Kenali JIN

Apa itu Jin?

BERIMAN KEPADA YANG GHAIB
Beriman kepada yang ghaib adalah termasuk salah satu asas dari akidah
Islam, bahkan ianya merupakan sifat yang pertama dan utama yang dimiliki
oleh Allah S.W.T. Justeru itu, bagi setiap orang Muslim, mereka wajib
beriman kepada yang ghaib, tanpa sedikitpun ada rasa ragu. Dalam perkara
ini Ibn Mas’ud mengatakan:
Yang dimaksudkan dengan yang ghaib itu ialah segala apa saja yang ghaib
dari kita dan perkara itu diberitahukan oleh Allah dan Rasul-Nya. Begitu
juga jin.
Jin termasuk makhluk ghaib yang wajib kita imani, kerana banyak
ayat-ayat Al- Qur’an dan Hadis Nabi yang menerangkan tentang wujudnya.

Walaupun jin itu tidak dapat dilihat, maka bukanlah bererti ia tidak
ada. Sebab berapa banyaknya sesuatu yang tidak dapat kita lihat di dunia
ini, akan tetapi benda itu ada. Angin misalnya, kita tidak dapat
melihatnya, tetapi hembusannya dapat kita rasakan. Begitu juga roh yang
merupakan hakikat dari kehidupan kita, kita tidak dapat melihatnya serta
tidak dapat mengetahui tentang hakikatnya akan tetapi kita tetap
meyakini wujudnya.

APAKAH ITU JIN?
Jin adalah nama jenis, bentuk tunggalnya adalah Jiniy ( dalam bahasa
arab dahulu kala, dan Genie dalam bahasa Inggeris ) yang ertinya “yang
tersembunyi”
atau “yang tertutup” atau “yang tak terlihat”. Hal itulah yang
memungkinkan kita mengaitkannya dengan sifat yang umum “alam
tersembunyi”, sekalipun akidah Islam memaksudkannya dengan
makhluk-makhluk berakal, berkehendak, sedar dan punya kewajipan,
berjasad halus and hidup bersama-sama kita di bumi ini. Dalam sebuah
hadith dari Abu Tha’labah yang bermaksud : “Jin itu ada tiga jenis iaitu
: Jenis yang mempunyai sayap dan terbang di udara, Jenis ular dan
jengking dan Jenis yang menetap dan berpindah-pindah.”

AWAL PENCIPTAAN JIN
Allah S.W.T. menciptakan jin sebelum menciptakan manusia, dengan selisih
waktu yang lama bila dikiaskan pada manusia mahupun jin sendiri. Allah
S.W.T.
berfirman ( maksudnya ) : “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan
manusia dari tanah liat kering ( yang berasal ) dari lumpur hitam yang
diberi bentuk. Dan Kami telah menciptakan jin, sebelum itu dari api yang
sangat panas. ( Surah Al-
Hijr: 26-27 ).

BAGAIMANA JIN DAN SYAITAN HIDUP
Jin adalah makhluk yang sangat banyak sekali penduduknya, boleh
dikatakan sama bilangan penduduk bumi sebanyak 5 bilion. Jarang ada
suatu tempat di bumi ini yang tidak diduduki oleh jin, baik di daratan,
lautan mahupun udara. Dunia mereka seperti dunia kita : Ada negara,
kerajaan, berbagai bangsa & kabilah, penguasa dan rakyat jerata. Agama
mereka pun tidak berbeza dengan agama manusia. Diantara mereka,
alhamdulillah, ada yang Muslim dan memperoleh hidayah dari Allah S.W.T.
Yang lain, beragama Masehi, Hindu, Buddha, penyembah berhala dan
penganut ajaran komunis.

TEMPAT TINGGAL JIN
Makhluk jin lebih mengutamakan untuk tinggal di tempat-tempat yang sunyi
dan sepi dari manusia seperti di padang pasir. Ada yang tinggal di
tempat-tempat kotor seperti di tempat pembuangan sampah kerana mereka
memakan makanan lebihan manusia.
Ada juga mereka yang tinggal bersama manusia iaitu di dalam rumah. Abu
Bakar bin Ubaid meriwayatkan: “Pada setiap rumah kaum muslimin ada jin
Islam yang tinggal di atapnya, setiap kali makanan diletakkan, maka
mereka turun dan makan bersama penghuni rumah.”

Jin juga menjadikan tandas sebagai tempat tinggalnya. Rasullullah s.a.w.
telah
bersabda: “Sesungguhnya pada tiap-tiap tempat pembuangan kotoran ada
didatangi jin, kerana itu bila salah seorang kamu datang ke tandas maka
hendaklah ia mengucapkan doa: ” Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung
kepadamu dari jin lelaki dan perempuan” (HR. Abu Dawud)

Jin juga sangat suka tinggal di lubang-lubang. Oleh kerana itu dalam
sebuah hadis dijelaskan yang maksudnya: “Janganlah kamu kencing
dilubang.”
(HR. An-Nas’i)

KERAJAAN IBLIS
Iblis mempunyai kerajaan yang sangat besar. Ada menteri-menteri,
pemerintahan dan pejabat-pejabat. Iblis juga mempunyai wakil-wakil, lima
di antaranya wajid diwaspadai :
Yang pertama, menurut kalangan Jin, bernama Tsabar. Dia selalu
mendatangi orang yang sedang kesusahan atau ditimpa musibah, baik
kematian isteri, anak ataupun kaum kerabat. Kemudian dia melancarkan
bisikannya dan menyatakan permusuhannya kepada Allah. Diucapkannya,
melalui mulut orang yang ditimpa musibah itu, keluh- kesah and caci-maki
terhadap ketentuan Allah atas dirinya.

Yang kedua, namanya ialah Dasim. Syaitan inilah yang selalu berusaha
dengan sekuat tenaganya untuk mencerai-beraikan ikatan perkahwinan,
membuat rasa benci antara satu sama lain di kalangan suami-isteri,
sehingga menjadi penceraian.
Dia adalah anak kesayangan Iblis di wilayah kerajaannya yang sangat
besar.

Yang ketiga, namanya ialah Al-A’war. Dia dan seluruh penghuni
kerajaannya, adalah pakar-pakar dalam urusan mempermudah terjadinya
perzinaan. Anak-anaknya menghiaskan indah bahagian bawah tubuh kaum
wanita ketika mereka keluar rumah, khususnya kaum wanita masa kini,
betul-betul menggembirakan Iblis di kerajaan yang besar. Segala
persoalan yang menyangkut keruntuhan moral dan perzinahan berurusan
dengan pejabat besar mereka.

Yang keempat, namanya ialah Maswath, pakar dalam menciptakan kebohongan-
kebohongan besar mahupun kecil. Bahkan kejahatan yang dia dan
anak-anaknya lakukan sampai pada tingkat dia memperlihatkan diri dalam
bentuk seseorang yang duduk dalam suatu pertemuan yang disenggarakan
oleh manusia, lalu menyebarkan kebohongan yang pada gilirannya
disebarkan pula oleh manusia.

Yang kelima, namanya ialah Zalnabur. Syaitan yang satu ini berkeliaran
di pasar- pasar di seluruh penjuru dunia. Merekalah yang menyebabkan
pertengkaran, caci- maki, perselisihan dan bunuh-membunuh sesama
manusia.

Untuk menghindarinya hendaklah mengucapkan :

Aku berlindung kepada Allah dari gangguan syaitan, ( ** Sebutkan namanya
:
Tsarbar / Dasim / Al-A’war / Maswath / Zalnabur ) yang terkutuk, serta
pengikut- pengikut dan anak-anaknya.

Menurut buku Asy-Syibli meriwayatkan sebuah riwayat dari Zaid bin
Mujahid yang mengatakan bahawa, “Iblis mempunyai lima anak, yang
masing-masing diserahkan urusan-urusan tertentu. Kemudian dia memberi
nama masing-masing anaknya :
Tsabar, Dasim, Al-A’war, Maswath dan Zalnabur.”

KUMPULAN-KUMPULAN JIN
Jin juga seperti manusia yang inginkan nama dan keturunan dan hidup
berpuak- puak. Puak dan kumpulan jin terlalu banyak dan bercakap dalam
berbagai-bagai loghat dan bahasa. Ada sesetengah ulama membahagikan Jin
kepada beberapa kumpulan, antaranya ialah :- Kumpulan yang menunggu
kubur Kumpulan yang menunggu gua Kumpulan yang menunggu mayat Kumpulan
yang menunggu air mata air Kumpulan yang menunggu tasek, kolam, telok,
kuala, pulau dan sebagainya.

PEMIMPIN-PEMINPIN JIN
Jin juga mempunyai pemimpin dan kerajaannya tersendiri. Antaranya ialah
:- Raja Jin Alam bawah yang kafir ialah seperti Mazhab, Marrah, Ahmar,
Burkhan, Syamhurash, Zubai’ah dan Maimon.
Empat Raja Jin Ifrit ( Jin yang paling jahat ) yang mempunyai kerajaan
yang besar yang menjadi menteri kepada Nabi Allah Sulaiman a.s. ialah
seperti Thamrith, Munaliq, Hadlabaajin dan Shughal.
Raja Jin Alam atas yang Islam pula ialah Rukiyaail, Jibriyaail,
Samsamaali, Mikiyaail, Sarifiyaali, ‘Ainyaail dan Kasfiyaail.
Raja Jin yang menguasai segala Jin tersebut bernama THOTHAMGHI YAM TA
LI.
Manakala Malaikat yang mengawal kesemua Jin-Jin di atas bernama
Maithotorun yang bergelar QUTBUL JALALAH.

JENIS-JENIS JIN
Iblis bapa dan pujaan kepada semua jenis Jin, Iblis dan Syaitan.
Asy-Syaitan – Syaitan-Syaitan
Al-Maraddah – Peragu-peragu ( was-was ) Al-Afrit – Penipu-penipu
Al-A’waan – Pelayan-pelayan Al-Tayaaruun – Penerbang-penerbang
Al-Ghawwaasuun – Penyelam-penyelam At-Tawaabi – Pengikut-pengikut (
pengekor ) Al-Qurana – Pengawan-pengawan Al-Ummaar – Pemakmur.

ANAK2 IBLIS YANG MEMPUNYAI KERAJAAN YANG BESAR Thubar – Merasuk manusia
yang ditimpa musibah dan bala.
Daasim – Merasuk manusia untuk menceraikan ikatan siratulrahim,
rumahtangga, keluarga sahabat-handai, jemaah dan sebagainya.
Al-‘Awar – Merasuk manusia supaya meruntuhkan akhlak, berzina, minum
arak, liwat, berjudi dan sebagainya.
Zalanbuur – Merasuk manusia dengan api permusuhan dan pembunuhan.
GELARAN-GELARAN JIN DALAM ISTILAH ORANG MELAYU Jin menurut orang-orang
Melayu mempunyai beberapa nama dan gelaran menurut perwatakan dan rupa
bentuk penjelmaan mereka. Kebanyakan nama Jin-Jin itu dimulai dengan
hantu. Hantu-hantu tersebut sebenarnya adalah terdiri daripada golongan
Jin, cuma di kalangan orang Melayu, menganggap hantu itu adalah makhluk
yang berbeza daripada Jin. Antara Jin-Jin yang popular di kalangan
masyarakat Melayu ialah :-
(a.) – Hantu Raya
(b.) – Hantu Toyol
(c.) – Hantu Pelesit
(d.) – Hantu Kubur
(e.) – Hantu Jerangkung
(f.) – Hantu Galah
(g.) – Hantu bungkus
(h.) – Hantu Bidai
(i.) – Harimau Jadian
(j.) – Hantu Pontianak
(k.) – Hantu Langsuir
(l.) – Hantu Air
(m.) – Hantu Pari
(n.) – Hantu Laut
(o.) – Jin Tanah
(p.) – Hantu Pochong
(q.) – Hantu Pari-Pari
(r.) – Jembalang Tanah
(s.) – Hantu Polong
(t.) – Harimau Penanggal
(u.) – Hantu Bukit
(v.) – Hantu Punjut
(w.) – Hantu Bawah Tangga
(x.) – Hantu Kum-Kum
(y.) – Hantu Mati Dibunuh
(z.) – Hantu Kopek ( Tetek )
(zz) – Hantu Tengelong

MUKHANNATS ADALAH ANAK JIN ATAU SYAITAN
Ketahuilah, apabila seorang lelaki mencampuri isterinya ketika sedang
haid, maka syaitan mendahuluinya. Ketika si isteri hamil dan melahirkan,
maka yang lahir itu adalah al-mukhannats, iaitu anak-anak jin.
Nuthfahnya akan rosak, bahkan boleh membuat si lelaki dan perempuan itu
menderita penyakit.
Sesungguhnya Allah s.w.t. melarang kita untuk mencampuri isteri-isteri
kita yang sedang haid. Barangsiapa melakukan itu, dialah yang
bertanggungjawab terhadap akibatnya, dan lebih dari itu dia pulalah yang
akan menerima akibatnya jika dari hubungan tersebut lahir mukhannats.
Rasanya, itu adalah balasan yang setimpal belaka.

9 ANAK-ANAK SYAITAN YANG LAINNYA
ZALITUUN : Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat
cermat.
Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang
tidak perlu.
WATHIIN : Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka
buruk terhadap Allah.
A’AWAN : Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat.

Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan
tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
HAFFAF : Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang berada
di tempat-tempat maksiat ( i.e. disko, kelab malam & tempat yang ada
minuman keras ) MURRAH : Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang
sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam
keseronokan dan glamour etc.
MASUUD : Duduk dibibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip,
umpatan dan segalaapa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.
DAASIM ( Berilah Salam sebelum masuk ke rumah ) : Duduk di pintu rumah
kita.
Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak
agar berlaku keruntuhan rumahtangga. (suami-isteri bercerai-berai, suami
bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut
cerai, anak-anak didera dan perbagai bentuk kemusnahan rumahtangga).
WALAHAAN : Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika
berwudhuk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.
LAKHUUS : Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api dan
matahari.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: