Hikmah Disebalik Mengucapkan lafaz La ilahaillallah

Hikmah Disebalik Mengucapkan lafaz La ilahaillallah….BESARNYA
KEAGUNGAN ALLAH SWT!!

Bila hamba Allah mengucapkan Laillahaillallah maka keluarlah dari
mulutnya yang mengucapkan perkataan yang mulia itu seekor burung
hijau. Maka burung hijau akan naik ke Arasy Allah dan berkicauanlah
burung-burung tadi dibawah Arasy. Melihat kejadian itu malaikat yang
menjaga Arasy Allah memerintahkan kepada burung-burung tadi supaya
diam tetapi tidak dipatuhi oleh mereka. Oleh kerana arahan yang diberi
tidak dipatuhi,malaikat yang menjaga Arasy mengadap Allah SWT
menceritakan kejadian itu. Maka Allah memerintahkan malaikat tersebut
supaya memberitahu burung-burung supaya diam. Apabila perintah itu
diberitahu kepada mereka. Maka berkatalah burung-burung itu… “wahai
malaikat yang menjaga Arasy Allah, kami boleh mendiamkan diri kami
tetapi dengan satu permintaan”. bertanya malaikat “Apakah permintaan
itu?”. Berkata burung-burung itu” Jika Allah ampunkan dosa-dosa orang
yang mengucapkan kalimah Lailahaillallah sehingga terciptanya
aku,barulah aku akan tidak membuat bising disini”. Berkata malaikat
itu”baiklah aku akan sampaikan kepada Allah”. Beredarlah malaikat dan
menyembah Allah dan disampaikan permintaan tadi kepada Allah. Maka
Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang menerima permintaan
tersebut. Malaikat pun pergi berjumpa dengan burung-burung itu dan
mengatakan bahawa Allah telah menerima permintaan mereka. Maka dengan
segera mereka tidak membuat bising dan mereka bergantungan diArasy
Allah sambil berzikir dan memohon keampunan untuk orang yang mengucap
Lailahaillallah tadi sehingga hari kiamat. Oleh itu kita manusia
sepatutnya tidak telepaskan peluang yang diberi oleh Allah itu. dengan
hanya mengucap kalimat yang disukai oleh Allah maka balasannya
berterusan hingga hari kiamat. Maha Suci Allah yang Maha Pengasih lagi
Maha Penyayang.

p/s: Sampaikan walaupun satu ayat

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: