Elak hati mati

Julai 29, 2009

Elak hati mati

MEGA: Saban tahun kita menyambut Israk Mikraj. Namun tidak banyak realiti yang dapat kita realisasikan. Mengapa ini berlaku?

DZULKARNAIN: Sebab utama pelbagai realiti dalam peristiwa Israk Mikraj itu tidak dapat direalisasikan oleh umat Islam berkait dengan iman.

Hanya orang beriman sahaja yang dapat membuat kerja-kerja dakwah. Malah peristiwa yang dilalui oleh Baginda SAW itu juga adalah satu daripada proses saringan yang dilakukan oleh Allah kepada umat Islam ketika itu.

Sebabnya, berapa ramai yang tidak percaya apabila Nabi SAW menceritakan pengalamannya kepada penduduk Mekah ketika itu. Ini termasuklah bapa saudara nabi, iaitu Abu Jahal.

Namun, kalau kita melihat kepada aspek yang lain, kita dapati bagaimana keimanan Abu Bakar yang apabila ditanya oleh Abu Jahal, “adakah kamu percaya bahawa Muhammad dibawa ke langit dan menemui Allah dalam tempoh sehari semalam”, maka dengan tegas Abu Bakar menjawab, “jika benar demikian itu kata-kata Muhammad, lebih daripada itu aku percaya”.

Inilah yang membawa kepada gelaran al-Siddiq (yang membenarkan) yang diberi oleh Rasulullah SAW kepada Saidina Abu Bakar.

Peristiwa ini juga menunjukkan kekuasaan Allah dan kepentingan kita beriman kepada perkara yang ghaib. Hal ini dijelaskan oleh Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud: Iaitu orang yang beriman kepada perkara-perkara ghaib. (al-Baqarah: 3)

Perkara ghaib adalah sesuatu yang tidak dapat dilihat atau dirasa dengan pancaindera yang biasa. Namun ia diakui dan diyakini berdasarkan dalil-dalil yang boleh diterima oleh akal yang sempurna.

Sememangnya Israk dan Mikraj itu juga adalah merentas alam masa depan dan juga masa lampau apabila Rasulullah dipertemukan dengan Nabi Musa dan mengimamkan solat dengan para nabi yang lain.

Firman Allah yang bermaksud: Dan ingatlah tatkala Kami wahyukan kepadamu wahai Muhammad, bahawa sesungguhnya Tuhanmu meliputi akan manusia dengan ilmunya dan kekuasaan-Nya dan tiadalah Kami menjadikan pandangan pada malam Mikraj yang telah Kami perlihatkan kepadamu melainkan sebagai satu ujian bagi manusia. (al-Israk: 60)

Nikmat syurga dan azab neraka diakui benar. Tetapi mengapa kita masih alpa dan lalai dalam melakukan ibadat?

DZULKARNAIN: Semasa Israk dan Mikraj, Nabi bertemu dengan seorang wanita cantik yang memperagakan perhiasan dirinya. Alhamdulillah Baginda tidak terpedaya dan berhenti di situ.

Lalu Jibril memberitahu Nabi bahawa wanita itu adalah kiasan kepada umat Baginda yang kasihkan dunia atau hubbud dunya.

Sehinggakan ada di kalangan kita yang tidak fikir soal halal-haram yang pentingnya, apa yang dihajati tercapai.

Saya melihat terlalu banyak hiburan dalam kehidupan masa kini. Lihat sahaja program-program yang ada dalam televisyen hari ini. Banyaknya lebih kepada yang lagha (melalaikan) walaupun tidak dinafikan ada rancangan agama.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati. (riwayat Ahmad dan at-Tirmizi).

Sebab itu, kita lihat anak-anak atau remaja zaman sekarang nakalnya lain macam. Kalau dulu-dulu, nakal mereka setakat mandi sungai saja tetapi sekarang sampai boleh bergaduh dalam surau!

Salah satu peristiwa penting dalam Israk Mikraj adalah kefarduan solat lima waktu.. Dan Nabi telah ditunjukkan betapa azabnya orang yang meninggalkan solat. Mereka ini menghantuk kepala di batu sehingga pecah dan kemudian dengan kuasa Allah kepala itu bercantum semula. Selepas itu dihantuk lagi.

Sayangnya, ada di kalangan umat Islam yang tidak merealisasikan ibadat solat ini. Apabila diadakan ceramah tentang Israk Mikraj atau pun bila tiba bulan Rejab, barulah barangkali mereka teringat tentang amaran Allah tentang golongan yang lalai dan lupa mengerjakan solat.

Malah bukan lagi rahsia, ada di kalangan umat Islam yang hanya solat apabila tiba Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil Adha. Ini yang disebut sebagai ‘hati mati’.

Keadaan beginilah yang paling kita bimbang. Ia telah dijelaskan oleh Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud: (Dengan sebab keingkaran mereka), Allah meterikan atas hati mereka serta pendengaran mereka dan pada penglihatan mereka ada penutupnya, dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar. (al-Baqarah: 7)

Peristiwa ini berlaku selepas tahun dukacita di mana Nabi diuji dengan kematian isteri tercinta Siti Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib yang banyak membantu dalam kerja dakwah.. Apakah falsafah di sebalik peristiwa ini?

DZULKARNAIN: Ini menunjukkan kepada kita bahawa kerja dakwah bukan mudah. Kita akan sentiasa berhadapan dengan cabaran dan ujian. Buktinya, Nabi SAW sebagai kekasih Allah pun diuji dengan pelbagai keadaan dan tekanan. Inikan pula kita sebagai manusia biasa.

Begitu juga Nabi Musa yang dihalau keluar oleh kaumnya dari negerinya Mesir.

Tekanan yang dihadapi selepas kematian kedua-dua insan yang disayangi baginda semakin bertambah di mana jika kita perkirakan dari segi logik akal, maka Islam pasti akan terkubur.

Namun kuasa Allah SWT melebihi segala-galanya di mana selepas penolakan dakwah oleh penduduk Taif, Nabi telah ‘dihiburkan’ dengan Israk dan Mikraj. Seterusnya diizinkan berhijrah ke Madinah sehingga membina daulah Islamiah yang telah mengubah kedudukan Islam daripada dihina kepada dipandang mulia, daripada lemah kepada memerintah.

Dalam peristiwa di Taif di mana penduduknya bukan sahaja menolak mentah-mentah dakwah Islam, malah telah melontar batu ke arah Nabi sehingga berlumuran darah.

Kita dapat melihat nabi diberi peluang untuk menang mudah iaitu tawaran daripada malaikat penjaga bukit untuk menjadikan bukit di bawah jagaannya sebagai emas tetapi ditolak oleh Nabi sebagaimana baginda menolak tawaran malaikat penjaga bukit yang ingin menghancurkan penduduk Taif yang begitu degil dengan meruntuhkan bukit ke atas penduduk Taif.

Bagaimana untuk mengelak daripada ‘hati mati’?

DZULKARNAIN: Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani dengan sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitu juga hati.

Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya. Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.

Orang yang hatinya mati tidak dapat membezakan antara kebaikan dengan keburukan. Mereka tidak dapat merasai kemanisan apabila melakukan perkara yang baik.

Ingatlah amaran Allah kepada golongan begini menerusi firman-Nya yang bermaksud: Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata. (al-Zumar: 22)

Rasulullah SAW bersabda tentang cara bagaimana memastikan hati kita tidak mati. Sabda baginda yang antara lain bermaksud ada lima perkara bagi mengelak hati mati.

Pertama, jangan tinggal majlis-majlis ilmu; jangan tinggal zikir pada Allah. Ini bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud: Ketahuilah! Dengan mengingati Allah (zikir) itu tenang tenteramlah hati manusia. (al-Ra’d: 28)

Ketiga, jangan lupa membaca al-Quran, jangan tinggal bangun malam untuk qiamullail dan jaga pemakanan daripada yang syubhat.

Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana bergelumang dengan dosa. Setiap dosa yang dilakukan tanpa bertaubat akan menyebabkan satu titik hitam pada hati.


Mimpi Rasullulah

Julai 29, 2009

Mimpi adalah sesuatu yang sering dialami oleh setiap manusia terutamanya di waktu sedang tidur. Adakala mimpi itu buruk dan ada pula yang baik. Apabila bermimpi sesuatu yang baik seperti sedang membaca Al-Quran,solat, disanjung orang dan seumpamanya, ucapkanlah syukur dan memuji Tuhan. Sebaliknya jika ia mengerikan dan menakutkan sehingga membuat kita keluh kesah, segeralah mengucap istighfar dan memohon keampunan kepada Allah SWT.

Kadang-kadang mimpi itu akan menjadi kenyataan dan kadang-kadang ianya hanyalah mainan tidur. Ulama-ulama dan wali Allah sering dapat melihat alam ghaib seperti suasana di dalam kubur (seksa dan nikmat) melalui mimpi. Petikan dari sebuah hadis yang telah disebut oleh Imam As Sayuthi, Al Tabrani,Al Hakim At Termizi dan Al Isfahani dalam kitab mereka yang bermaksud:

1) Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi yang ajaib malam kelmarin. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi oleh Malaikat Maut untuk mengambil nyawa, maka malaikat itu telah terhalang oleh ketaatannya kepada kedua ibu bapanya.

2) Aku melihat juga seorang dari umatku telah disediakan untuk menerima seksa kubur, maka dia telah wuddiselamatkan oleh kesanuknya.

3) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan, maka ia telah dibebaskan dari bahayanya oleh berkat zikrullah.

4) Aku melihat juga seorang dari umatku diseret oleh Malaikat Azab maka segera muncul solatnya serta melepaskannya dari azab tersebut.

5) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang ditimpa dahaga yang teramat sangat, setiap ia mendatangi sesuatu perigi, dihalang untuk meminumnya, maka segera datang puasanya serta memberinya minum hingga ia merasa puas.

6) Aku melihat juga seorang dari umatku yang mengunjungi kumpulan para nabi, yang ketika itu sedang duduk berkumpul-kumpul, setiap kali dia mendekati mereka, dia diusir dari situ, maka menjelmalah mandi junubnya sambil memimpinnya ke kumpulan itu seraya menunjukkan supaya duduk di sisiku.

7) Aku melihat juga seorang dari umatku dikabusi oleh suasana gelap, di hadapannya gelap, di kanannya gelap, di kirinya gelap, di atasnya gelap, di bawahnya juga gelap, sedang ia dalam keadaan bingung. Maka datanglah pahala haji dan umrahnya, lalu mengeluarkan dari suasana gelap-gelita itu lalu memasukkannya ke dalam suasana terang-benderang.

8) Aku melihat juga seorang dari umatku berbicara kepada Mukminin, akan tetapi tidak seorang pun dari mereka yang mahu berbicara dengannya, maka menjelmalah silaturrahimnya seraya menyeru orang-orang itu, katanya:
“Wahai kaum Mukminin sambutlah bicaranya,” lalu mereka pun berbicaralah dengannya.

9) Aku melihat seorang dari umatku sedang menepis-nepis bahang api dan percikannya dari mukanya, maka segera datanglah pahala sedekahnya lalu melindungi muka dan kepalanya dari bahaya api itu.

10) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang diseret oleh Malaikat Zabaniah ke merata tempat, maka menjelmalah Amar Makruf dan Nahimunkar seraya menyelamatnya dari cengkaman neraka serta menyerahkannya pula kepada Malaikat Rahmat.

11) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang merangkak-rangkak, antaranya dengan Tuhan dipasang tabir, maka menjelmalah budi pekerti seraya memimpinnya sehingga dibuka pemisah tadi dan masuklah ia ke hadrat Allah Taala.

12) Aku melihat juga seorang dari umatku terheret ke sebelah kiri oleh buku catatannya, maka menjelmalah perasaan kepada Allah menukarkan tujuan buku catatan itu ke arah kanan.

13) Aku melihat juga seorang dari umatku terangkat timbangannya, maka menjelmalah anak-anaknya yang meninggal sewaktu kecil lalu menekan timbangan itu sehingga menjadi berat.

14) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang berdiri di pinggir Jahanam, maka menjelmalah perasaan gerunnya terhadap seksa Allah Taala lalu membawa jauh dari tempat itu.

15) Aku melihat juga seorang dari umatku terjerumus ke dalam api neraka, maka datanglah air matanya yang mengalir kerana takut kepada Allah Taala lalu menyelamatkanya dari api neraka itu.

16) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang meniti sirat manakala seluruh tubuhnya bergoncang seperti bergoncangnya dedaun yang ditiup angin, maka menjelmalah baik sangkanya terhadap Allah Taala lalu mententeramkan kegoncangan itu lalu dengan mudah meniti hingga ke hujung titian itu.

17) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang meniti atas titian sirat, kadangkala ia merangkak dan kadangkala ia meniarap, maka menjelmalah solat menyeru kepadaku lalu aku memimpin tangannya dan mengajaknya berdiri dan meniti hingga ke penghujung titian itu.

18) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang hampir tiba di pintu syurga, tiba-tiba pintu-pintunya ditutup, maka menjelmalah penyaksiannya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah lalu membukakan pintu-pintu syurga itu untuknya sehingga ia boleh memasukinya.

19) Aku melihat ada ramai orang yang digunting-gunting lidahnya, maka aku bertanya kepada Jibril siapakah mereka itu, maka Jibril menjawab:
“Mereka itulah orang-orang yang suka ‘membawa mulut’ ke sana ke mari.”

20) Aku melihat juga orang-orang yang digantung dengan lidah-lidah mereka, maka aku bertanya Jibril siapakah mereka itu, maka Jibril menjawab: “Mereka itulah orang-orang yang melempar tuduhan terhadap kaum Mukminin dan Mukminat dengan tuduhan tanpa bukti dan palsu.”


Demam Virus Influenza A (H1N1) atau Selsema Babi

Julai 29, 2009

ABSTRAK

Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau World Health Organization (WHO) pada 24 April 2009 telah mengisytiharkan krisis kecemasan kesihatan antarabangsa ekoran merebaknya wabak Virus Influenza A (H1N1) (Selesema Babi atau Swine Flu) bagi memberi amaran wabak yang dianggap makin mencemaskan dan berpotensi untuk menjadi pusat ‘pandemik’ atau wabak yang akan merebak. Selesema babi yang disebarkan oleh manusia ini telah mencetuskan keadaan panik di seluruh dunia terutamanya di Mexico dan Amerika Syarikat (AS). Sehingga 6 Mei 2009, wabak ini telah mengorbankan 29 orang di Mexico, 2 orang di United State (US), 1786 orang telah disahkan dijangkiti dan lebih 4169 orang disyaki dijangkiti di seluruh dunia. Jumlah kematian dan mereka yang dijangkiti meningkat dari semasa ke semasa dan amat dikhuatiri merebak ke Negara ini.

PENGENALAN

Demam Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit sistem pernafasan (respiratory) yang biasanya ditemui dalam kawanan babi. Virus Influenza A (H1N1) atau demam babi ini biasanya berlegar dalam spesies babi sahaja dan tidak menjangkiti manusia. Namun jangkitan terhadap manusia telah berlaku dan penyebaran virus ini dalam kalangan manusia telah mula dikesan sejak tahun 1988.

Apakah Virus Influenza A (H1N1)?

Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit respiratory yang ditemui dalam kawanan babi disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1). Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan babi. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah dikesan. Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain. Tetapi pada masa lepas, pemindahan virus ini adalah terhad dan menjangkiti sehingga tiga orang sahaja.
Adakah Terdapat Jangkitan Demam Virus Influenza A (H1N1) di US?

Pada akhir Mac dan awal April 2009, beberapa kes jangkitan virus ini (H1N1) terhadap manusia telah dilaporkan di Southern California berdekatan San Antonio, Texas. Beberapa negeri lain di US juga telah melaporkan jangkitan yang sama pada manusia dan juga telah dilaporkan di peringkat antarabangsa. (Perkembangan terkini mengesahkan bilangan jangkitan virus di Amerika Syarikat boleh di dapati di http://www.cdc.gov/swineflu/investigation.htm. Pusat pencegahan dan kawalan penyakit (CDC – Centers for diseases control and prevention dan Jabatan serta agensi kesihatan sedang bekerjasama dalam menyiasat situasi ini).

Adakah Virus Ini Berjangkit?

CDC telah mengesahkan bahawa virus ini (H1N1) adalah berjangkit dan merebak dari seorang ke seorang manusia lain. Walau bagaimanapun masih belum diketahui cara dan bagaimana mudahnya jangkitan ini terjadi.

Apakah Tanda-tanda dan Simptom Virus Influenza A (H1N1) Terhadap Manusia?

Simptom Virus Influenza A (H1N1) ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah yang berkait dengan selesema burung yang dilaporkan.
Pada masa yang lepas, beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik.

Bagaimanakah Selesema Burung Merebak?

Virus jenis A (H1N1) selesema burung ini dijangka akan merebak seperti mana virus selesema bermusim lain. Virus selesema ini biasanya disebarkan dari seorang ke seorang yang lain melalui batuk dan bersin mereka yang terkena jangkitan. Kadang-kadang seseorang itu boleh dijangkiti melalui barang yang disentuh dengan tangan dan kemudiannya menyentuh mulut dan hidung mereka.

Bagaimanakah Seseorang Yang Dijangkiti Selesema Menjangkiti Seorang Lain?

Seseorang yang dijangkiti mungkin boleh menjangkiti seorang lain bermula sehari sebelum simptom itu merebak hingga ke hari ke-7 selepas dijangkiti (sakit). Ini bermakna kita mungkin boleh menyebarkan virus ini sebelum mengetahui yang kita telah dijangkiti.

Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dijangkiti Selesema?

Perkara yang terpenting sekali adalah membasuh tangan. Cuba untuk berada pada tahap yang paling sihat. Dapatkan tidur yang cukup. Sentiasa aktif, menangani tekanan, minum banyak air dan makan makanan berkhasiat. Cuba mengelak dari menyentuh tempat yang dicemari dengan virus. Mengelak hubungan dengan mereka yang sakit.

Adakah Terdapat Ubat Untuk Virus Influenza A (H1N1) Ini?

CDC menyarankan pengambilan ubat seperti oseltamivir atau zanamivir untuk merawat dan/atau mencegah jangkitan virus selesema babi ini. Ubat antiviral adalah ubat-ubatan berpreskripsi (pil, cecair ataupun ubat sedut) yang melawan virus dari terus membiak di dalam badan anda.
Jika anda jatuh sakit, ubat antiviral akan dapat melegakan dan membuat anda sihat dengan lebih cepat. Ia juga dapat mencegah dari komplikasi selesema yang lebih serius. . Untuk tujuan rawatan, ubat antiviral adalah lebih berkesan untuk diambil sebaik sahaja jatuh sakit (dalam dua hari selepas simptom).

Berapa Lama yang Diambil oleh Seseorang yang Dijangkiti dengan Selesema Burung Untuk Menyebarkan Kepada Orang Lain?

Mereka yang dijangkiti dengan virus ini boleh dikira sebagai pembawa virus selagi mereka di dalam simptom sehingga tujuh hari dari bermula sakit. Kanak-kanak, terutama anak-anak kecil berpotensi untuk dijangkiti untuk jangka masa yang lebih lama.

Apakah Kawasan-kawasan Yang Berkemungkinan Sebagai Tempat Yang Dicemari?

Kuman boleh merebak apabila seseorang menyentuh sesuatu yang dicemari dengan kuman dan menyentuh pula mata, mulut dan hidung mereka. Titisan rembesan dari batuk dan bersin dari mereka yang dijangkiti boleh bergerak melalui udara. Kuman boleh merebak apabila seseorang itu menyentuh titisan rembesan batuk dan bersin dari seorang di atas permukaan seperti meja dan permukaan lain dan menyentuh mata, mulut dan hidung sebelum membasuh tangan mereka.

Berapa Lama Virus Tersebut Boleh Hidup Di Luar Badan?

Seperti yang diketahui sesetengah virus dan dapat hidup sehingga lebih dua jam di permukaan seperti meja kafeteria, tombol pintu dan meja. Membasuh tangan dengan kerap akan mengurangkan kesan pencemaran yang didapati dari permukaan-permukaan ini.

Apa Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dihinggapi Penyakit?

Buat masa ini belum lagi ada sebarang vaksin untuk melindungi dari selesema babi ini. Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membantu menghalang penyebaran kuman yang menyebabkan penyakit pernafasan seperti demam selesema. Cubalah langkah-langkah ini untuk melindungi kesihatan anda:

• Tutup/lindung mulut dan hidung anda dengan tisu sewaktu bersin atau batuk. Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah selepas menggunakannya.
• Basuhlah tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau selesema. Pembersih tangan berasaskan alcohol juga berkesan.
• Mengelak dari menyentuh mata, hidung dan mulut. Kuman boleh merebak dengan cara ini.
• Jika anda sakit akibat demam selesema, disyorkan supaya anda tidak bekerja atau ke sekolah juga mengehadkan pergaulan dengan orang lain supaya mereka tidak dijangkiti.

Apakah Cara Terbaik Untuk Mengelak Dari Menyebarkan Virus Melalui Batuk Dan Bersin?

• Jika anda sakit, hadkan pergaulan anda sebaik yang mungkin.
• Jangan pergi ke sekolah;
• Tutup mulut anda dengan tisu semasa batuk dan bersin. Ia boleh membantu mengelak orang-orang di sekeliling kamu dari jatuh sakit;
• Buangkan tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah;
• Tutup mulut anda semasa bersin dan batuk jika tiada tisu;
• Basuhlah tangan kamu setiap kali batuk dan bersin.

Apakah Teknik Terbaik Untuk Mencuci Tangan Dan Mengelak Dari Jangkitan Selesema?

Membasuh tangan dengan kerap akan membantu melindungi anda daripada kuman. Basuhlah dengan sabun dan air ataupun pembersih tangan berasaskan alcohol. Basuhlah tangan antara 15 ke 20 saat dengan air suam dan sabun. Jika tiada air dan sabun, tisu pakai buang berasaskan alcohol atau pembersih gel boleh digunakan. Ianya boleh didapati di kedai-kedai ubat dan pasar raya. Jika menggunakan gel, sapulah tangan anda sehingga gel itu kering. Alkohol di dalam gel tadi akan membunuh kuman dan ianya tidak memerlukan air untuk berkesan.

Apa Yang Perlu Saya Lakukan Jika Jatuh Sakit?

Jika anda tinggal di kawasan yang dikenal pasti wabak Virus Influenza A (H1N1) itu merebak dan mempunyai simptom-simptom demam selesema termasuk demam panas, sakit badan, selesema, sakit tekak, muntah mual dan cirit-birit, anda perlu berjumpa dengan doktor, terutamanya jika anda risau tentang simptom-simptom tadi. Doktor akan mengesahkan sama ada sebarang ujian atau rawatan adalah perlu.

Jika anda sakit anda perlu:-

• Tinggal di rumah dan mengelak hubungan dengan orang lain sebaik mungkin untuk mengelak jangkitan;
• Mendapatkan rawatan kecemasan jika mengalami tanda-tanda awal penyakit;
Untuk kanak-kanak tanda-tanda dan perlu dibawa untuk dirawat adalah seperti berikut:-
• Kesukaran bernafas dan pernafasan yang terlalu cepat;• Warna kulit bertukar kebiru-biruan;
• Tidak minum air yang secukupnya;
• Tidak bangun dan berinteraksi;
• Tidak suka dipegang dan asyik merengek;
• Simptom seperti selesema dan pulih tetapi kemudiannya berulang bersama demam dan batuk yang lebih teruk;
• Demam dan beruam.

Bagaimana Seriusnya Jangkitan Virus Influenza A (H1N1) ini?

Seperti demam selesema yang lain, kesan selesema babi (Virus Influenza A) (H1N1) pada manusia adalah berbeza dari tahap sederhana ke tahap serius. Antara 2005 hingga Januari 2009, 12 kes jangkitan pada manusia tanpa kematian dikenal pasti di Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun kesan dari selesema babi ini boleh menjadi serius. Pada September 1988, seorang wanita mengandung berumur 32 tahun dari Wisconsin dimasukkan ke hospital akibat jangkitan paru-paru akibat selesema babi dan meninggal dunia 8 hari kemudian. Pada tahun 1976, wabak selesema babi dikesan di Fort Dix, New Jersey mengakibatkan lebih 200 kes serius dan satu kematian.

Bolehkah Saya Dijangkiti Melalui Memakan Dan Menyediakan Masakan Berasaskan Babi?
• Tidak.
Selesema babi tidak boleh merebak melalui makanan. Ianya tidak boleh dijangkiti melalui makanan dan produk berasaskan babi. Memakan produk berasaskan babi yang dimasak dan disediakan dengan sempurna.

TINDAKAN SERTA-MERTA KEMENTERIAN KESIHATAN

• Kementerian Kesihatan menguat kuasa serta-merta empat langkah pencegahan:-
i. Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia mengaktifkan Bilik Gerakan untuk membuat pemantauan situasi wabak Virus Influenza A (H1N1) dengan pihak WHO bagi memastikan tindakan-tindakan proaktif diambil untuk melindungi kesihatan awam penduduk Malaysia.

ii. Semua Pengamal Perubatan termasuk di sektor swasta yang merawat kes-kes yang mempunyai tanda-tanda atau gejala ‘influenza-like illness’ atau ‘severe pneumonia’ dan mempunyai sejarah melawat Mexico, California, Kansas, Ohio, Texas, New York atau Kanada selepas 17 April 2009 diminta untuk memaklumkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat dengan serta merta melalui telefon untuk tindakan pencegahan dan kawalan.

iii. Saringan tanda-tanda jangkitan Virus Influenza A (H1N1) di semua pintu masuk negara untuk pelawat atau warga Malaysia yang ada melawat ke negara Mexico, California, Kansas, Ohio, Texas, New York atau Kanada selepas 17 April 2009.

iv. Membuat kenyataan akhbar dari masa ke semasa situasi wabak Virus Influenza A (H1N1) untuk maklumat orang awam di Malaysia dan langkah kawalan dan pencegahan yang diambil oleh Kerajaan.

• Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan pada Sidang Media pada 26 April 2009 mengenai wabak berkenaan amat berbahaya kerana ia tersebar melalui manusia bukannya haiwan seperti selesema burung atau ‘avian flu’ yang pernah melanda negara ini.
• Beliau bagaimanapun meminta rakyat negara ini supaya tidak panik kerana Kerajaan sentiasa berwaspada terhadap apa jua wabak yang boleh menyebabkan kematian.
• Pengawasan itu membabitkan pemeriksaan kesihatan terhadap orang ramai antaranya mereka yang menunjukkan tanda-tanda demam panas.
• Pengawasan di semua pintu masuk negara diperketatkan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengekang penularan wabak selesema babi dari merebak ke dalam negara terutama penumpang penerbangan dari luar negara termasuk AS.
• Orang awam yang ingin mendapat maklumat lanjut berkaitan dengan wabak Virus Influenza A (H1N1) ini boleh mendapatkan maklumat tersebut melalui talian 03-88810200 atau 03-88810300 pada waktu pejabat atau di laman web Kementerian http://www.moh.gov.my

Sumber : Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)• Pusat Pencegahan dan Kawalan Wabak Amerika Syarikat (US Centers of Diseases Control and Prevention) atau CDC• Akhbar-akhbar Utama Tempatan
Laman Web Pusat Maklumat Rakyat


Khasiat Bismillaahir rahmaanir rahiim

Julai 27, 2009
1. Berkhasiat Untum Mencapai semua Hajat:

Jika kita mahukan suatu hajat atau keinginan, maka perlu membaca bismillah ditambah dengan doa sebagaimana berikut dibawah ini sebanyak 118 kali;

Bismillaahir rahmaanir rahiim,
Allahumma inni as-aluka bi fadhli, bismillahir maanir rahiim, wa bi haqqi, bismillahir rahmaanir rahiim, wa bi haibati, bismillahir rahmaanir ra-hiim, wa bi manzilati, bismillahir rahmaanir rahiim irfa’ qadrii wa yassir amrii wasyroh shadrii yaa man huwa kaf ha yaa ‘ain shaad, haa miim ‘ain shaad alif lam miim raa haa miim, allaahu laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuumu bi sirril haibati wal qudrati bi siiril jabaruuti wal ‘adlamati ij’al nii min ‘ibaadikal muttaqiina wa ahli thaa atikal muhibbiina waf’al lii kadzaa yaa rabbal ‘aalamiina wa shallaallaahu ‘alaa sayyidinaa muhammadin wa ‘alaa aalihi wa shahbihii wa sallaama.

“Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Wahai Allah, sesyngguhnya aku memohon kepada Mu dengan keistimewaan bismillahir rahmaanir rahiim, dan dengan kebenaran bismillahir rahmaanir rahiim, dan dengan keampuhan bismillahir rahmaanir rahiim, dan dengan ketinggian kedudukan bismillahir rahmaanir rahiim, maka tingkatkanlah hedudukan derajatku, mudahkanlah segala usahaku, dan luaskanlah cakrawala pemikiran ku, Wahai Dzat yang Dia itu adalah kaf ha aa ain ahead, ha miem ‘ain sin qaaf, alief laam min, alief lam min shaad, alief laam miem roo, ha miem, yaitu Allah yang tiada Tuhan melainkan hanya Dia. Dia Yang Maha hidup lagi berdiri sendiri. Dengan rahasia Dzat yang memiliki kehebatan dan kekuasaan, dengan rahasia kemuliaan dan keagungan.. Jadikanlah aku termasuk golongan orang-orang yang bertakwa, taat dan mencintai Mud an jadikanlah aku …. (sebutkan keinginan yang dimaksudkan) Wahai Tuhan Semesta Alam, Semoga rahmat dan salam dari Allah sentiasa tetap atas jubjungan Nabi Muhammad, juga atas keluarga dan sahabat beliau.”

2. Dapat Menjauhkan Godaan Syaitan:

Untuk mencegah hal-hal tersebut, maka sebaik-nya kita membiasakan membaca bismillahir rahmaanir rahiim sebanyak 21 kali. Ini dilakukan ketika kita hendak tidur. Semalam itu juga kita digaja oleh Allah dari mati kafir dan bahaya pencurian.

3. Dapat Mecerdaskan Akal Pikiran:

Baca bismillahir rahmaanir rahiim sebanyak 900 kali setiap hari maka pikiran menjadi cerdas. Jika ada anak yang bebal otanya dan sulit menerima pelajaran maupun nasihat, sebaiknya dibacakan kalimat bismillah ini sebanyak 900 kali. Caranya terlebih dahulu kita menunaikan solat sunat hajat dua rakaat, setelah berdzikir lalu mengambil mangkuk berisi air putih. Selanjutnya baca bismillah sebanyak bilangan tersebut pada air putih dan diminumkan.

4. Dapat Melancarkan Usaha:

Bagi para pengusaha atau pedagang hendaknya memanafatkan khasiat bismillah ini jika ingin usahanya lancer dan jualan menjadi laris. Syaratnya melakukan solat hajat dua rakaat. Kemudian membaca bismillahir rahmaanir rahiim sebanyak 791 kali. Ini dilakukan setiap hari berturut-turut selama 7 hari dengan hati yakin.

5. Dapat menyembuhkan berbagai penyakit:

Jika jatuh sakit hendaklah membaca bismillahir rahmaanir rahiim sebanyak-banyaknya atau paling tidak 100 kali setiap hari. Tentu saja harus disertai dengan hati yakin bahawa Allah yang memberi kesembuhan disamping pengobatan secara lahiriah (berobat ke Doktor).

6. Mengobati anggota tubuh yang sakit:

Jika ada bahagian tubuh kita yang sakit, maka hendaklah kita berdoa memohon pertolongan agar Allah memberi kesembuhan. Bacalah bismillahir rahmaanir rahiim sebanyak 3 kali sambil meletakan telapak tangan kanan pada bahagian yang sakit. Lalu disambung dengan doa berikut ini sebanyak 7 kali:

A’uudzu billaahi wa biqudratihi min syarri ma ajidu wa uhaadziru.

“Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaan-nya dari keburukan yang kurasakan dan kutakuti.”

7. Menghilangkan kemarahan:

Apabila dibaca 50 kali dihadapan orang zalim atau orang yang sedang marah-marah, insya Allah akan hilang kemarahannya dan menjadi reda kemarahannya.

8. Rumah tidak diganggu jin dan syaitan:

Apabila ditulis sebanyak 35 kali pada kertas yang bersih dan suci, waktu menulisnya dalam keadaan suci, kemudian tulisan tersebut ditempelkan pada pintu rumah. Insya Allah rimah tersebut akan aman dari gangguan dan godaan jin dan syaitan. Semua makhluk halus tidak berani memasuki rumah itu.

BANYAK LAGI KEGUNAANNYA YANG TIDAK DITERANGKAN DISINI KHASNYA MENYEMBUHKAN PENYAKIT-PENYAKIT.


Luahkan apa anda rasa

Julai 27, 2009

Meluahkan apa yang anda rasa boleh mengurangkan tension.
Meluahkan perasaan boleh membantu anda sentiasa memahami perasaan anda. Ia juga boleh meredakan tension/tekanan yang anda alami. Kadangkala apabila seseorang itu tidak memahami apa yang mereka rasa, perasaan tersebut akan meledak dalam situasi atau cara yang memalukan atau tidak sewajarnya.

Setiap orang memerlukan masa untuk dirinya sendiri bagi merenung, membayangkan perasaannya sendiri. Keupayaan untuk meluahkan apa yang anda rasa boleh membantu anda membuat keputusan yang lebih baik terhadap apa yang betul dan sesuai untuk anda.

CARA MELUAHKAN PERASAAN
Kenalpasti cara yang terbaik untuk anda meluahkan perasaan merupakan suatu kelebihan. Anda akan berasa seronok meluahkan perasaan dengan cara yang tertentu, seperti melukis, bersukan, menyanyi, memukul dram, ataupun melakukan sesuatu seperti menendang bola atau menjerit pada pokok. Jika anda tidak tahu apa yang sesuai untuk anda, cuba cadangan di bawah ini.

TULIS TENTANG APA YANG ANDA RASA
Menulis mungkin cara yang berguna untuk anda mengenalpasti perasaan sendiri. Ada orang menyimpan diari, ada yang hanya menulis apa saja yang terbayang di kepala. Anda mungkin boleh menulis cerita tentang apa saja yang berlaku dalam hidup anda sekarang cuba bayangkan ataupun buat satu kisah berdasarkan peristiwa yang pernah berlaku dalam hidup anda. Menulis puisi berkesan kepada sesetengah orang, jadi mungkin anda boleh mencubanya.

BERSUKAN
Bersukan membantu anda meluahkan perasaan secara fizikal. Anda berpeluang untuk menjerit atau berasa girang apabila mencapai kejayaan. Sukan berpasukan membolehkan anda meluahkan perasaan dan bergabung tenaga dengan ahli sepasukan yang lain secara verbal dan tidak verbal.

MELUKIS ATAU MEWARNA
Walaupun anda tidak membayangkan diri anda sebagai seorang yang artistik, melukis dan mewarna berguna untuk meluahkan perasaan anda. Tiada orang lain perlu melihat apa yang anda buat. Anda boleh mencuba dengan melukis garisan, lakaran, warna dan sebagainya (cuba untuk mewarnakannya).

MENYANYI, BERMAIN MUZIK ATAU MENJERIT
Ikut menyanyi lagu yang anda gemari atau bermain alat muzik adalah antara cara lain untuk meluahkan perasaan anda. Menyanyilah di dalam bilik air atau di taman. Jika anda selalu bermain alat muzik atau menyanyi, anda akan mendapati yang anda sebenarnya telah berjaya menulis lagu anda sendiri atau muzik untuk meluahkan perasaan.

MENARI
Menari adalah satu bentuk ekspresi diri. Mainkan muzik di rumah atau pergi ke luar dan menarilah.Tapi ingat, pastikan apa yang anda lakukan di atas ini tidak mengganggu orang lain. Menjeritlah di tempat yang tidak ada orang, pasanglah muzik yang tidak terlalu kuat (atau gunakan fon kepala (headphone) dan jangan gunakan peralatan orang lain tanpa kebenaran!


Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Julai 24, 2009

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini? Lalu dijawab :
“Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang
ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan
mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air
sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari.
Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi.”

Kala Jengking Neraka
Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang
bernama “Huraisy” berasal dari anak kala jengking.
Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti
jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : “Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa
yang kau cari?”
Huraisy pun menjawab, “Aku mahu mencari lima orang.
Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak.”

Simpanlah baik2 amanat ini dan sebagai peringatan kita setiap hari.
Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga
menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat , Insya’Allah

A langkah berbahagianya anda semua yang mempunyai anak lelaki dan dididik
pula melaungkan azan di masjid2 maupun disurau2..Amin. Wasallam.

Semoga Allah merahmati kita semua dan mengampuni segala dosa2 kita yang
lalu dan hari ini. Azan adalah dakwah yang paling utama sekali kerana
ianya mengajak kita membuat kebaikan dan mengingati Allah swt. Secara
tidak sedar kita sentiasa didakwah sebanyak 5X sehari. Cubalah hayati
setiap perkataan dan jawaplah seperti yang disarankan. Bagi orang yang
melaungkan azan pula jika dia berniat untuk seluruh alam (spt yang
disarankan olih Allah kepada Nabi Ibrahim alaihisallam) muazin itu akan
mendapat pahala umat islam seluruh alam yang bersolat pada hari itu.
begitulah kelebihannya yang Allah beri. Wassallam.

ADAB MENDENGAR AZAN
Kematian itu pasti menjelma. Hanya mas a dan waktunya yang tidak kita
ketahui.Cuba kita amati . Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal
tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik
mukanya yang menahan kesakitan ‘  sakaratul maut’ . Diriwayatkan sebuah
hadis yg bermaksud: “Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika
tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya.”

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan
berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang . Sebagai orang beragama
Islam kita wajib
menghormati azan Banyak fadhilatnya . Jika lagu kebangsaan kita diajar
agar berdiri tegak dan diamkan diri.

Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang
berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita
takut dengan  kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita
tidak dapat mengucap kalimah “Lailahaillallah.. .” yang mana sesiapa yang
dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn
izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama
menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah  ini tidak kelu
se mas a nyawa kitasedang dicabut.

“Ya  Allah!  Anug era hkanlah kematian kami dengan kematian yang baik
lagi mulia, lancarkan lidah kami  mengucap  kalimah “Lailahaillallah. ..”
se mas a sakaratul  maut menghampiri  kami.. Amin.. amin.. amin
Yarobbala’lamin ..”

Kita boleh mengirimkan ribuan ‘jokes’ dan ‘ surat b era ntai’ melalui
e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali
berfikir 2 atau 3 kali…FIKIRKAN LAH, tepuk dada tanya iman


Ganjaran Pahala Solat Subuh Mengatasi Keindahan Dunia

Julai 24, 2009

Ganjaran Pahala Solat Subuh Mengatasi Keindahan Dunia

RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.” (Hadis riwayat Muslim)Muhammad Abdur Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta’arif menegaskan, as-Subhu atau as-Sabah adalah permulaan siang hari, iaitu ketika ufuk berwarna merah jingga di langit tertutup oleh tabir matahari.

Adapun solat Subuh ibadat yang dilaksanakan ketika fajar siddiq dan berakhir pada waktu matahari terbit.Solat Subuh memiliki banyak daya tarikan kerana kedudukannya dalam Islam dan nilainya yang tinggi dalam syariat. Banyak hadis mendorong untuk melaksanakan solat Subuh serta menyanjung mereka yang menjaga dan mengerjakannya.

Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit dan payah untuk bangun dari tidur. Seorang Muslim bila dibiarkan begitu saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau ‘Subuh gajah’, iaitu dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul.

Rasulullah SAW mengkhususkan solat subuh dengan beberapa keistimewaan tunggal dan sifat tertentu yang tidak ada pada solat lain. Banyak keutamaan dan kelebihan yang didapati di waktu subuh.

Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis: “Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya) .” (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)Jika Rasulullah SAW yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara Baginda dengan Allah SWT kerana Baginda sendiri adalah orang yang secara jasadiyah paling dekat dengan Allah SWT.Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT.

Allah SWT berfirman maksudnya: “Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.” (Surah al-Kahfi, ayat 28)

Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Termizi: “Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.”Begitulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh?

Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya dibandingkan dunia dan seisinya?Diriwayatk an Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:”Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh.” (Hadis riwayat Muslim).

Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya.Diriwayat kan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga.” (Hadis riwayat Bukhari). Dua waktu yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar.Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga akan melihat Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, “Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka.” (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah)Semoga kita tetap menjaga dan memelihara solat Subuh seperti dijanjikan Allah. Bergegas bangun tidur apabila terdengar laungan azan berkumandang untuk segera mengerjakan solat Subuh.


%d bloggers like this: