Redha terhadap Qadha dan Qadar ALLAH

Segala pujian dan syukuran , hanya untuk-Mu Ilahi Rabbi, yang telah memberikan
nikmat iman dan islam kepada kita semua. Salawat dan salam untuk Nabi
Muhammad SAW yang sentiasa menginginkan umat-umatnya berjalan pada
hamparan permaidani hidayah Ilahi dan telah banyak memberi contoh pengajaran
bagi umat manusia dalam menempuh langkah-langkah pasti melalui jambatan Ilahi.

Ingatlah! kita lahir ke dunia ini selepas melalui perjuangan yang begitu mencabar.
Kita lahir selepas bersaing dengan ratusan juta sperma yang memburu sel telur
dari yang berjaya menemui sel telur hanya satu iaitu kita, Jadi, kita pernah berjuang
dengan kuat tanpa kita sedari. Ini adalah kejayaan awal kita.

Rela terhadap ketentuan,kehendak dan kekuasaan ALLAH adalah wajib hukumnya
dan merupakan tanda adanya iman di hati seseorang. Dalam sebuah hadith qudsi
dijelaskan bahawa ALLAH berfirman:

” Barangsiapa yang tidak meredhai qhada-Ku dan tidak bersabar atas bencana yang
Aku timpakan atasnya, maka carilah Tuhan yang lain selain dari pada Ku.”
(HR Thabrani)

Dalam Al-Quran ALLAH berfirman:
Ertinya:
” Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan:
” Kami telah beriman,” sedang mereka tidak diuji?. Dan sesungguhnya Kami
telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH
mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-
orang yang (dalam keimanan).”-(Al-Ankabut: 2-3

Dengan berdasarkan ayat di atas maka Rasulullah SAW bersabda:

” Bahawasanya ALLAH akan mencuba salah seorang kamu dengan sesuatu
bencana (bala), sebagaimana seseorang kamu mencuba (menguji) emas dengan
api. Maka diantara mereka ada yang keluar seperti emas asli, iaitu mereka yang
dilindungi dan dipimpin oleh ALLAH dari perkara syubhat, dan ada diantara
mereka yang keluar sebagai emas hitam (palsu), iaitu bagi mereka yang men-
dapat fitnah.”- (HR Thabrani)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: