Kisah Tukang Masak

Al-kisah..
Tersebutlah kisah seorang tukang masak yang sangat rajin memasak. Pada satu hari, dia telah menyediakan pelbagai masakan yang lazat-lazat & sedap-sedap & best-best utk tetamu yg bertandang ke rumahnya.
Sesudah menghidangkan makanan di meja makan, dia pergi menjenguk ruang tamu untuk menjemput tetamunya makan. Sekembalinya ke meja makan, alangkah terkejut besarnya si pemuda kerana kesemua masakannya yang best-best tu dah hilang. Tetamunya bertanya, ~{!0~}mana perginya semua hidangan tu?~{!1~}
Ke mana perginya semua masakan-masakan tadi? dilarikan kucing barangkali~{!-~}
Kita boleh umpamakan ~{!0~}masakan-masakan~{!1~} dalam cerita di atas sebagai amal-amal ibadat kita selama ni.
Di hari Akhirat nanti, kita semua pastinya akan dibicarakan di hadapan Allah swt, atas segala perbuatan baik & buruk kita semasa hayat di dunia.
Sekarang, mungkin kita rasa sudah banyak amal-amal baik yang ~{!0~}best-best~{!1~} sudah terkumpul untuk ~{!0~}dihidangkan~{!1~} kepada Allah di akhirat kelak.
Namun, apa yang berlaku adalah, ketika di hadapan Allah, alangkah terkejut besarnya kita bila tersedar bahawa TIADA SATUPUN AMAL KEBAIKAN yang ada untuk dipersembahkan kepada Allah. Kerana tanpa kita sedari, semua amalan baik yg kita kerjakan itu, telahpun hilang, terbatal & tidak dikira sejak di dunia lagi (kerana melakukan dosa-dosa kecil & besar, ataupun kerana tidak ikhlas dalam melakukan amal kebaikan kepada Allah swt). Nauzubillah min zalik.
Renung-renungkanlah~{!-~} semoga kita sentiasa bermuhasabah terhadap perbuatan & amalan diri kita, dan memperbanyakkan amalan-amalan kebaikan dengan sebenar-benar ikhlas kepada-Nya. Bagi yang ingin bertaubat, percayalah bahawa pahala daripada amalan baik itu akan menghapuskan dosa daripada amalan buruk yang dilakukan.
Sesungguhnya, Tuhan Maha Mengampuni lagi Maha Mengasihani.
Wallau~{!/~}alam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: