Hidup Mesti Berani Mencuba

Alkisah, seorang pembuat jam tangan berkata kepada jam yang sedang dibuatnya.

“Hai jam, apakah kamu sanggup untuk berdetik paling tidak 31,104,000 kali selama setahun?”

“Ha?,” kata jam terperanjat, “Mana sanggup saya?”

“Bagaimana kalau 86,400 kali dalam sehari?”

“Lapan puluh ribu empat ratus kali? Dengan jarum yang kecil panjang seperti ini?” jawab jam penuh keraguan.

“Bagaimana kalau 3,600 kali dalam satu jam?”

“Dalam satu jam harus berdetik 3,600 kali? Banyak sekali itu” jam tetap ragu-ragu dengan kemampuan dirinya.

Tukang jam itu dengan penuh kesabaran kemudian bicara kepada jam.

“Kalau begitu, sanggupkah kamu berdetik satu kali setiap saat?”

“Naaaa, kalau begitu, aku sanggup!” kata jam dengan penuh keyakinan.

Maka, setelah selesai dibuat, jam itu berdetik satu kali setiap saat. Tanpa terasa, detik demi detik terus berlalu dan jam itu sungguh luar biasa kerana ternyata selama satu tahun penuh dia telah berdetik tanpa henti. Dan itu bererti ia telah berdetik sebanyak 31,104,000 kali.

Pengajaran :

Ada kalanya kita ragu-ragu dengan segala tugas atau pekerjaan yang kita rasa berat. Namun sebenarnya kalau kita sudah menjalankannya, kita ternyata mampu. Bahkan yang kita anggap impossible untuk dilakukan sekalipun.

Jangan berkata “tidak” sebelum Anda mencubanya.

3 Responses to Hidup Mesti Berani Mencuba

  1. "eS@RLi" berkata:

    jGn mUdAh mEnGaLaH SbLuM BeRjUaNg.. HeHeHe

  2. nakhaie berkata:

    Amat benar sekali. Jadi mulakan sahaja langkah pertama dan dari situ anda tahu sejauh mana kekuatan yang ada pada anda!

  3. aminahsaad berkata:

    sangat menarik dan memberi inspirasi…

    walaupun terasa besar, jika kita memulakan walaupun sedikit pasti akan memberikan hasil yang menakjubkan.

    All d best!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: