Mohon Taubat

Ogos 14, 2008

ANDA NAK LEBIH CERITA LAGI KE?
KLIK JE SINI UNTUK JOIN LEPAKK

Dengan nama Allah s.w.t. yang Maha Agung, Maha Pemurah, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pengampun dan segala Puji-pujian serta Kebesaran yang selayak dengan Kekuasaan-Nya yang mengandungi Keberkatan, Kelazatan, Kemanisan, Ketenangan dan Ketenteraman yang tidaklah tersembunyi kepada orang yang pernah menyebut nama yang suci itu dan pernah mencintai-Nya buat beberapa lama.

Sabda junjungan Agung kita semua umat Islam Baginda Rasulullah s.a.w: “Ballighu anni walau aayah” (Sampaikanlah apa yang kamu dapat daripadaku walau hanya satu ayat)

RASULULLAH SAW pernah bersabda kepada Aisyah r.a., “Jika engkau melakukan dosa dan bukan merupakan kebiasaan, maka mohonlah ampun kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya, kerana apabila seorang hamba mengakui dosanya, kemudian dia bertaubat kepada Allah, nescaya Allah akan mengampuni dosanya.”
(HR. Bukhari, Muslim dan Ahmad).

Wahai saudaraku! Bertaubat kepada Allah adalah merupakan jalan yang terbaik supaya dosa-dosa akan diampunkan oleh-Nya. Tidak ada yang dapat memberikan keuntungan bagi orang-orang yang beruntung pada hari akhirat kecuali hanya taubat yang sungguh-sungguh, yang padanya terkandung keikhlasan kepada Allah semata dan dengan cara menjauhi apa-apa yang tidak disukai-Nya.

Taubat itu adalah merupakan ubat yang dapat diperoleh bagi setiap orang yang terkena penyakit jiwa dan perbuatan-perbuatan yang buruk. Sedangkan makna taubat menurut pengertian bahasa ialah kembali”. Maksudnya ialah kembali taat kepada Allah SWT setelah sebelumnya durhaka kepada-Nya.

Wahai saudaraku! Perhatikanlah ayat-ayat Al Quran yang menyerumu supaya bertaubat. Firman Allah:

“Katakanlah wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(As-Zumar: 53)

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai.” (At-Tahrim: 8)

“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (An-Nur: 31)

“Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).”

“Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mnengalir dibawahnya beberapa sungai, mereka kekal didalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan bagi orang-orang yang beramal.”
(AI-Imran: 135-136).

Bertaubat kerana dosa dan kesalahan termasuk sesuatu yang harus dilakukan secara langsung dan terus menerus, sama ada dosa yang dilakukan itu kecil mahupun besar. Kerana telah diturunkan kepada kita wahyu yang jelas maknanya, yang menganjurkan perbuatan ini Sebagaimana Firman-Nya lagi:

“Maka barangsiapa yang bertaubat sesudah melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya.” (Al Maidah: 39)

Setelah kita memperhatikan firman Allah, marilah pula kita perhatikan hadis-hadis Nabi, yang menyeru kita supaya kembali ke jalan Allah.

Diriwayatkan dan Abu Hurairah, dia berkata,:

“Rasulullah SAW bersabda: “Demi Allah, sesungguhnya aku benar-benar memohon ampun kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya lebih dan 70 kali dalam satu hari.”
(HR. Bukhari).

Dan Al-Aghar bin Yassar, dia berkata, “Rasulullah SAW bersabda:
“Hai manusia bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampunan-Nya, kerana aku juga bertaubat sebanyak seratus kali dalam satu hari.” (HR. Muslim).

Kalaulah kita ingin memperhatikan pada diri Rasulullah SAW yang maksum itu, yang dosa-dosanya pada masa lalu dan yang akan datang telah diampuni oleh Allah, namun meskipun begitu beliau tetap memohon ampun dan bertaubat kepada-Nya sebanyak seratus kali dalam satu hari. Perkara ini memberikan pengertian kepada kita bahawa pentingnya taubat dalam kehidupan sehari-hari.

Sebenarnya hak-hak Allah terlalu agung jika kita harus melaksanakannya. Lalu bagaimanakah caranya supaya kita mendapatkan keredhaanNya?

Mari kita perhatikan ucapan dan seorang ulama’ yang terkenal iaitu Thaniq bin Habib, katanya: “Sesungguhnya hak—-hak Allah terlalu agung jika harus dilaksanakan oleh manusia. Namun mereka harus tetap bertaubat pada waktu pagi dan petang hari.”

Sesungguhnya taubat yang dapat mengubati dosa dan menghilangkan pengaruhnya, ialah taubat yang seikhlas-ikhlasnya. Sedangkan yang dimaksud dengan taubat yang seikhlas-ikhlasnya didalamnya terkandung keinsafan sepenuhnya tentang buruknya dosa yang diperbuat di sisi Allah SWT.

Hati harus dipenuhi oleh perasaan sedih dan menyesal serta takut kepada amarah Allah, keinginan kuat untuk meninggalkan dosa itu ketika itu juga dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa yang akan datang, serta berusaha terus membebaskan diri dan pengaruh-pengaruh dosa yang lalu sedapat mungkin.

Apabila seluruh unsur-unsur itu terpenuhi, maka hal itu akan mengubah dosanya menjadi pendekatan diri kepada Allah SWT, sakitnya akan menjadi kelazatan, keburukannya berubah menjadi kebaikan, kegelapannya berubah menjadi cahaya dan kebingungannya berubah menjadi hidayah.

Taubat yang sebenarnya itu mengandung tiga unsur, iaitu ilmu, perihal keadaan dan perbuatan. Yang dimaksud dengan ilmu ialah: bahawa taubat itu haruslah dilakukan dengan kesedaran dan ilmu. Ertinya, harus diketahui bahawa perbuatan yang sudah dilakukan itu adalah perbuatan dosa. Sedangkan ilmu yang dimaksudkan disini ialah iman yang yakin. Iman iaitu suatu pengertian yang membenarkan bahawa dosa itu adalah suatu perkara yang dapat merosakkan, sedangkan yakin iaitu suatu pengertian yang menguatkan pembenaran tersebut dan yang menghilangkan keragu-raguan. Jika yakin ini telah menguasai hati, maka akan timbullah cahaya iman.

Yang dimaksud dengan perihal keadaan ialah, sesudah hal itu diketahui,hendaklah timbul suatu jeritan di dalam hati, iaitu perasaan menyesal.

Sedangkan yang dimaksud dengan perbuatan ialah, niat yang kuat dan sungguh-sungguh bahawa tidak akan melakukan dosa itu kembali pada hari-hari yang akan datang.

Begitu juga, apabila taubat seseorang itu ingin diterima disisi Allah, maka seseorang itu harus memperhatikan syarat-syarat yang telah ditentukan, diantara syarat-syarat tersebut ialah:

1. Menyesal atas segala perbuatan dosa yang pernah dilakukan.
2. Mensucikan diri dan perbuatan maksiat yang sudah dilakukan. Kerana tidak ada ertinya bertaubat jika dosa masih terus dikerjakan.
3. Bertekad dengan sungguh-sungguh bahawa tidak akan mengulanginya lagi, selama hayat dikandung badan, sampai mengucapkan selamat tinggal pada dunia yang fana ini.

Ketiga-tiga syarat ini, wajib dilaksanakan oleh orang yang ingin bertaubat yang berhubungan antara dosa manusia dengan Tuhannya. Akan tetapi jika kesalahan atau dosa yang dilakuan itu berhubung dengan sesama manusia, maka diwajibkan untuk menyelesaikannya kepada orang yang berkenaan.

Setelah taubat dan dosa-dosa engkau lakukan, selepas itu hendaklah sentiasa meletakkan dirimu antara takut dan harap. Berharap dimaksudkan di sini ialah agar Allah menerima taubatmu dengan belas dan kasih-Nya. Sedangkan yang dimaksud dengan takut ialah, takut kalau-kalau Allah tidak menerima segala taubatmu, serta bimbang kalau-kalau kamu melakukan taubat itu tidak dengan sempurna.

Bagi setiap orang yang beriman haruslah sentiasa bertaubat kepada Allah tanpa berhenti, dan taubat itu haruslah diperbaharui pada setiap masa dan kesempatan, sebab dosa-dosa yang kita lakukan itu mungkin banyak sekali dosa batin, atau dosa yang tidak kita tahu atau dosa yang kita ketahui.

Oleh kerana itu ketahuilah! Jika kita kembali kepada Allah dengan taubat nasuha, nescaya Allah akan menerima taubat kita, dan menghapuskan segala dosa-dosa yang telah kita lakukan. Sebagai bukti, perhatikanlah beberapa contoh tentang orang-orang yang bertaubat kepada Allah dengan taubat nasuha itu, sehingga mereka mendapat keuntungan diakhirat.

a. Pembunuh seratus orang.

Dan Abu Sa’id A1-Khudry, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Dulu, diantara orang-orang sebelum kamu ada seorang lelaki yang sudah membunuh 99 orang lalu dia bertanya tentang penduduk bumi yang paling banyak ibadahnya. Lalu dia ditunjukkan tentang seorang rahib. Diapun pergi menemui rahib itu, kemudian dia menceritakan bahawa dia telah membunuh sebanyak 99 orang, maka apakah masih ada ampunan bagi dirinya?

Rahib itu menjawab, “Tidak ada.”

Lalu orang itupun membunuh rahib tersebut, sehingga jumlah korban menjadi 100 orang. Kemudian dia bertanya-tanya tentang penduduk bumi yang paling banyak ilmunya. Lalu ditunjukkan kepada seorang lelaki yang berilmu. Orang itu pun berkata bahawa dia telah membunuh sebanyak 100 orang, apakah masih ada ampunan bagi dirinya jika dia bertaubat?

Orang yang berilmu itu menjawab, “Ya. Tidak siapapun yang dapat menghalangi antara dirimu dengan taubatmu.”

Pergilah engkau ke negeri yang jauh letakknya dan sini, kerana disana ada orang-orang yang menyembah Allah, dan sembahlah Allah bersama mereka, dan janganlah kembali ke negerimu. Kerana negerimu ini adalah tempat yang rosak.” Orang itu pun pergi, sehingga ketika dia di dalam perjalanan, kematian menghampiri dirinya. Pada waktu itu malaikat rahmat dan malaikat azab saling berselisih pendapat tentang orang tersebut.

Malaikat rahmat berkata; “Orang ini telah bertaubat dan menghadap kepada Allah dengan sepenuh hatinya.”

Sedangkan malaikat azab berkata: “Sesungguhnya sekalipun dia belum pernah mengerjakan kebaikan.”

Sedang mereka itu berselisih pendapat, tiba-tiba datang pula malaikat yang berwujud seorang manusia mendatangi mereka dan hendak memutuskan perkara mereka tentang orang tersebut. Maka dia berkata: “Ukurlah jarak antara dua negeri itu. Mana jarak yang lebih dekat, maka ia akan menjadi bahagiannya.” Maka mereka mengukurnya dan mendapatkan bahawa jarak yang paling dekat adalah ke negeri yang hendak di tujunya. Maka malaikat rahmat yang memegang orang tersebut.” (Bukhari dan Muslim).

Dalam satu riwayat yang lain pula disebutkan:

“Lalu Allah menurunkan wahyu kepada negeri yang satu ini agar jaraknya lebih jauh, dan memberikan wahyu kepada negeri yang satunya lagi supaya jaraknya lebih dekat. Maka jarak ke negeri yang baik adalah lebih dekat dan negeri yang ditinggalkannya kira-kira satu jengkal. Maka ia dijadikan sebagai penduduk negeri yang baik itu.”
(HR. Muslim).

Perhatikanlah wahai saudaraku! Walaupun dosanya sangat besar dan kesalahannya menimbun, akan tetapi ketika rasa penyesalannya betul-betul timbul dan lubuk hati yang mendalam, serta ia benar-benar ingin bertaubat, maka Allah merahmatinya dan menjadikan dirinya termasuk golongan orangorang yang berbahagia. Maka begitu pulalah hendaknya dirimu yang harus betul-betul dalam bertaubat, supaya Allah benar-benar memberikan rahmat-Nya bagi dirimu.

b. Wanita Pezina.

Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita dan kaum Hujainah, yang hamil kerana perbuatan zina. Lalu dia berkata: “Wahai Rasulullah, telah berlalu suatu hukuman bagiku maka laksanakanlah hukuman itu atas diriku.” Lalu Rasulullah memanggil seorang wali wanita itu serta berkata; “Perlakukanlah dengan cara yang baik terhadap wanita ini, maka jika dia telah melahirkan, bawalah dia kepadaku.” Maka wali itu melaksanakannya. Maka setelah tiba saatnya, Rasulullah mengikat wanita itu dengan pakaiannya kemudian memerintahkan kepada para sahabat supaya merejamnya. Kemudian Rasulullah menyembahyangkan mayatnya. Lalu wali wanita itu berkata kepada Rasulullah, “Mengapa engkau menyembahyangkan mayat wanita itu wahai Rasulullah padahal dia telah berzina?”

Maka Rasulullah menjawab; “Sesungguhnya dia telah bertaubat dengan betul-betul taubat, yang andaikata taubatnya itu dibagi-bagikan diantara tujuh puluh orang penduduk Madinah, tentu taubatnya itu sanggup untuk menutupi kesalahan mereka semua. Dan apakah engkau pernah mendapatkan suatu taubat yang lebih utama jika dibandingkan dengan wanita itu yang menyerahkan nyawanya kepada Allah?” (HR. Tarmizi dan Ahmad).

Perhatikanlah bagaimana balasan taubat yang sesungguh-sungguhnya. Taubat itu menjadikan seseorang berada dalam suatu persiapan yang besar untuk membersihkan dirinya dan kedurhakaan dan dosa.

Taubat juga merupakan suatu bentuk ubudiyah kepada Allah yang paling disukai oleh Allah. Ianya mempunyai kedudukan yang tidak dapat disamakan dengan yang lain kerana didalamnya terdapat sikap pasrah, menyerahkan din dan tunduk kepada Allah. Bahkan faedah yang paling besar adalah berubahnya keburukan yang pernah dilakukan menjadi kebaikan.

Sebagaimana firman Allah:

“Kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal shaleh, maka kejahatan mereka itu akan diganti dengan kebaikan.” (A1-Furqan: 70)

Ayat di atas ini merupakan khabar gembira bagi orang-orang yang benar-benar bertaubat. Sehingga seorang tabi’in yang mulia bernama Sa’id Al-Musayyab pernah berkata tentang ayat ini, menurutnya; “Allah menggantikan kejahatan yang pernah mereka lakukan dengan kebaikan pada hari kiamat dan memberikan kepada mereka kedudukan yang baik dari setiap kejahatan mereka.”

SALAH satu sifat yang pasti dilakukan oleh manusia ialah kesalahan atau dosa. Hakikat ini diakui Rasulullah dalam sebuah hadis bermaksud: Semua anak Adam (manusia) banyak melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang yang bersalah ialah orang yang banyak bertaubat. (Riwayat Tirmizi).

Manusia berbeza dengan malaikat yang sepanjang hayat tidak pernah melakukan perbuatan ingkar. Malaikat sentiasa patuh apa yang disuruh oleh Allah. Ada malaikat yang sepanjang masa melakukan ibadat kepada Allah.

Dalam diri manusia terdapat akal dan nafsu yang mendorong melakukan kebaikan dan keburukan. Hal demikian meletakkan manusia sebaik-baik kejadian, yakni mampu membuat pilihan mana yang baik dan mana yang buruk. Allah memberi peluang mereka menghapuskan dosa dengan cara bertaubat.

Bertaubat bermaksud menyesali perbuatan mungkar dan kembali mengikut segala tuntutan syarak. Taubat yang sebenar-benarnya akan membersihkan diri seperti tidak pernah melakukan dosa berkenaan.

Allah sentiasa mengingatkan manusia agar memohon taubat kepada-Nya. Banyak ayat al-Quran menukilkan tentang taubat yang dijanjikan Allah sebagai membersihkan diri daripada dosa dan meningkatkan darjat di sisi Allah.

Firman-Nya bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hamba-Ku yang melampau batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, kerana sesungguhnya Dialah jua yang mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dialah jua yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani ( Az-Zumar: 53).

Melakukan perbuatan dosa merupakan satu kezaliman terhadap diri sendiri di dunia dan di akhirat. Kezaliman itu menjadi semakin berat dan bertambah jika tidak bertaubat dengan segera.

Bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah kerana keterlanjuran yang dilakukan, menyesali dan berazam tidak melakukan kembali dosa akan dapat membersihkan diri.

Taubat boleh dilakukan sepanjang masa tanpa perlu menunggu usia tua atau pada hari tertentu sahaja. Sebaik-baik taubat ialah yang dilakukan sebaik selepas menyedari telah melakukan dosa.

Taubat melahirkan jiwa tenang, bersih dan tidak gusar. Apabila bertaubat dengan sebenar-benarnya, Allah mengurniakan ketenangan yang abadi dan menjadikan kita benar-benar beriman dan berserah semata-mata kepada-Nya.

Dosa yang tidak dibersihkan mudah mendorong diri mengulangi perbuatan yang sama tanpa merasakan perbuatan itu satu dosa. Perbuatan yang dilakukan berulang-ulang akan menjadi satu kebiasaan dalam diri yang sukar dihentikan.

Sebenarnya setiap kesalahan dan dosa yang dilakukan menjadi satu titik hitam di dalam hati. Jika tidak dibersihkan segera, titik hitam itu lama kelamaan menjadi satu tompok hitam dan seterusnya menutup pintu hati daripada menerima cahaya kebenaran Ilahi.

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: Seorang mukmin jika berbuat satu dosa, maka ternodalah hatinya dengan satu noktah berwarna hitam. Jika dia bertaubat, meninggalkannya dan beristighfar, hatinya akan kembali jernih. Jika dosanya itu bertambah-tambah, noktah hitam itupun turut bertambah hingga menutupi hatinya. Maka itulah karat yang disebut Allah dalam al-Quran. (Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah, Ahmad dan Baihaqi).

Cara bertaubat :

– Kategori dosa yang melibatkan keingkaran terhadap perintah Allah, seperti minum arak dan meninggalkan sembahyang, cara taubatnya ialah memohon terus keampunan kepada Allah. Taubat kategori ini perlu dilakukan dengan menyesali perbuatan tersebut dan tidak akan mengulanginya.

– Sebaliknya, dosa melibatkan hubungan sesama manusia seperti menipu, mengumpat dan sebagainya perlu dilakukan dengan memohon keampunan daripada orang yang kita lakukan kesalahan itu. Kita perlu bersemuka dan menyatakan kesalahan yang telah dilakukan dan memohon agar orang berkenaan memaafkannya.

Bagaimanapun, dalam keadaan tiada keyakinan dalam diri dan merasakan timbul kesan buruk seperti membalas dendam, perbalahan dan sebagainya, maka tidak harus dilakukan permohonan maaf secara bersemuka. Islam menegah melakukan sesuatu yang dikhuatiri mendatangkan keburukan, biarpun asalnya bertujuan baik.

Dalam keadaan demikian, sudah memadai taubat itu dipohon kepada Allah. Sesungguhnya Allah jua yang Maha Pengampun dan Maha Mengetahui segala yang dilakukan hamba-Nya.

Biarpun pintu taubat sentiasa terbuka dan tidak ada waktu khusus untuk bertaubat, tidak bermakna peluang itu terus terbuka sehingga detik meninggal dunia. Pintu taubat akan tertutup ketika nyawa sudah hampir ajal. Sebab itu jangan sekali-kali bertangguh untuk bertaubat.

Rasulullah s.a.w. menjelaskan tentang batasan waktu Allah menerima taubat setiap hamba-Nya. Sabda Rasulullah bermaksud: Sesungguhnya Allah tetap menerima taubat seseorang hamba-Nya, selagi roh belum sampai di kerongkong (hampir sangat dengan ajal). (Riwayat Tirmizi).

Seringkali alasan orang yang menangguhkan taubat kerana merasakan dirinya masih muda. Mereka tidak ingin bertaubat ketika usia muda kerana ingin terus melakukan perkara maksiat yang mendatangkan kepuasan dan kesenangan hidup.

Memang tidak dinafikan, Allah tidak menolak taubat biarpun sebanyak mana dosa yang telah dilakukan. Biarpun seseorang itu telah melakukan dosa sepanjang hidupnya, tetapi sempat bertaubat sebelum ajalnya, maka dia mati dalam keimanan dan layak mendapat balasan syurga.

Namun, dua perkara perlu difikirkan mengapa taubat perlu disegerakan dan jangan menanti usia tua untuk bertaubat. Pertama, masa mati tidak diketahui oleh sesiapapun. Mati tidak hanya apabila usia mencecah tua. Kita dapati ramai orang yang meninggal dunia ketika usia muda dan dalam keadaan tiba-tiba.

Kedua, pastikah apabila usia tua kita akan dapat bertaubat. Perhatikan betapa ramai orang tua yang masih leka dan bergelumang dengan dosa. Malah, ada yang semakin tua semakin menjadi-jadi melakukan maksiat, melebihi kelakuannya ketika muda.

Sesungguhnya taubat membersihkan diri daripada kekotoran dosa. Apabila diri dalam keadaan bersih maka mudah mendapat rahmat dan pertolongan Allah. Kehidupan ini dilalui dengan tenang, ceria, yakin, berserah dan hanya mengharapkan keredhaan Allah.

Sebaliknya, orang yang dipenuhi dosa merasakan diri sentiasa resah, tidak mendapat kepuasan hidup, tamak, ketagih melakukan maksiat dan benci melakukan kebaikan. Bahkan doa orang yang berdosa sukar dimakbulkan Allah.

Sebaliknya, syaitan amat suka menjadi rakan kepada orang yang dipenuhi dosa. Syaitan tidak pernah berputus asa menyesatkan manusia dengan pelbagai tipu daya. Iblis memohon kepada Allah agar dipanjangkan usia hingga Hari Kiamat semata-mata ingin menghasut manusia menjadi hamba yang sesat seperti dirinya.

Sebab itu Nabi Muhammad menganjurkan agar umatnya banyak beristighfar yang bermaksud memohon keampunan daripada-Nya. Mengikut satu riwayat, Rasulullah beristighfar setiap hari tidak kurang daripada 70 kali.

Mengikut riwayat lain pula mengatakan 100 kali sehari. Istighfar bukan saja membersihkan dosa dan memohon keampunan, tetapi jalan mendekatkan diri kepada Allah.

Dengan beristighfar akan merasakan diri sentiasa diperhatikan Allah dan tiada peluang melakukan sesuatu yang ditegah-Nya.

Sabda Rasulullah bermaksud: Sesiapa membanyakkan istighfar, nescaya Allah menjadikan untuknya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan dia diberi rezeki yang datangnya tanpa diduganya. (Riwayat Ahmad).

Solat Taubat

Solat sunat Taubat ini dikerjakan setelah melakukan dosa atau merasa membuat dosa, kemudian bertaubat pada Allah SWT. Solat sunat Taubat adalah solat yang disyariatkan.

Bila bertaubat dari sesuatu dosa bererti menyesal tentang perbuatan yang dilakukan dan bercita-cita tidak akan melakukan lagi dan mohon ampun dari Allah. Terdapat empat cara mendirikan Solat.

Sunat Taubat Solat Sunat Taubat (satu) – Saya ambil yang paling senang dan mudah tetapi jangan buat sambil lewa sahaja, hendaklah bersungguh-sungguh memohon keampunan dari Allah.

Jumlah rakaat Solat Sunat Taubat ini tidak terbatas. Tiap dua rakaat dengan satu salam.Waktu mengerjakan, bebas.

Lafaz niat:

/exchweb/bin/redir.asp?URL=http://bp2.blogger.com/_d9xRjkq6gDo/RudTK4qynOI/AAAAAAAAAWU/cepEOwq0QqE/s1600-h/Niat%2BSolat%2Bsunat.gif
/exchweb/bin/redir.asp?URL=http://bp2.blogger.com/_d9xRjkq6gDo/RudTK4qynOI/AAAAAAAAAWU/cepEOwq0QqE/s1600-h/Niat%2BSolat%2Bsunat.gif
Usolli Sunnatal Taubati Rak’ataini Lillaahi Ta’ala,Allahu Akbar
” Sahaja aku solat sunat Taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala ”

Pada rakaat pertama lafazlah Al-Fatihah dan surah An-Nas.

Pada rakaat kedua lafazlah Al-Fatihah dan surah Al-Kafirun.

Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan istighfar iaitu memohan ampun dari Allah (sebut berulangkali)

/exchweb/bin/redir.asp?URL=http://bp0.blogger.com/_d9xRjkq6gDo/RudW_YqynPI/AAAAAAAAAWc/vR5eg2CXC7E/s1600-h/istighgfar.gif
/exchweb/bin/redir.asp?URL=http://bp0.blogger.com/_d9xRjkq6gDo/RudW_YqynPI/AAAAAAAAAWc/vR5eg2CXC7E/s1600-h/istighgfar.gif
” Aku mohon keampunan kepada Allah yang Maha Agong yang tiada Tuhan yang lain,melainkan Dia, yang hidup dan berdiri-Nya dan aku bertaubat kepada-Nya “

Kiamat kecil sedang berlaku, banyakkan bertaubat.

Antara TANDA-TANDA KIAMAT KECIL berdasarkan hadis

1. Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a., katanya, “Rasulullah s. a. w. telah bersabda:”Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat.”Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari

2. Zina bermaharajalela.”Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim

3. Bermaharajalela alat muzik.”Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. “Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab;”Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah

4. Menghias masjid dan membanggakannya. “Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat Nasai.

5. Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik. “Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim

6. Ramai orang soleh meninggal dunia.”Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran – Riwayat Ahmad

7. Orang hina mendapat kedudukan terhormat.”Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia” -Riwayat Thabrani

8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. “Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad

9. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. “Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.”

10. Bulan sabit kelihatan besar.”Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.” Riwayat Thabrani

11. Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.”Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu” – Sahih Muslim

12. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar. “Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar” – Riwayat Ahmad

13. Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.”Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai.” – Sahih Muslim

Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Ubaid bin Umair berkata: “Adam a.s. berkata: “ Ya Robbi, Engkau telah memenangkan Iblis atasku sehingga aku tidak dapat mengelakkan diri padanya kecuali dengan pertolongan Mu.” Firman Allah s.w.t.: “Tiada lahir seorang anak keturunanmu melainkan telah aku datangkan kepadanya yang menjaganya dari tipu daya iblis, dan dari jin-jin yang jahat.” Adam berkata: “Tambahkan bagiku.” Jawab Allah s.w.t.: “Aku beri pahala setiap hasanat sepuluh lipat ganda dan ada harapan ditambah, sedang kejahatan satu lawan satu, dan ada harapan dihapuskan.” Adam berkata: “Tambahkan bagiku.” Firman Allah s.w.t.: “ Taubat tetap diterima selama roh dikandung badan.” Adam berkata: “Tambahkan bagiku.” Firman Allah s.w.t. : “Qul ya ibadziyal ladzina asrafu ala anfusihim lataq nathu min rahmatillahi innallaha yagh firudzdzunuha jami’a, in nahu hauwal ghafururrahiem.” Yang bermaksud: “(Katakanlah: Hai hambaKu yang telah memboros dari menggunakan masa hidup untuk amal yang tidak berguna) kamu jangan putus harapan dari rahmat Allah, sesungguhnya Allah dapat mengampunkan semua dosa, sesungguhnya Allah maha pengampun lagi penyayang.)

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibn Abbas r.a. berkata: “Bahawasanya Wahsyi yang membunuh Hamzah r.a., pakcik Rasulullah s.a.w. menulis surat kepada Rasulullah s.a.w. dari Mekkah: “Sesungguhnya saya ingin masuk Islam tetapi terhalang oleh ayat (Yang berbunyi): Walladzina laa yad-una Allahi ilahanakhoro, wala yaqtuluna nafsallati harramallahu illa bilhaqqi walla yaznun, waman yaf’al dzalika yaiqa atsaamaa. (Yang bermaksud) Dan mereka yang tidak mempersekutukan Allah dengan tuhan yang lain dan tidak membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah kecuali dengan hak dan tidak berzina, dan siapa yang berbuat itu maka ia menanggung dosa-dosa. Sedang saya telah berbuat semua itu, maka apakah ada jalan bagiku untuk taubat?

Maka turun ayat yang berbunyi: “Illa man taba waamana wa amila amalan salihin fa ula ika yubaddilullahu sayyiantihim hasanaat .” (Yang bermaksud): Kecuali orang yang taubat dan beriman soleh, maka untuk mereka Allah akan menggantikan dosa-dosa mereka dengan hasanat.

Maka Nabi Muhammad s.a.w. mengirim ayat tersebut kepada Wahsyi lalu dijawab oleh Wahsyi: “Bahawa didalam ayat ini ada syarat iaitu harus beramal soleh, sedang saya belum tahu apakah dapat melakukan amal soleh atau tidak.” Maka turun ayat (Yang berbunyi): “Inna Allah la yagh firu yusyroka bihi wayaghfiru ma dunia dzalika liman yasya’u.” (Yang bermaksud): “Sesungguhnya Allah tidak mengampuni pada siapa yang mempersekutukanNya dan mengampuni semua dosa selain syirik itu, bagi siapa yang dikehendaki Nya.

Ayat ini dikirimkan kepada Wahsyi. Jawab Wahsyi: “Didalam ayat ini juga ada syarat dan saya tidak mengetahui apakah Allah s.w.t. hendak mengampuni saya atau tidak.” Maka turun ayat (Yang berbunyi): “ Qul ya ibadiyalladzina ala antusikum, laa’ taqnathu min rahmatillahi innallah yagh firudz dzunuba jami a innahu huwal ghafurrahiem.” (Yang bermaksud): “Katakanlah: Hai hambaKu yang telah memboros diri, janganlah kamu putus harapan dari rahmat Allah, sesungguhnya Allah dapat mengampuni semua dosa, sungguh Allah maha pengampun lagi penyayang .

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Sufyan berkata: “Muhammad bin Abdulrahman Assulami menulis surat kepadaku: Ayahku menceritakan kepadaku: Saya duduk dekat Nabi Muhammad s.a.w. diMadinah, lalu ada seorang diantara mereka berkata: Saya telah mendengar Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Siapa yang taubat sebelum mati setengah hari, maka Allah s.w.t. memaafkan padanya. Lalu saya bertanya: Benarkah kau mendengar Nabi Muhammad s.a.w. bersabda demikian? Jawabnya: Ya. Tiba-tiba ada lain sahabt berkata: Saya telah mendengar Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Siapa taubat sebelum matinya sekira sesaat, maka Allah s.w.t. memaafkan baginya. Kemudian ada yang lain berkata: Saya telah mendengar Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Siapa taubat sebelum tercabut nyawa dari tenggoroknya maka Allah s.w.t. memaafkan baginya.”

Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Muhammad bin Mutharrif berkata: ” Allah s.w.t. berfirman: Amboi, anak Adam berbuat dosa lalu minta ampun, maka Aku ampunkan tetapi kemudian ia mengulangi dosanya lalu minta ampun, maka Aku ampunkan, amboi kasihan, ia tidak dapat meninggalkan dosanya tetapi ia pula tidak putus harapan dari rahmatKu, hai para MalaikatKu, Aku persaksikan kepada kamu bahawa Aku telah mengampuni baginya .”

Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Al-a’masy dari seorang dari Mughits bin Sumai berkata: “Ada seorang pada ummat-ummat yang dahulu, ia selalu berbuat maksiat, maka pada suatu hari ketika ia sedang berjalan, teringat pada perbuatan-perbuatannya yang lalu, maka ia berdoa: Allahumma ghufranaka (Yang bermaksud) Ya Allah, aku harap ampunanMu sebanyak tiga kali, mendadak ia mati, maka Allah s.w.t. mengampuni baginya.”

Muhammad bin Ajlan dari Makhul berkata: “Saya mendapat keterangan bahawa Nabi Ibrahim a.s. ketika diperlihatkan oleh Allah s.w.t. alam malakut dilangit, ia melihat hamba Allah dibumi yang sedang berzina, maka ia berdoa sehingga binasalah hamba itu, kemudian ia melihat orang yang sedang mencuri, maka ia berdoa sehingga dibinasakan oleh Allah s.w.t., lalu Allah s.w.t. berkata kepadanya: “ Ya Ibrahim, biarkan urusan hambaKu kerana hambaKu itu diantara ia bertaubat maka Aku memaafkan atau akan melahirkan turunan yang ibadat kepada Ku atau ia memang celaka, maka untuknya telah tersedia jahannam untuk tempatnya dihari kemudian.”

Abul-Laits berkata: “Berita ini sebagai dalil bahawa seorang hamba bila bertaubat maka Allah s.w.t. menerima taubatnya dan mengampuninya, kerana itu seharusnya manusia tidak putus harapan dari rahmat Allah s.w.t . Firman Allah s.w.t. yang berbunyi: “Innahu layaiasu min rouhillah illal qaumul kafirun.” (Yang bermaksud) “Sesungguhnya tidak akan patah dari rahmat Allah kecuali kaum yang kafir.”

Di lain ayat pula berbunyi: “Wahuwalladzi yaqbalut taubata an ibadihi waya’fu annissanyyi ati .” (Yang Bermaksud): “ Dialah Allah yang menerima taubat hamba-hambaNya dan memaafkan perbuatan-perbuatan yang jelek (dosa): (Surah: Assuya ayat 25)

Maka seharusnya bagi seorang yang sempurna akal bertaubat pada tiap waktu supaya tidak tergolong pada orang-orang yang dalam derhaka, sebab seorang yang selalu bertaubat tidak dianggap selalu didalam dosa meskipun ia mengulangi dosa itu sehari sampai tujuh puluh kali, sebagaimana riwayat Abubakar Assidiq r.a. dari Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak dianggap terus menerus berbuat dosa orang yang selalu membaca istighfar (minta ampun) meskipun ia mengulangi dalam sehari tujuh puluh kali. Rasulullah s.a.w. juga bersabda: “ Demi Allah, sesungguhnya saya bertaubat kepada Allah tiap hari seratus kali.”

Ali bin Abi Talib r.a. berkata: “Saya bila mendengar langsung dari Rasulullah s.a.w. maka saya pergunakan dan bila diberitahu oleh lain orang maka saya sumpah jika ia berani sumpah saya percaya. Abu bakar r.a berkata: “Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak seorang hamba yang berdosa kemudian ia wudhu dengan sempurna kemudian sembahyang dua rakaat dan membaca istisgfar (minta ampun) kepada Allah melainkan diampunkan oleh Allah baginya. Kemudian Rasulullah s.a.w. membaca ayat (Yang berbunyi): “Wa man ya’mal su’an yadh lim nafsa hu tsumma yas tagh firillah yajidillaha ghafura rahiema. (Yang bermaksud): Dan siapa berbuat kejahatan atau aniaya pada diri sendiri kemudian membaca istighfar (minta ampun) pasti akan mendapatkan Allah maha pengampun lagi penyayang.”

Dilain riwayat Rasulullah s.a.w. memperdengarkan ayat: “Walladzina idza fa’lahu fahisyatan au dholamu anfusahum dzakarullaha fastagh faru lidzu-nubihim, waman yagh firudzdzunuba illa Allah, walam yashirru ala maa fa’alu wahum ya’lamun (135) Ula’ika jazaa’uhum maghdiratun min robbihim wa jannatun tajri min tahtihal anharu kholidina fiha wani’ma ajrul amilin (136). (Yang bermaksud): “Dan mereka yang bila berbuat kekejian atau zalim terhadap siri sendiri, langsung ingat kepada Allah lalu minta ampun dari dosa mereka, mengerti benar-benar bahawa tiada yang mengampunkan dosa kecuali Allah, dan tidak merahajalela dalam dosanya, sedang mereka mengetahui. Untuk mereka tersedia pengampunan Tuhan dan syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, ekkal mereka didalamnya, sebaik-baik pahala bagi yang beramal.” (Surah: Al-Imran 135-136)

Al-Hasan Albashri berkata: “Nabi Muhammad s.a.w . bersabda: “ Ketika Allah s.w.t. menurunkan iblis laknatullah ia berkata: Demi kemuliaanMu, saya tidak akan melepaskan anak Adam sehingga ia terpisah dengan rohnya, maka dijawab Allah s.w.t.: Demi kemuliaan dan kebesaranKu, saya tidak akan menutupkan jalan taubat dari hambaKu sehingga rohnya berada ditenggoroknya (hampir mati) .”

Al-Qasim meriwayatkan dari Abu Umamah Albahili r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Malaikat yang dikanan lebih kuasa terhadap malaikat yang dikiri, maka bila seseorang berbuat kebaikan, langsung dicatat olehnya sepuluh hasanat dan apabila berbuat kejahatan lalu akan ditulis oleh malaikat kiri, diperingatkan oleh yang dikanan, tahan dahulu kira-kira enam atau tujuh jam, maka bila ia membaca istighfar (minta ampun) atau dicatat apa-apa, dan jika tidak membaca istighfar, lalau dicatat satu kejahatan (sayyi’at).”

Abul-Laits berkata: “Ini sesuai dengan hadis (Yang berbunyi): “Atta’ibu minzda-dzanbi kaman la dzanba lahu .” (Yang bermaksud): “Orang yang taubat dari dosa bagaikan tidak berdosa.” Dilain riwayat pula berbunyi: “Sesungguhnya seorang hamba jika berbuat dosa, tidak segera dicatat sehingga berbuat dosa yang lain, kemudian jika berbuat dosa lagi, juga tidak ditulis sehingga berbuat dosa yang ketiga, maka jika berkumpul lima dosa, sedang yang lima digantinya lima dosa itu. Maka disitu iblis laknatullah menjerit: Bagaimana saya akan dapat membinasakan anak Adam, sedang saya telah berusaha untuk menjerumuskan lima kali, tiba-tiba dibatalkan dengan satu hasanat, maka hilang semua usahaku itu.

Shafwan bin Assaal Almuradi r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Disebelah barat ada pintu gerbang besar yang dibuat oleh Allah untuk pintu taubat lebarnya sekira perjalanan 40-70 tahun, tetap terbuka dan tidak ditutup sehingga matahari terbit dibarat .” Said bin Almusayyab mengertikan ayat (Yang berbunyi): “Innahu kaana awwabina ghafura.” (Yang bermaksud): “Sesungguhnya Allah bagi orang yang selalu kembali kepadaNya maha pengampun.” Iaitu orang yang berdosa kemudian bertaubat kemudian berdosa lagi dan bertaubat.

Seorang ahli hikmah berkata: “Sifat orang aarif (yang menegnal Allah s.w.t.) ada enam iaitu:

  • Jika ingat kepada Allah s.w.t. maka dia berbangga.
  • Jika ingat pada dirinya maka dia merasa rendah.
  • Jika melihat ayat-ayat Allah s.w.t. maka dia mengambil iktibar.
  • Jika ingin bermaksiat maka dia menahan diri
  • Jika ingat maafnya Allah s.w.t. maka dia gembira
  • dan Jika ingat dosa-dosanya maka minta ampun

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Azzuhri r.a. berkata: ” Pada suatu hari Umar masuk kepada Nabi Muhammad s.a.w. sambil menangis. maka ditanya:” Ya Umar, mengapakah kau menangis?.” Jawabnya: “Ya Rasulullah, dimuka pintu ini ada seoarng pemuda telah membakar hatiku sambil menangis.” Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: ” Ya Umar, masukkan dia kepadaku.” Maka dimasukkan sambil menangis dan ditanya Nabi Muhammad s.a.w.: “Hai pemuda, apakah yang menyebabkan kau menangis? ” jawabnya: “Ya Rasulullah, saya menangis kerana dosa-dosaku banyak sedang aku takut kepada Tuhan yang maha perkasa sedang murka kepadaku.” Nabi Muhammad s.a.w. bertanya: “Apakah kau mempersekutukan Allah s.w.t. , hai pemuda?” Jawabnya: “Tidak.” Nabi Muhammad s.a.w. bertanya lagi: “Apakah kau membunuh jiwa tanpa hak?” Jawab pemuda itu: “”Tidak.” Sabda Nabi Muhammad s.a.w.Maka Allah s.w.t. akan mengampunkan dosamu walaupun sebesar tujuh petala langit dan bumi dan bukit-bukit .” Jawab pemuda itu: “Ya Rasulullah, dosa ku lebih besar dari langit, bumi dan bukit-bukit.” Nabi Muhammad s.a.w. bertanya: “Dosamu lebih ataukah alkursi?” Jawab pemuda itu: “Dosaku lebih besar.” Nabi Muhammad s.a.w. bertanya lagi: “Dosamu lebih besar ataukah arsy?” Jawab pemuda itu: “Dosaku leboh besar.” Nabi Muhammad s.a.w. bertanya lagi: “Dosamu lebih besar atau maafnya Allah s.w.t.?” Jawab pemuda itu: “Maafnya Allah s.w.t. lebih besar.” Sabda Nabi Muhammad s.a.w.: “Sungguh tidak dapat mengampunkan dosa besar kecuali Allah s.w.t. yang maha besar, yang maha maaf dan ampunanNya. Hai pemuda beritakan kepadaku, apakah dosamu itu?” Jawab pemuda itu: ” Jawabnya: “Saya malu dari engkau, ya Rasulullah.” Nabi Muhammad s.a.w. menekan: “ Beritakan kepadaku apakah dosamu itu?.” Jawab pemuda itu: ” Ya Rasulullah, saya tukang gali kubur sejak tujuh tahun lalu dan pada suatu hari saya menggali kubur gadis dari kaum Ansar dan setelah saya telanjangi dari kafannya, saya tinggalkan tetapi tidak jauh bangkit hawa nafsuku, maka saya kembali dan mensetubuhi mayit gadis itu hingga puas lalu saya tinggalkan, belum jauh tiba-tiba gadis itu bangkit dan berkata: “Celaka kau hai pemuda, tidakkah malu engkau dari Tuhan yang akan membalas pada hari pembalasan kemudian, bila tiba masanya tiap orang zalim akan dituntut oleh orang yang dianiaya, kau birkan saya telanjang dan kau hadapkan aku dihadapan Allah sebagai orang janabat.” Nabi Muhammad s.a.w. mendengar keterangan itu segera bangkit bagaikan terdorong dari belakang sambil berkata: ” Hai fasik, alangkah layaknya engkau masuk neraka, keluarlah dari sini.” Maka keluarlah pemuda itu bertaubat kepada Allah s.w.t. selama empat puluh hari dan pada malam keempat puluh ia melihat kelangit sambil berkata: “Ya Tuhannya Nabi Muhammad, Nabi Adam dan ibu Hawwa, jika Engkau telah mengampunkan aku maka beritahulah kepada Nabi Muhammad dan sahabat-sahabatnya, jika tidak maka kirimkan pada aku api dari langit dan bakarlah aku didunia ini, dan selamatkan aku dari siksa akihirat.” Maka turun malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan sesudah memberi salam ia berkata: “Ya Muhammad , Tuhanmu memberi salam kepadamu.” Jawab Nabi Muhammad s.a.w. Dialah Assalam, dan daripadanya salam kepadamu dan kepadaNya segala keselamatan.” Jibril berkata: ” Allah bertanya, apakah kau menjadikan makhluk?” Jawab Nabi Muhammad s.a.w.Bahkan Allah yang menjadikan aku dan semua makhluk.” Lalu ditanya: “Apakah kau memberi rezeki kepada mereka?” Nabi Muhammad s.a.w. menjawab: ” Bahkan Allah memberi rezeki kepadaku dan mereka.” Kemudian ditanya lagi: “Apakah kau memberi taubat kepada mereka?.” Nabi Muhammad s.a.w. menjawab: “Bahkan Allah memberi taubat kepadaku dan mereka.” Lalu Jibril berkata Allah s.w.t. berfirman: “ Maafkanlah hambaKu itu kerana Aku telah memaafkan padanya.” Maka Nabi Muhammad s.a.w. segera memanggil pemuda itu dan memberitahu padanya bahawa Allah s.w.t. telah menerima taubat kepadanya dan memafkannya.”

Abul-Laits berkata: “Seharusnya orang yang berakal memperhatikan kejadian ini dan mengerti bahawa zina dengan yang masih hidup itu lebih besar dosanya daripada zina dengan mayit. Juga harus bertaubat yang betul (sungguh-sungguh) sebagaimana pemuda itu ketika taubatnya benar-benar maka Allah s.w.t. memaafkannya.”

Ibn Abbas r.a. ketika menerangkan ayat (Yang berbunyi): “ Ya ayyuhal ladzina amanu tubu ilallahi taubatan nashuha.” (Yang bermaksud): “Hai orang yang beriman, taubatlah kamu kepada Allah taubat yang nashuh (Sesungguh-sungguhnya).” Iaitu menyesal dalam hati dan istighfar dengan lidah dan niat tidak akan mengulangi lagi selamanya. Ada riwayat bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Istighfar hanya dengan mulut sedang tetap terus berbuat dosa bagaikan mempermainkan Tuhannya.”

Rabi’ah al-Adawiyah berkata: “Istighfarkami ii memerlukan kepada istighfar yang banyak, iaitu istighfar dengan lidah sedang hatinya niat akan mengulangi perbuatan dosanya, maka taubatnya ialah taubat orang yang dusta dan ini tidak bernam taubat sebab syarat taubat ini ada tiga iaitu:

  • Menyesal dalam hati
  • Istighfar dengan lidah
  • dan niat tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi.

Jika demikian maka pasti Allah s.w.t. mengampunkan baginya walau bagaimana besarnya dosa itu sebab Allah s.w.t. itu suka memaafkan pada hambaNya .

Pernah terjadi pada suatu masa dahulu raja Bani Israil diberitahu bahawa ada seorang ahli ibadah yang taat, maka raja itu tertarik sehingga ia memanggil orang ibadat itu dan diminta supaya suka menjadi sahabat raja dan sering datang keistana. Maka oleh orang ibadat itu menjawab: “Tawaran tuan raja itu baik tetapi bagaimana andaikan pada suatu hari saya bermain-main dengan babu raja, bagaimana tuan raja akan berbuat terhadap aku?” Tiba-tiba raja itu menjadi marah dan berkata: “Hai pelacur, kau berani berbuat itu didepabku?” Lalu ahli ibadat itu berkata: “Saya telah mempunyai Tuhan yang sangat pemurah, andaikan saya berbuat tujuh puluh kali dosa, nescaya tidak murka dan tidak mengusir aku bahkan tidak dikurangi rezekiku, maka bagaimana saya akan meninggalkan pintu Tuhan dan pindah pada orang sudah marah kepadaku sebelum aku bersalah, maka bagaimana kalau benar0benar engkau melihat aku telah berbuat salah (dosa) itu.” Kemudian dia keluar dari istana raja itu.

Abul-Laits berkata: “Dosa ada dua macam iaitu dosa antara kamu dengan Allah s.w.t. dan dosa antara kamu dengan semua manusia. Adapun antara kamu dengan Allah s.w.t. maka syarat taubatnya ada tiga iaitu:

  • Menyesal dalam hati
  • Istighfar dengan lidah
  • dan niat tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi.

Maka siapa yang melakukan tiga syarat ini, tidak bangun dari tempatnya melainkan sudah diampunkan oleh Allah s.w.t. kecuali jika ia meninggalkan salah satu fardhu yang diwajibkan oleh Allah s.w.t. maka tidak berguna taubatnya selama belum menyelesaikan kewajipan terhadap dirinya itu, lalu menyesal dan istghifar . Adapun dosa yang terjadi antaramu dengan sesama manusia maka selama mereka belum menghalalkan, maka tidak berguna bagimu taubat.”

Seorang ulama tabi’in berkata: “Adakalanya seorang yang berdosa, selalu teringat akan dosa dan menyesal serta minta ampun sehingga ia masuk syurga, sehingga syaitan laknatullah mengeluh: Celaka diriku, andaikan aku tahu nescaya tidak aku jerumuskan ia kedalam dosa itu.”

Abubakar Alwasithi berkata: “Sabar tidak keburuan dalam segala perbuatan itu baik kecuali dalam tiga macam iaitu:

  • Ketika tiba waktu sembahyang maka harus segera dilaksanakan
  • Ketika kematian harus segera diselesaikan dan dikuburkan secepat mingkin dan
  • Ketika akan taubat dari dosa maka jangan ditunda

Seorang Hakiem berkata: “Taubat seorang akan ternyata dalam empat macam iaitu:

  • Jika telah dapat mengendalikan lidahnya daripada dusta, ghibah dan kata-kata yang tidak penting baginya
  • Jika sudah tidak ada rasa hasud, dengki, iri hati terhadap semua manusia
  • Jika telah menjauhi teman-teman yang busuk dan
  • Selalu siap menghadapi maut, rajin dalam taat dan selalu istighfar menyesali dosa.

Seorang Hakiem ditanya: “Apakah ada tanda bahawa taubat itu telah diterima?” Jawabnya: “Ya, ada empat tanda iaitu:

  • Putus hubungan dengan kawan-kawan yang tidak baik dan bersahabat dengan orang-orang solihin
  • Menghentikan semua maksiat dan rajin melakukan taat
  • Hilang rasa kesenangan kepada dunia kepada hatinya dan selalu ingat kesusahan akhirat
  • Percaya pada jaminan Allah s.w.t. dalam soal rezeki, lalu sibuk mengerjakan perintah Allah s.w.t.

Maka bila terdapat semua sifat itu ia termasuk pada ayat yang berbunyi: “Innallaha yuhibbuttawwabina wa yuhibbul metathahirin . (Yang bermaksud): “Sesungguhnya Allah kasih pada orang yang taubat dan kasih pada orang yang suka bersuci.” Kemudian ia berhak dari orang-orang empat macam iaitu:

  • Mereka cinta kepadanya kerana Allah telah cinta kepadanya
  • Mereka akan memeliharanya dengan selalu mendoakannya
  • Mereka lupa terhadap dosa-dosanya yang lalu
  • Mereka selalu mendekat dan membantu serta mendekatinya

Dan Allah s.w.t. akan memuliakannya dengan empat macam perkara iaitu:

  • Melepaskannya dari dosa sehingga seolah-olah tidak pernah berdosa
  • Dicintai Allah s.w.t.
  • Dipeliharanya dari gangguan syaitan laknatullah
  • Diamankan dari rasa takut sebelum keluar dari dunia

Seperti mana firman Allah s.w.t. yang berbunyi: ” Tatanazzalu alaihimul malaikatu alla takhafu wala tahzanu, waabsyiru bil jannatillati kuntum tu’adun.” (Yang bermaksud): “Akan turun kepada mereka malaikat yang memberitahu supaya jangan takut dan jangan susah dan sambutlah khabar baik kamu akan masuk syurga yang telah dijanjikan untukmu.”

Khalid bin Ma’dan berkata: “JIka orang-orang yang taubat itu telah dimasukkan kesyurga mereka bertanya: “Tidakkah Tuhan berjanji bahawa kami akan melewati neraka sebelum masuk syurga?” Maka dijawab: “Ketika kamu melaluinya ia sedang padam.”

Alhasan berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Ketika selesai melaksankan hukum rejam terhadap wanita yang berzina sehingga mati, lalu menyembahyangkannya, ditegur oleh sebahagian sebahat Rasulullah s.a.w.: Ya Rasulullah, engkau yang menghukum rejam kemudian kamu sembahyangkannya?” Jawab Rasulullah s.a.w.: Sungguh ia telah taubat yang andaikan ia berbuat tujuh puluh kali seperti itu nescaya diampunkan Allah, yakni ia telah taubat benar-benar dan taubat yang benar-benar itu pasti diterima meskipun bagaimana besarnya dosa, tetap akan diampunkan.”

Juga diriwayatkan dari Nabi Muhammad s.a.w . bersabda: “Siapa yang mengejek seorang mukmin kerana dosa, maka ia bagaikan yang mengerjakannya danlayak bila Allah menjerumuskannya kedalam dosa itu. Dan siapa yang mengejek orang mukmin kerana suatu dosa, maka ia tidak akan keluar dari dunia sehingga melakukan dosa itu dan terbuka rahsianya dimuka umum sehingga merasakan malunya.”

Abul-Laits berkata: “Seorang mukmin tidak sengaja berbuat dosa sebab Allah s.w.t. berfirman (Yang berbunyi): ” Wa karraha ilaikumul kufra walfusuqa wal ishyan.” (yang bermaksud): “Ddan Allah membencikan kepadamu kekafiran, kefasikan dan maksiat.” Kerana itu seorang mikmin tidak mungkin sengaja berbuat dosa tetapi boleh terjadi padanya disaat ia lalai, tidak kuat menahan nafsu syahwat yang sedang meluap, kerana itu tidak boleh dicemuhkan, jika ia telah bertaubat.

Ibn Abbas r.a. berkata: “Jika seorang hamba taubat dan diterima oleh Allah s.w.t., maka Allah s.w.t. melupakan malaikat yang mencatat amal apa yang telah mereka tulis, juga anggota badannya pun lupa apa yang pernah dilakukan dari dosa, juga Allah s.w.t. melupakan bumi dimana ia berbuat dosa diatasnya, supaya ia datang pada hari kiamat dan tiada sesuatupun yang menyaksikan perbuatan yang pernah dilakukan itu.

Ali bin Abi Thalib ra. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Tertulis dikeliling arsy sebelum dijadikan makhluk sekira empat ribu tahun: ” Wainni laghaffarun liman taba wa aamana wa amila shaliha tsumahtada. (Yang bermaksud): Sesungguhnya Aku (Allah s.w.t.) maha pengampun bagi siapa yang taubat dan beriman dan beramal soleh dan mengikuti petunjuk .”

Abil-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibn Abbas r.a. berkata: “Nabi Muhammad s.a.w. menceritakan bab pintu taubat, lalu ditanya oleh Umar bin Alkhoththob: “Apakah pintu taubat itu, ya Rasulullah?” Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: “Pintu taubat itu dihujung barat, mempunyai dua daun pintu dari emas bertaburkan mutiara dan yaqut, antara kedua tiang pintu itu sejauh perjalanan empat puluh tahun bagi orang yang berkenderaan kencang (cepat) dan pintu itu tetap terbuka sejak dijadikan Allah hingga malam yang akan terbit matahari pada paginya, dan tiada seorang hamba yang taubat benar-benar melainkan masuk taubatnya dari pintu itu. Mua’dz bin Jabal r.a. bertanya: “Ya Rasulullah, apakah taubat nashuh itu?” Jawab Rasulullah: “Ialah menyesal atas perbuatan dosanya dan niat tidak akan mengulangi lagi, kemudian minta mapun kepada Allah s.w.t. Kemudian matahari dan bulan terbenam dipintu itu, lalu tertutup kedua daun pintu itu bagaikan tidak ada retaknya, maka ketika itu tidak lagi diterima taubat dan tidak diterima amal yang baru sesudah tertutup pintu itu, dan semua orang menurut keadaannya sebelum itu, jika ia baik maka dilanjutkan kebaikannya, sebagaimana firman Allah s.w.t. (Yang berbunyi):Yauma ya’ti ba’dhu aayati robbika la yanfa’u nafsan imanuha lam takun amanat min qablu au kasabat fi imaniha khoiro . (Yang bermaksud): “Pada saat tibanya sebahagian ayat-ayat Tuhanmu, maka tidak berguna bagi seseorang iman yang baru, bila tidak beriman sejak sebelumnya, atau telah berbuat dimasa imannya dahulu kebaikan.”

Abdullah bin Mas’ud r.a. berkata: “Taubat nashuh itu ialah sesudah taubat tidak mengulangi lagi, dan pintu taubat itu yeyap terbuka dan diterima dari siapapun kecuali tiga iaitu:

  • iblis laknatullah iaitu induk semua kekafiran
  • Qabil iaitu induk dari semua yang sial dan celaka dan
  • orang yang membunuh nabi

Sedang pintu taubat itu disebelah barat lebarnya kira-kira perjalanan emapt puluh tahun tidak akan ditutup sehingga ternit matahari daripadanya (dari barat).

Abul -laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abuhurairah r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “ Taubat itu tergantung diudara, berseru siang malam tidak berhenti-henti: Siapa yang akan menerima aku, tidak akan tersiksa dan keadaan itu selamanya, sehingga matahari terbit dari barat, maka apabila matahari telah terbit dari barat, maka ia terangkat.”

Semua keterangan ini menganjurkan supaya bertaubat dan siapa yang bertaubat akan diterima taubatnya sebagaimana firman Allah s.w.t. (Yang berbunyi): “Wa tubu ilallahi jami’a ayyuhal mu’minun la’allakum tuflihun .” (Yang bermaksud): “Dan taubatlah kamu semua hai orang-orang mukminun supaya kamu bahagia. Selamat dari siksaNya dan mencapai rahmatNya.” Sesungguhnya taubat itu pembuka dari segala kebaikan dan menyebabkan keselamatnnya dan kebahagiaan tiap mukmin. Allah s.w.t. berfirman (Yang berbunyi): ” Ya ayyuhal ladzina amanu tubu ilallahi taubatan nashuha, asa rabbukum an yukaffira ankum sayyiatikum, wa yud khilkum jannatin tajri min tahtihal anharu.” (Yang bermaksud): “Hai orang-orang yang beriman, taubatlah kamu dengan sungguh-sungguh kepada Allah, semoga Tuhan menghapuskan dosa-dosamu dan memasukkan kamu kesyurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai.” (Surah: Attahrim: ayat 8)

Dan ayat yang lain pula berbunyi: ” Walladzina idza fa’alu fa hisyatan au dholamu anfusahum dzakarullaha fastaghfaru lidzunubihim, waman yaghfirudz dzunuba illallahu, walam yashirru ala ma fa’alu wahum ya’lamun.” (Yang bermaksud): “Dan mereka yang bila berbuat dosa besar yang keji atau aniaya pada dirinya (berbuat dosa kecil), lalu ingat kepada Allah dan minta ampun untuk dosanya, kerana tidak ada yang mengampunkan dosa kecuali Allah, dan tidak tetap selalu berbuat dosa, sedang mereka mengetahui akan dosa maksiat .” (Surah Al-Imran ayat 135)

Said bin Abi Burdah meriwayatkan dari ayahnya dari neneknya berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya saya membaca istighfar minta ampun dan taubat tiap hari seratus kali.” Dilain riwayat pula: “Hai manusia, taubatlah kamu kepada Allah, maka saya bertaubat kepada Allah tiap sehari semalam seratus kali.”

Apabila Nabi Muhammad s.a.w. beristighfar dan taubat tiap hari seratus kali, padahal telah diampuni oleh Allah s.w.t. semua dosanya yang lalu dan yang akan datang, maka bagaimana kita yang belum mengetahui apakah diampunkan atau tidak? Apakah tidak selayaknya taubat tiap waktu dan tidak berhenti-henti membaca istighfar.

Ibn Abbas r.a. ketika mentafsirkan ayat yang berbunyi: ” Bal yuridul insanu liyafjura amamah.” (Yang bermaksud): “Bahkan manusia itu mengutamakan dosanya dari menunda-nunda taubatnya.” Ia selalu berkata: “Kelak akan taubat sehingga tibalah maut dalam keadaan yang sejelek-jeleknya ia mati.”

Juwaibir meriwayatkan dari Adhdhahhak dari Ibn Abbas r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: ” Pasti akan binasa orang yang menunda-nunda (Yang selalu berkata kelak saya akan taubat) .”

Maka seharusnya tiap manusia taubat pada tiap waktu sehingga bila tiba maut ia sudah taubat, sedang Allah s.w.t. telah berjanji dalam ayatNya yang berbunyi: “Wahuwalladzi yaqbaluttaubata anibadihi waya’fu anissayyi’at .” (Yang bermaksud): “Dialah Allah yang menerima taubat hambaNya dan memaafkan segala kesalahan (kejahatan) Yakni asalkan bertaubat dan minta ampun, maka Allah akan mengampunkan.

Abdullah bin Mas’uud r.a. berkata: “Siapa yang membaca (ayat yang berbunyi): “Astaghfirullahal adhiem alladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atu bu ilaihi.” (Yang bermaksud) Saya mohon ampun kepada Allah yang maha agung, yang tiada Tuhan kecuali Dia, yang hidup berdiri sendiri mengatur makhlukNya dan bertaubat kepadaNya.” sebanyak tiga kali maka akan diampunkan semua dosa-dosanya meskipun sebanyak buih dilaut.

Ayyub meriwayatkan dari Abu Qabilah berkata: “Ketika Allah s.w.t. mengutuk iblis laknatullah maka ia minta ditunda, maka Allah s.w.t. meluluskan permintaannya, maka iblis laknatullah berkata: “Demi kemuliaan Mu, aku tidak akan keluar dari dada hambaMu sehingga keluar rohnya. Dijawab Allah s.w.t. : “Demi kemuliaan dan kebesaranKu, tidak akan aku tutup pintu taubat pada hambaKu sehingga keluar rohnya.” Maka perhatikan bagaimana kasih rahmat Allah s.w.t. pada hambaNya, tetapi menamakan mereka orang-orang mukminin sesudah mereka berdosa sebagaimana ayat 31, surah Annur (Yang berbunyi): “Wa tubu ilallahi jami’a ayyuhal mukminun la’allakum tuflihun.” (Yang bermaksud): “ Dan taubatlah kamu semua kembali kepada Allah, hai orang-orang muminin supaya kamu untung selamat dan bahagia.”

Dan Allah s.w.t. menyatakan kasih kepada orang yang bertaubat didalam ayat yang berbunyi: “Innal-laha yubih buttawwabina wayuhibbul mutathohhirin.” (Yang bermaksud): ” Sesungguhnya Allah kasih sayang kepada orang yang taubat dan suka pada orang yang bersuci.”

Rasulullah s.a.w. bersabda (Yang berbunyi): “Atta’ibu minadzdzanbi kaman ladzanba lahu.” (yang bermaksud): “Orang yang taubat dari dosa itu bagaikan orang yang tidak berdosa .”

Ali bin Abi Thalib r.a. diberitahu oleh orang: “Saya telah berbuat dosa.” Ali berkata: “Taubatlah kepada Allah s.w.t. kemudian jangan kau ulangi.” Lalu orang itu berkata: “Saya telah taubat tetapi saya ulangi lagi.” Ali berkata: “Taubatlah kepada Allah s.w.t. kemudian jangan kau ulangi lagi.” Orang itu bertanya: “Sampai bilakah?” Jawab Ali r.a.: “Sehingga syaitan laknatullah yang kecewa dan menyesal.”

Mujahit ketika menerangkan ayat yang berbunyi: “Innamattaubatu alallahi lilladzina ya’malunassu’a bijahalatin tsumma jatubuna min karib .” (Yang bermaksud): “Sesungguhnya taubat itu terhadap mereka yang berbuat dosa dengan kebodohan kemudian bertaubat tidak lama.” (surah Annisa ayat 17) Mujahid berkata: “Asalkan belum mati, maka ia bererti segera dan tidak lama.”

Abuhurairah r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: “Jika seorang berbuat dosa lalu berkata: “Ya Tuhan, saya telah berbuat dosa maka ampunkan bagiku. Allah s.w.t. menjawab: “HambaKu telah berbuat dosa, tetapi ia sedar mengetahui bahawa ia mempunyai Tuhan yang dapat mengampunkan atau menuntut dosanya maka Aku ampunkan baginya.”

Ini kerana kehormatan Rasulullah s.a.w. Sedang pada ummat-ummat yang dahulu jika berbuat dosa maka diharamkan apa yang tadinya halal dan bila seorang berbuat dosa maka langsung dipintu rumahnya ada keterangan Fulan bin Fulan telah berbuat dosa atau dibadannya. Dan cara taubatnya harus berbuat sebegini.

Bagi ummat Rasulullah s.a.w. dimudahkan dengan ayat yang berbunyi: ” Waman ya’mal su’an au yadh nafsahu tsumma yastagh firillaha yajidil-laha ghafura rahiema.” (Yang bermaksud): “Dan siapa yang berbuat dosa atau kesalahan bagi dirinya, kemudian minta ampun kepada Allah, tentu ia mendapatkan Allah maha pengampun lagi penyayang.”

Keran itu maka tiap muslim harus bertaubat kepada Allah s.w.t. tiap pagi dan petang. Mujahid berkata: “Orang yang tidak bertaubat tiap pagi dan petang maka termasuk orang yang zalim (aniaya) terhadap dirinya sendiri. Sebagaimana wajib juga menjaga sembahyang lima waktu sebab Allah s.w.t. menjadikan sembahyang lima waktu itu sebagai penyuci dosa-dosa kecil yang terjadi sehari-hari dan tidak terasa.”

Alqamah dari Ibnu Mas’ud r.a. berkata: “Seorang datang kepada Rasulullah s.a.w. dan berkata: “Ya Rasulullah, saya tadi bertemu wanita dalam kebun, maka saya peluk dan saya berbuat padanya segala sesuatu hanya tidak saya zina.” Rasulullah s.a.w. diam sejenak kemudian turunlah ayat yang berbunyi: “Wa aqimis sholata tharafayinnahari wa zulafa minallahi, innal hasanati yudz hibnassayyi’at, dzalika dzikra lidzdzakirin .” (Yang bermaksud): “Tegakkan sembahyang pada waktu siang dan malam, sesungguhnya amal kebaikan itu dapat menghapuskan sayyi’at kejahatan (dosa), ini sebagai peringatan bagi orang-orang yang sedar taubat (bagi orang yang akan bertaubat Surah Hud ayat 114)

Maka dipanggil oleh Rasulullah s.a.w. dan dibacakan ayat itu padanya, Umar r.a. bertanya: “Ya Rasulullah, apakah khusus buat dia sendiri atau umum buat semua manusia? ” Jawab Rasulullah s.a.w.: “Bahkan umum buat semua orang.”

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abuhurairah r.a. berkata: “Pada suatu malam sesudah sembahyang bersama Rasulullah s.a.w. saya keluar, tiba-tiba saya bertemu dengan seorang wanita yang kudung berdiri ditengah jalan, lalu ia berkata: “Hai Abuhurairah, saya telah berbuat dosa yang sangat besar, apakah ada jalan untuk taubat?” Saya bertanya: “Apakah dosamu?” Jawabnya: “Saya telah berzina sehingga mendapat anak lalu sayu bunuh anak itu.” Abu Hurairah r.a. berkata: “Celaka kau dan telah membinasakan, demi Allah, tiada jalan untuk taubat.” Maka ia menjerit sehingga pingsang, lalu saya tinggalkannya, akan tetapi timbul perasaanku: Saya memberi fatwa padal Rasulullah s.a.w. masih hidup ditengah-tengah kami, dan pagi harinya saya telah pergi berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. dan berkata: “Ya Rasulullah, semalam saya diminta fatwa dalam hal ini dan saya fatwakan kepadanya begini.” Rasulullah s.a.w. bersabda: “Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.” Demi Allah hai Abuhurairah, engkaulah yang binasa dan membinasakan, dari manakah engkau hai Abuhurairah? .” Dari ayat: “Walladzina layad’una ma Allahi ilaha akhara wala yaqtulunnafsal lati har-ramallahu illa bilhaqqi wala yaznuna, waman yaf’al dzalika yalqa atsama, yudha’af lahul adzabu yaumal qiyamati wayakhludz fihi muhana, illa man ta ba wa amana wa amila amalan shaliha fa ula’ika yubaddilullahu sayyi’atihim hasanat, wakanallahu ghafura rahima.” (Yang bermaksud): “Dan mereka yang tidak menyeru kepada Tuhan yang lain selain Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah kecuali dengan hak dan tidak berzina dan siapa yang melakukan semua itu mendapat dosa, bahkan akan dilipat gandakan siksa mereka, dan kekal dalam siksa itu hina dina kecuali orang yang taubat, beriman dan melakukan amal yang soleh, maka untuk mereka Allah akan menggantikan semua dosa-dosa mereka dengan kebaikan dan adanya Allah maha pengampun lagi pengasih .” (Surah Alfurqan ayat 68-70)

Maka saya segera keluar berjalan dikota Madinah sambil bertanya-tanya: “Siapakah yang dapat menunjukkan aku pada wanita yang tadi malam minta fatwa kepadaku mengenai soal ini dan itu, sehingga anak-anak mengatakan: “Abuhurairah telah.” Sehingga pada malam harinya saya bertemu dengan wanita itu ditempat yang kelmarin itu, maka segera saya terangkan kepadanya apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. bahawa ia dapat bertaubat, maka ia menarik nafas besar kerana ia gembira lalu berkata: “Hai Abu Hurairah, saya mempunyai sebuah kebun dan kini saya sedekahkan untuk orang-orang miskin sebagai penebus dosa saya.” Sesungguhnya seorang hamba jika taubat, maka semua dosa-dosanya yang lalu itu berubah menjadi kebaikan hasanat. Demikian pengertian ayat 70 surah Alfurqan itu.

Ibn Mas’ud r.a. berkata: “Pada hari kiamat jika seorang hamba melihat dalam suratan amalnya pada permulaannya ada maksiat dosa, lalu diakhirnya hasanat kebaikan, lalu diulang dari mulanya, tiba-tiba terlihat semuanya hasanat kebaikan. Demikian pula riwayat Abu Dzar Alghifari r.a. dari Rasulullah s.a.w. serupa dengan ini dan inilah ertinya: “Allah mengganti dosa-dosa mereka dengan hasanat.

Sebenarnya tidak ada dosa yang lebih besar dari kekafiran tetapi Allah s.w.t. berfirman (Yang berbunyi): “Qul lilladzina in yantahu yugh far lahum maa qad salafa.” (Yang bermaksud): “Katakanlah kepada orang-orang kafir: Jika kamu menghentikan kekafiran, maka akan diampunkan bagi kamu apa-apa yang telah lalu .”

Alhasan berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: ” Andaikan seorang itu berbuat dosa sehingga memenuhi apa yang diantara langit dan bumi, kemudian taubat nescaya Allah s.w.t. mengampunkannya.”

Abu Yazid Arraqqasyi berkata: “Ketika Abu Hurairah r.a. berkhutbah diatas mimbar Rasulullah s.a.w. berkata: “Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Adam adalah makhluk yang paling mulia disisi Allah pada hari kiamat. Allah menyatakan alasan udzurnya tiga macam iaitu:

  • Hai Adam, andaikan Aku tidak mengutuk orang-orang yang dusta dan membenci dusta serta mengancam siksa atasnya dan telah menjadi putusan Ku akan mengisi penuh neraka jahannam dengan jin dan manusia semuanya, nescaya Aku memberi rahmat kepada turunanmu semua pada hari ini.
  • Hai Adam, sungguh Aku tidak menyiksa turunanmu dengan api neraka kecuali orang yang Aku ketahui bahawa sekiranya Aku kembalikan ia kedunia pasti ia akan kembali kepada kejahatannya dan tidak bertaubat.
  • Hai Adam, Aku jadikan kau sebagai hakim antaraKu dengan anak cucumu, berdirilah kau didekat timbangan, perhatikan apa yang terlihat padamu dari amal, maka siapa yang lebih berat amal kebaikannya meskipun hanya seberat semut, maka ahli syurga, supaya kau ketahui bahawa Aku tidak memasukkan kedalam neraka kecuali orang yang zalim.

Aisyah r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: “Suratan amal itu tiga perkara iaitu

  • Suratan amal yang diampunkan oleh Allah s.w.t .
  • Suratan amal yang tidak diampunkan oleh Allah s.w.t.
  • Suratan amal yang tidak ditinggalkan sedikitpun daripadanya

Adapun yang tidak diampunkan oleh Allah s.w.t., maka syirik mempersekutukan Allah s.w.t.. Allah s.w.t. berfirman (Yang berbunyi): “Innahu man yusyrik billahi faqad harrama Allah alaihil janna ta wama’wahunnar .” (Yang bermaksud): “Sesungguhnya siapa yang mempersekutukan Allah maka Allah akan mengharamkan padanya syurga dan tempatnya didalam neraka. Adapun yang diampunkan oleh Allah maka dosa seseorang terhadap Allah antara dia dengan Allah. Adapun yang tidak ditinggalkan sedikitpun maka dosa seseorang terhadap sesama manusia maka harus dibalas dan dikembalikan tiap hak kepada yang berhak.”

Abu Hurairah r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiap hak harus dikembalikan kepada yang berhak pada hari kiamat sehingga diberi kesempatan bagi kambing yang tidak bertanduk untuk membalas kambing yang bertanduk untuk menanduknya. Kerana itu jika dosaku dengan sesama manusia, maka hendaklah diselesaikan dengan baik didunia, adapun kalau antara dia langsung dengan Allah s.w.t., maka Allah s.w.t. maha pengampun lagi mudah memaafkan asalkan mahu bertaubat. Sebab tiap hak sesama manusia harus dikembalikan, jika tidak dikembalikan didunia maka harus dibayar (diganti) dengan hasanat kebaikan amal yang telah dilakukan pada hari kiamat.

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tahukah kamu siapakah yang pailit dari ummatku? Jawab sahabat: “orang yang pailit itu ialah habis bersih harta kekayaannya dan belum terbayar semua hutangnya sehingga tidak punya harta dan perkakas (perabut rumah). Rasulullah s.a.w. bersabda: ” Orang yang pailit dari ummatku ialah orang yang datang pada hari kiamat dengan lengkap sembahyang dan puasanya tetapi ia telah mencaci maki si ini dan menuduh pada si itu dan makan harta si ini dan menumpahkan darah si itu, maka semua orang yang telah habis hasanahnya sebelum terbayar semua orang yang dianiaya itu dan ditanggungkan kepadanya, kemudian ia dilempar kedalam neraka.”

Kami mohon kepada Allah s.w.t. semoga Allah s.w.t. memberi taufiq untuk tetap pada taubat.

Muhammad bin Sirin berkata: “Awaslah, jangan sampai kau berbuat kebaikan kemudian kau tinggalkan, sebab tidak ada seorang yang taubat lalu kembali kepada dosanya beroleh keuntungan. Kerana itu yang telah taubat hendaklah mengingati selalu pada dosanya, seakan-akan dimuka matanya, supaya tetap bertaubat, banyak membaca istighfar dan mensyukuri nikmat Allah s.w.t. hanya kepada Nya dapat bertaubat, juga memikirkan apa yang dijanjikan oleh Allah s.w.t. daripada nikmat diakhirat bagi orang yang beramal soleh, supaya rajin beramal soleh dan menjauhi dosa.”

Zaid bin Wahb dari Abu Dzar r.a. berkata: “Saya bertanya: “Ya Rasulullah, beritahukan kepada kami apa yang tercantum dalam Suhuf Musa?” Rasulullah s.a.w. berkata: “Didalamnya ada enam kalimat iaitu:

  • Saya hairan terhadap orang yang yakin adanya neraka, bagaimana ia dapat tertawa?
  • Saya hairan pada orang yang yakin akan mati, bagaimana dapat bergembira?
  • Saya hairan pada orang yang yakin akan adanya hitungan amal, bagaimana ia melakukan dosa?
  • Saya kagum pada orang yang percaya pada takdir (ketentuan Allah s.w.t.), bagaimana ia bersusah payah?
  • Saya kagum pada orang yang melihat segala perubahan dunia, bagaimana ia condong kepadanya?
  • Saya ajaib pada orang yang yakin pada syurga, bagaimana ia tidak berbuat baik?
    La ilaha illallah, Muhammad Rasulullah.

Pada suatu hari Abdullah bin Mas’ud r.a. berjalan-jalan dikota Kufah, tiba-tiba bertemu dengan orang-orang fasiq sedang berkumpul minum khamar dan ada penyanyinya bernama Zadan. Ia memukul rebana sambil bernyanyi dengan suara yang merdu. Abdullah bin Mmas’ud berkata: “Alangkah merdunya suara itu andaikan digunakan untuk membaca Al-Quran.” dan Abdullah terus berjalan. Tiba-tiba Zadan terdengar apa yang dikatakan oleh Ibn Mas’ud itu lalu ia bertanya kepada orang-orang: “Siapakah orang itu?” Dijawab oleh orang-orang: “Itu Ibn Mas’ud, sahabat Rasulullah s.a.w..” Lalu ia berkata apakah?” Tanya Zadan. Jawab orang-orang itu: “Ia berkata, alangkah merdu suara itu andaikan digunakan untuk membaca Al-Quran.”

Perkataan itu benar-benar meresap dalam hati Zadan sehingga segera ia berdiri dan membuang rebana yang ada ditangannya lalu lari mengejar Ibn Mas’ud dan mengikat saputangan dilehernya sendiri sambil menangis dihadapan Ibn Mas’ud, maka dipeluk oleh Abdullah bin Mas’ud dan bersama-sama menangis, kemudian Abdullah bin Mas’ud berkata: “Bagaimana saya tidak akan sayang pada orang yang disayangi Allah s.w.t.” Lalu ia tetap taubat dan selalu mendekati Abdullah bin mas’ud untuk belajar ilmu Al-Quran sehingga menjadi orang alim yang banyak meriwayatkan hadis dari Abdullah bin Mas’ud r.a..

Abul Laits berkata: “Saya mendapat cerita dari ayahku, bahawa dimasa Bani Iisrail dahulu ada seorang wanita pelacur yang sangat cantik dan ia selalu duduk diatas dipan didalam rumah yang selalu terbuka pintunya, sehinggakan tiap orang yang berjalan dimuka pintunya pasti tertarik kepada kecantikannya dan siapa yang akan masuk diharuskan membayar sepuluh dibar. Maka pada suatu hari ada ahli ibadat berjalan dimuka pintunya dan ketika menoleh kedalam pintu terlihat olehnya kecantikan wanita itu yang sedang duduk didipannya, maka ia sangat tertarik pada wanita itu, tetap ia berdoa semoaga Allah s.w.t. menghilangkan kerisauan hatinya yang selalu teringat pada wanita itu. akan tetapi oleh kerana perasaan hatinya tidak hilang akhirnya ia berusaha mencari wang sehingga terpaksa menjual beberapa kainnya dan setelah terkumpul sepuluh dinar ia datang kemuka pintu itu tetapi oleh wanita pelacur itu disuruh menyerahkan wangnya kepada wakilnya dengan janji supaya ia datang pada waktu yang ditentukan.

Maka tepat pada waktunya ia datang, sedang wanita itu telah berhias dan duduk menantikannya diatas ranjangnya, maka masuklah orang abid itu dan duduk bersama wanita itu diatas ranjang dan ketika sedang menghulurkan tangan pada wanita itu, tiba-tiba ia teringat bahawa Allah s.w.t. sedang melihatnya dalam perbuatan yang haram, yang mungkin akan menggugurkan semua amal perbuatan ibadat yang telah lalu itu, seketika itu juga ia gementar dan pucat mukanya, maka ditanya oleh wanita itu: “Mengapa kau berubah pucat, terkena apakah engkau?” Jawabnya: “Saya takut kepada Tuhanku kerana itu izinkan aku keluar.” Wanita itu berkata: “Celaka kau, banyak orang ingin mendapat seperti kau ini, maka apakah yang menyebabkan kau begini?” Jawabnya: “Saya takut kepada Allah s.w.t., sedang wang yang sudah saya berikan kepadamu itu halal, izinkan saya keluar dari sini.” Maka ditanya: “Apakah engkau belum pernah berbuat begini?” Jawabnya: “Belum pernah.” Lalu ditanya: “Siapa namamu dan dari manakah engkau?” Lalu diberitahu nama dan tempat daerahnya, lalu diizinkan keluar, maka keluarlah abid itu dari tempat itu sambil menangis dan melatakkan tanah diatas kepalanya, sehingga terpengaruh wanita itu ketika melihat abid itu menangis dan berkata dalam hatinya: “Ini orang pertama kali akan berbuat dosa sudah merasa takut sedemikian dan saya berbuat dosa bertahun-tahun, padahal Tuhannya iaitu Tuhanku, maka seharusnya aku lebih takut daripadanya.” Maka sejak itu wanita itu taubat dan menutup pintu rumahnya dari segala orang, untuk melakukan ibadat semata-mata, kemudian setelah ia ibadat, timbul perasaan dalam hatinya: “Sekiranya saya pergi kepada iorang abid itu, kalau-kalau ia mahu mengahwini aku sehingga aku dapat belajar agama darinya dan membantu saya dalam beribadah.” Lalu ia bersiap-siap membawa harta dan budak-budaknya sehingga sampai kedusun si abid itu, dan ketika diberitahukan kepada abid itu ada wanita mencarinya, maka keluarlah abid itu untuk menemui tamunya, dan ketika wanita itu melihat abid itu segera ia membuka tudung mukanya supaya segera dikenal, tetapi ketika abid itu melihat wanita itu, teringat akan kelakuannya dahulu, maka ia menjerit sekuatnya sehingga mati ketika itu juga. Maka wanita itu tinggal sedih dan berkata: “Saya ini datang kemari untuknya dan kini telah mati, apakah ada keluarganya yang mahu kawin kepadaku?” Dijawab: “Ada saudaranya seorang soleh tetapi tidak punya apa-apa (miskin).” Berkata wanita itu: “Tidak apa sebab saya cukup harta.” Maka dikawin oleh saudaranya abid itu sehingga mendapat tujuh anak laki-laki yang kesemuanya menjadi nabi-nabi Bani Israil. Wallahu a’lam.


Alhamdullilah

Ogos 14, 2008

ANDA NAK LEBIH CERITA LAGI KE?
KLIK JE SINI UNTUK JOIN LEPAKK

Baca dan hayati intipatinya sampai habis! Harap berkesan di dalam hati (seperti mama) dan menjadi pedoman hidup hari2…

Mungkin begini la kita sebenarnya.. .. RENUNG-RENUNGKANLAH …

Seringkali kita meminta perkara yang macam2 seolah2 itulah yang terbaik untuk kita. Persoalannya, tahukah kita apa yang terbaik untuk kita? Kalau kita dilahirkan miskin, kita sering berdoa untuk menjadi kaya. Hendak mengubah kehidupan, kita kata. Tapi kita pastikah kekayaan itu yang terbaik untuk kita?

Atau kita dilahirkan pendek, atau terlalu tinggi, atau hitam atau berpenyakit. Tentunya kita mengharap2kan keajaiban untuk menjadi manusia yang sempurna atau sekurang2nya ‘just nice’. Mungkin juga kita terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan orang yang tersayang. Pasti tercalit dalam hati keinginan untuk mengembalikan masa itu supaya kemalangan itu dapat dielakkan dan nyawa orang kesayangan kita juga selamat.Kan ?

Persoalannya, adakah apa yang kita perolehi sekarang ini bukan yang terbaik? Adakah Allah itu zalim atau pilih kasih dengan memberi sesetengah orang nikmat manakala setengah lagih azab? Bukankah Allah itu Maha Adil? Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha Bijaksana? Jika begitu, mengapakah ada sesetengah dari kita yang bernasib malang manakala sesetengah yang lain bernasib baik sepanjang hidup mereka?

Sebenarnya, kita adalah apa yang kita minta (we are what we wish for). Kadangkala tatkala kita berdoa, kita sendiri kurang faham dengan apa yang kita minta. Adaorang berdoa minta selamat. Akan tetapi Allah berikan dia dari sihat jatuh sakit. Dari kaya jatuh miskin. Dari jelita jadi huduh. Bagaimana itu? Itu hanyalah sebagai ujian kesabarannya. Seandainya imannya tetap kuat, insyaAllah dia akan selamat di akhirat kelak.

Selamat juga, bukan? Adakah Allah menolak permintaannya? Tidak! Bahkan Allah meletakkannya ke tempat yang lebih tinggi. Begitu juga dengan keadaan saya baru2 ini. Hidup dikelilingi hutang lapuk.

Pening kepala nak bayar. Interest makin meningkat. Ibu mana yang tak kasihan lihat anaknya susah hati? Satu hari tu ibu saya beritahu saya yang dia tiap2 hari berdoa minta saya dapat banyak duit. Dia simpati dengan saya katanya.

Saya katakan kepadanya. Kalau banyak duit, tiap2 bulan saya dapat, Alhamdulillah. Saya katakan padanya kalau mahu berdoa untuk saya,
berdoalah semoga hutang lapuk saya selesai. Saya beritahunya ketika sebelum Zuhur. Zuhur tu juga dia telah tukar doanya dan Alhamdulillah, petang itu juga saya nampak jalan penyelesaiannya. Doa ibu itu berkat. Sekarang, Alhamdulillah ringan rasanya beban di kepala saya. Maha Suci Allah…

Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah itu adalah yang terbaik. Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian. Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? ‘Grass is always greener on the other side’. Kan ? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu lebih baik dari apa yang kita miliki.

Sedang Nabi saw telah menasihatkan agar kita melihat orang yang dibawah. Jangan melihat orang lebih tinggi kerana itu akan membuat kita tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar peluang yang lebih baik. Sentiasa mahukan yang lebih banyak. Saya sendiri mengalami perkara ini. Dan saya percaya ramai yang turut mengalaminya. Siapa yang taknak gaji besar, kan ?

Masa saya grad, ekonomi negara benar2 sedang menjunam. Saya ke hulu ke hilir mencari kerja. Akhirnya saya bekerja sebagai operator di kilang metal stamping. Gaji RM400 sebulan. Tiada OT. Tolak itu, tolak ini, dapatlah RM350. Hm… Cukup? Dah tentu tidak. Ketika itu saya hanya memiliki sebuah motor Yamaha 110SS hadiah ayah sempena dia dapat EPF. Isi minyak dengan makan dah habis. Ketika itu saya fikir, dapat gaji RM750 pun jadilah.

Kemudian saya bekerja sebagai Lab Technician. Betul2 saya dapat RM750. Cukup? Tak juga. Masa tu saya mula terfikir. Dapat gaji RM1500 pun dah cukup. Allah tunaikan lagi. Bekerja pula di petrochemical plant. Sebagai trainee, dapat la RM1500 sebulan. Ya Allah… tak cukup juga. Sebab masa tu saya dah beli kereta Iswara. Saya fikir, dapat RM2500 cukup la. Tapi bila dapat banyak tu, saya tukar kereta pula. Kesimpulannya tak cukup juga!

Memang takkan cukup. Nafsu itu adalah benda yang paling besar! Sekarang, ketika kawan2 saya berlumba masuk syarikat lain yang offer gaji 2 – 3 kali ganda, saya tetap di sini. Kalau ada yang bertanya kenapa saya tak ikut mereka, senang saya katakan. Saya selesa di sini. Kalau solat saya panjang, bos tak pernah marah. Sedang rakan2 saya di syarikat baru dibenarkan solat hanya dalam masa 5 minit sahaja.

Kini saya dah pandai mengatakan cukup. Cukuplah sebanyak ini yang Allah beri. Sekiranya diberi lebih, Alhamdulillah. Sekiranya semakin kurang, semoga Allah perkuatkan iman saya menghadapi dugaan mendatang. Yang penting bagi saya, apa yang saya perolehi ini halal dan diberkati. Pesan Nabi saw kepada Saiyidina Ali ra supaya jangan mengira2 rezeki untuk hari esok kerana Allah menurunkan rezeki pada tiap2 hari . Ini benar2 terkesan dalam hati saya.

Tapi bukan bererti kita tak boleh mengejar yang lebih baik. Kejarlah dunia seperti akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi dunia itu ibarat bayang2. Makin dikejar makin ia lari. Kejarlah akhirat seperti akan mati esok hari. Kerana akhirat itu umpama matahari. Makin kita kejar akhirat (matahari), dunia (bayang2) akan mengejar kita. Rezeki itu hak Allah maka bermohonlah kepada Yang Memiliki rezeki itu. Kerana tiada rezeki untuk kita tanpa ada izin dariNya.

Terjadi kepada kenalan saya. Dengan gaji RM1000 sebulan, nak bayar ansuran rumah, nak isi minyak motor yang makin naik, duit lampin anak, duit makan, tinggal pula di JB, memang tak cukup. Sering dia mengeluh. Di tempat kerjanya pula dah lama hadkan OT. Kesian dia. Selalu dia cakap dia nak cari kerja lain. Dah banyak dia apply tapi tak dapat2 sebab tiada kelulusan dan umur pun dah makin lanjut.

Atau setidak2nya dapat banyak OT. Saya katakan padanya, besar periuk besarlah kerak. Sekarang dia pakai motor. Kalau gaji besar lagi, mungkin dia pakai kereta. Besar mana pun tetap tak cukup. Tapi… Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Akhirnya Allah tunaikan permintaannya. Tiba2 dia dapat banyak sangat OT. Hari2 balik rumah sampai tengah malam. Langsung tak rehat. Main dengan anak pun 2 -3 minit masa pagi sebelum ke tempat kerja.

Bila jumpa, dia cakap dah penat. Tak larat nak OT. Saya ketawakan dia. Bukankah ini yang dia minta? Ya, katanya. Tapi dia dah tak larat. Hari Ahad je dia dapat rehat. Bila nak main2 dengan anak? Kesian anaknya. Ke masjid pun hari Jumaat saja sekarang ni… Saya katakan padanya, kita tak boleh dapat segala2nya. Dia nak duit, Allah bagi duit. Tapi dia hilang kehidupan dan masa dengan anaknya. Itu adalah permintaannya. Bersyukurlah Allah telah menunaikan.. -.

Kalau nak dikongsi, terlalu banyak rasanya apa yang saya lalui. Saya pasti, saudara2 semua juga ada lalui perkara yang sama. Di sini, bukan niat saya nak mengajar. Bukan juga nak menunjuk pandai. Saya hanya mengajak saudara2 sekalian terutamanya diri saya sendiri untuk berfikir. Apa yang kita buru? Apa yang kita cari? Apa yang kita dapat? Berapa kali pernah kita bersyukur dan berapa kali pernah kita katakan cukup?

Cukup atau tidak apa yang kita ada, bergantung kepada cukup atau tidak kita bersyukur ke hadrat Allah. Juga bergantung cukup atau tidak kita tambat nafsu kita. Yang penting tiap kali selepas solat, berdoalah pohonkan Allah berikan yang terbaik buat kita. Nabi saw pernah memberitahu, orang yang tidak berdoa selepas solat adalah orang yang sombong. Dalam hadith yang lain, Baginda saw berkata orang yang sombong adalah syirik kerana hanya Allah yang layak untuk bersifat sombong.

Wallahu’alam. -..

Ya Allah! Ampunkanlah kami ya Allah. Selama ini kami leka. Selama ini kami lalai dalam mengejar nikmat dunia hingga kami lupa janji nikmat syurga Mu. Cukupkanlah kami dengan apa yang Kau beri. Dan jadikanlah kami insan yang tahu bersyukur. Amin… Ya Rabbal ‘Alamin…

Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah itu adalah yang terbaik. Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian. Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? ‘Grass is always greener on the other side’. Kan ? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu lebih baik dari apa yang kita miliki.

Akhir kata, berlajarlah untuk berkata CUKUP….ALHAMDULIL -LAH ……’
Tak perlu mencari teman secantik BALQIS, andai diri tak sehebat SULAIMAN.
Mengapa mengharap teman setampan YUSOF, jika kasih tak setulus ZULAIKHA.
Tak perlu mencari teman seteguh IBRAHIM, andai diri tak sekuat HAJAR

dan mengapa didamba teman hidup sesempurna MUHAMMAD, jika ada keburukan pada dirimu.

Sekadar pandangan ikhlas dari seorang hamba Allah yang tidak sempurna semuanya