillah slps hri itu sya tdk lgi bercnta2..namun slpas bbrpa thun,sya tlah brjmpa dgn sorang muslimah yg insyaAllah dia sorang yg soleh,dan jtuh hti kpda nya..tp skng ni persolan yg sya sring mnghantui saya ialah “adakah saya layak dengan muslimah trsebut”..sya prnh mbaca yg Allah sdiakn perempeuan yg baik kpd lelaki yang baik dan mnyadiakn perempuan yg jahat kpd lelaki yg jahat..sya mnta tlong kpd yg alim dalam hal ni tuk mberikn komen n nasihat,,
tq..
Salam,
Memang betul perempuan baik dijadikan untuk lelaki baik.
Tetapi jangan lah saudara bimbang kerana pintu taubat sentiasa terbuka dan kita masih belum terlambat untuk bertaubat.
Tiada manusia yang sempurna, setiap orang ada kisah masing-masing.Perbaiki diri dan ketaqwaan semoga kita sentiasa dirahmatinya.
Harap nasihat saya menjadi pedoman.
tq saudara ats nsiht yg d brikan..
assalamualaikum w.b.t…
tq kpd sdara yg upload artkel ni..sya sbnrnya mo tnya kpd sdara tau sdari yg arif dlm hal ni..sya ni sorang lelaki..pda zman awl rmaja sya,sya sorang yg mgunakn prktan cnta ni tuk brfoya2 shinggakn sringkali mlakukn prkara2 yg d larang oleh Allah..tp slepas bbrapa thun dlm mnjalani khidupn itu,sya mla sdr akn ksalahn yg sdah sya lakukn..alhamdulillah slps hri itu sya tdk lgi bercnta2..namun slpas bbrpa thun,sya tlah brjmpa dgn sorang muslimah yg insyaAllah dia sorang yg soleh,dan jtuh hti kpda nya..tp skng ni persolan yg sya sring mnghantui saya ialah “adakah saya layak dengan muslimah trsebut”..sya prnh mbaca yg Allah sdiakn perempeuan yg baik kpd lelaki yang baik dan mnyadiakn perempuan yg jahat kpd lelaki yg jahat..sya mnta tlong kpd yg alim dalam hal ni tuk mberikn komen n nasihat,,
tq..
wkslm.
Artikel ini dipetik daripada buku “PSIKOLOGI CINTA” terbitan PTS Millennia Sdn Bhd
Bertaubat adalah jalan yang terbaik saudara patut lakukan.
Taubat adalah kembali kepada Allah setelah melakukan maksiat. Taubat marupakan rahmat Allah yang diberikan kepada hamba-Nya agar mereka dapat kembali kepada-Nya.
salam.
entry ini amat bagus sekali.
sy ingin bertanya.
apa hukumnya apabila seseorg yang sudah bertunang,
tetapi masih menjalin kan hubungan dengan org lain.
bagi saya, tunang bukan lah sesuatu perkara yg remeh dan tidak boleh di anggap sebagai cinta monyet atau suka-suka.
tetapi apa yg saya lihat daripada rakan-rakan dan pengalaman saya sendiri. pasangan masa kini terutama muda-mudi cepat mengambil keputusan tanpa memikirkan banyak pihak yg akan terlibat. harap dapat memberi pandangan dengan lebih jelas.
Wkslm..
Maaf saya bukanlah pakar motivasi atau pun seorang ustaz.Saya sekadar berkongsi artikel untuk kita sama-sama mengambil pengajaran.
Untuk masalah yang cik katakan,ianya terpulang pada individu tersebut untuk sedar mahupun berubah.Dia hendaklah mengawal pergaulan dengan bukan muhrim.
Bertunang ialah satu ikatan dimana sama-sama telah mempersetujui untuk mendirikan rumah tangga.Maka masing-masing perlu menjaga ikatan ini supaya tidak berlaku “putus tunang” dan sebagainya.
Wallahualam. Sekadar pandangan yg tak seberapa
Waalaikummussalam… Maaf, saya pun bukanlah seorang ustaz, mahupun pakar…. Walaupun umur saya masih muda, tak salah kan jika saya ingin memberikan pandangan….? Hehe…
Pada pandangan saya lah…. sebagai orang yang beriman, tidak patut seseorang yang telah bertunang itu menjalinkan hubungan dengan orang lain… Kerana, bertunang itu kan satu ikatan persetujuan untuk mendirikan rumah tangga…
Jika sudah bersetuju, mengapa perlu menjalinkan hubungan dengan org lain….? Ianya hanya mengundang sengketa dan perbalahan di antara ke dua-dua belah pihak. Malah boleh mencetuskan pergaduhan, malah ada yang sanggup membunuh…. Ish…ish…. Masyaallah….
Oleh itu, seseorang individu itu haruslah berfikir dengan lebih jauh dan mendalam sebelum membuat sesuatu keputusan. Dan jangan lh kita suka mempermainkan perasaan orang lain… Takutilah Allah…. Berdosa tau,kalau kita mempermainkan perasaan orang lain… Kalau dah bertunang tu, kalau boleh, elakkanlah perkara-perkara sebegini berlaku… Kerana ianya boleh menjatuhkan maruah…. Janganlah bertunang dahulu jika belum pasti akan pasangan kamu sendiri…
Hahaha…… Kalau kamu tanya pasal hukum2 ni…. Wallahwaalam…. Saya masih belum cukup ilmu nk menjawab nya…. Kalau nk jawab sekarang, nanti takut terpesong pulak akidah saya…. ye tak…?? a,aaa…..
Okeylah… tu jee…. kalau ada yang salah dan silap, harap ada yg memperbetulkannya….. Asalamualaikum ya hamba Allah…..
salam ziarah,, mohon izin utk bgkogsi input dalam blog ana.
alhandulillah dngn apa yang saya baca td..
insyaallah akan saya istiqamah kn diri sya dgn iman utk mbentengkan saya dari pkara maksiat dlm pcintaan..
mdh2an dgn apa yg dbaca akan mnjadi panduan utk sya ingat kan diri sya dan pasangan dari tjebak ke kancah hina..
sy bcinta sblm bkahwin…
sy tkot dgn apa yg akn jd pd masa depan nnti,smada saya msih boleh kekal/kuatkan iman sy..saya xtau lg..
apa yg penting saya akan terus bdoa n bdoa kpd Allah spy sye dtetapkan iman dan dapt jaoh kn diri dari maksiat..
mdh2an sy dpertemukan jodoh dengan si dia.. insyaAllah..
[...] Adab bercinta dalam islam April 2008 36 comments 3 [...]