5 PERKARA ELOK DISEBUT

April 26, 2008

5 PERKARA ELOK DISEBUT

Dalam sesi muzakarah kali ini, saya hendak menarik perhatian tentang 5 perkara yang patut disebut-sebut selalu untuk memberi kesedaran kepada kita sepanjang menjalani hidup ini.
Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan umat-umatnya tentang kelima-lima perkara ini iaitu:

* Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk.
Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Al-hamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati.

* Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia. Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.

* Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan. Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat. Kalau tak usahakan kebun dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat? Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Alli dicontohi. Meskipun sudah terjamin akan syurga, Saidina Ali masih mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dengan dosa?

* Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga. Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut-sebut selalu macam rasmi ayam ‘bertelur sebiji riuh sekampung’. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan ria’ atau bangga diri yang mana Allah telah memberi amaran sesiapa yang memakai sifatNya (ria’) tidak akan mencium bau syurga. Ria’ adalah satu unsur dari syirik (khafi). Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita perlu sedar bahawa perbuatan buat baik yang ada pada diri kita itu sebenarnya datang dari Allah. Allah yang menyuruh kita buat baik. Jadi kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa kepda Allah yang mengurniakan kebaikan itu.

* Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain. Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang tua-tua ‘kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan’. Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke arah diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita lebih buruk daripadanya. Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita bukannya keburukan orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain kita koyak rabak. Dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihatkan kejahatan yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik. Hanya dengan cara ini kita terselamat dari bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api neraka.

Demikian tazkirah minggu ini. Semoga 5 perkara yang disebutkan di a


Berakhlaq baiklah kepada siapa sahaja

April 25, 2008

Berakhlaq baiklah kepada siapa sahaja  

Assalamualaikum…
 
 
 
Akhlaq yang baik itu adalah kebahagiaan tersendiri, sedangkan akhlaq yang buruk
adalah petaka dan bencana.
 
Dalam sebuah hadith disebutkan:
 
Sesungguhnya akhlaq yang baik dapat menjadikan seseorang mampu mencapai darjat
orang yang suka berpuasa dan orang yang suka melakukan qiamullail.
 
Mahukah kalian aku beritahukan kepada kalian tentang siapa di antara kalian yang
paling aku cintai dan paling dekat kedudukannya denganku kelak pada hari kiamat?
Yakni, orang di antara kalian yang paling baik akhlaknya. (Al-Hadith)
 
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
 
Dan sesungguhnya kamu (muhammad) benar-benar berbudi pekerti yang agung. (Al-Qalam:4)
 
Maka disebutkan rahmat dari Allahlah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka.
Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri
dari sekelilingmu… (Ali-‘Imran:159)
 
… dan ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia… (Al-Baqarah:83)
 
Ummul Mu’minin Aisyah binti Abu Bakar Ash-Shiddiq Radhiyallahu anhuma menjelaskan
sifat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Akhlaqnya (Nabi Muhammad) adalah Al-Quran
 
Sesungguhnya akhlaq yang baik dan hati yang lapang adalah merupakan nikmat dunia dan
kegembiraan di kemudian hari bagi siapa saja yang Allah kehendaki untuk menjadi baik.
Sedangkan emosi yang berlebihan, mudah tersinggung dan kemarahan yang meledak-ledak
adalah sebuah petaka yang terus menerus dan azab yang kekal.
 
 
 
 
 
Petikan dari Buku Jangan bersedih -Don’t Be sad (setelah kesulitan pasti ada kemudahan)
Karangan: Dr ‘Aidh bin Abullah Al-Qarni, Perterjemah: Noraine Abu

Air Sembahyang

April 23, 2008

” AIR SEMBAHYANG ”
>
>
> 1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah,ampunilah dosa
> mulut dan lidahku ini”.
> Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak
> berfaedah.
>
>
> 2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah,
> putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku
> ini”.
> Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.
>
> 3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah,
> berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini”.
> Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikanhisab- hisabnya di tangan
> kanan .
>
> 4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah,
> janganlah Kau berikan hisab- hisab ku di tangan kiri ku ini”.
> Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab- hisabnya di tangan
> kiri .
>
> 5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,”Ya Allah,
> lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy
> Mu”.
> Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal
> di atas kepala.
>
> 6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,”Ya Allah,
> ampunilah dosa telinga ku ini”
> Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah
> dll.
>
> 7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.”Ya Allah,
> permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim”.
> Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas
> sekali.
>
> 8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,”Ya, Allah,
> bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-
> tempat maksiat”
> Penjelasan nombor 8 : Qada’ dan Qadar kita di tangan Allah.
>
> Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang
> dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri.
>
> Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?
> Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati

> Islam?
>
> Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?
>
> Bersyukurlah dan bertaubat selalu. Hantar e-mail ini kepada
> rakan-rakan yang lain. Ikhlas kerana Allah.
>
> Wasallam.


Panduan Memberi Salam

April 19, 2008

SEKADAR PERINGATAN UNTUK SEMUA UMAT ISLAM

….
Ilmu utk dikongsi bersama :
Pagi semlm dengar radio ikim (91.50 fm), ustaz Zawawi citer
tentang
sunnah Rasulallah s.a.w.
Antaranya tentang bab memberi salam.
Baginda memberi salam dgn lafaz ‘assalamualaikum’ dan menjawab
salam
dari para sahabat dgn salam yg penuh ‘waalaikumussalam
warahmatulallah
hi wabarakatuh’
Beri salam – assalamualaikum’
Jawab salam – ‘waalaikumussalam warahmatulallah hi
wabarakatuh’
Apabila kita berkirim salam pada org lain, hendaklah kita
berkata ‘Kirim
salam assalamualaikum pada Anis ye’ contoh lerr..
Bukannya : ‘Kirim salam kat Anis ye’
Dan bukannya ‘ Kirim salam maut’ statement ini adalah berdosa,
walaupun
sekadar gurauan!
Semoga ada manfaat.
Subject: ‘Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot’
Maksud singkatan ‘ A’kum’
Assalamu’alaikum
Untuk renungan bersama :
Janganlah kita menggantikan perkataan ‘Assalamualaikum’ dengan
‘A’kum’ dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika
perkataan
Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan
perkataan ‘Salam’ iaitu sama makna dengan Assalamualaikum.
Sesama lah
kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna
shortform
A’kum dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM’ adalah gelaran
untuk
orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang
bermaksud
‘BINATANG’ dalam Bahasa Ibrani.
Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’
yang
bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT’.
Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform ‘A’kum’, kita
ingatkan
dia guna ‘Salam’ kerana salam ialah dari perkataan
Assalamualaikum.
Semoga ada manfaatnya


Berusahalah

April 19, 2008

Salam.

Seringkali kita dengar orang mengeluh..
itu tak kena, ini tak kena…ada jek yang tak kena dalam hidup ni…

contoh kes :
“umor dah lanjut..tak kawin2..awek pon tak de lagi ni..aduhh”…
“aku teringin la nak pakai seluar tu..cantik..tapi xde duit nak beli..huuu”

abih tu? takkan nak mengeluh aje? usahanye mana? lepas mengeluh, apa kita buat?
berbaring sambil tengok TV? remote tak pernah lepas dari tangan?
kalau gitu lah, tak nak keluar dari zone selesa tu bak kata org, bila
nak berubah?

kalau hendak seribu daya..kena usahalah..kalau xde awek, bawak2 la mengorat..
tak pon minta tolong org carikan atau kenalkan..
kalau takde duit, cuba lah cari duit..byk jalannya..kadang2, kita jek
x nampak..

aduh……………susahnye nak taip email..hehe 🙂

++ Tuhan tidak akan mengubah nasib seseorang tu, sehinggalah orang itu
mengubahnya..


APA PUNCA ANAK DERHAKA

April 19, 2008

APA PUNCA ANAK DERHAKA

Sabda Rasulullah s.a.w. “Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)” dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya… .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif… . itu salah…

“Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka”.Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . “Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. “Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.
Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup.” Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan “bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka”. inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita…

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.

BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.

Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? “Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita.”

HUBUNGAN DENGAN BAPA
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. “Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan
ibu dahulu.. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa.” Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depanmereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua.”

USAH DERHAKA KEPADA MENTUA
Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? “Saya tahu, ada
menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung,” jelasnya.

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. “Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami.. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan
ayahnya. “Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di
rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.

Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak. Kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers
Adalah mudah iaitu:-

Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri Mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri Mereka tidak boleh.Tips;

1.Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.. (Dalam Islam sendiri nama panggilan
yang baik adalah digalakkan).

2.Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3.Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4.Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

5.Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6.Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7.Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8.Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9.Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .

10.Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.

11.Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya..
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah.
Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg
dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

13.Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka..

15.. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16.Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

17.Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18.Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri..

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.


Renungan

April 19, 2008

Sepasang suami istri yang sudah menikah selama 7 tahun dan memiliki 3 orang anak, terlibat dalam sebuah pertengkaran hebat.

Begitu hebatnya pertengkaran mereka, sampai akhirnya mereka memutuskan untuk bercerai, mengakhiri kehidupan rumah tangga mereka secepat mungkin.

Mereka menemui seorang peguam, untuk melangsungkan perundingan pembagian harta diantara mereka, perundingan berlangsung lancar, namun akhirnya sebagian besar masalah terselesaikan, baik tanah, rumah, dan semua aset harta mereka dapat dibagi dan mencapai kepuasan kedua belah pihak.

Hanya satu hal tidak ditemukan jalan keluarnya, yaitu mengenai pembagian anak [jangan lupa anak mereka tiga orang], baik si suami maupun si istri sama sama ingin mengasuh 2 anak, tidak ada yang mau mengalah, dan anak tidak mungkin dibelah dua seperti pada Zaman Sulaiman dulu.

Akhirnya mereka menemui seorang tokoh agama, meminta nasehat bagaimana jalan keluar yang harus ditempuh.

Sang Imam akhirnya memberika jalan keluar yang bijak, yaitu mereka diminta menunda perceraiannya selama satu tahun, mereka harus menambah satu orang anak selama satu tahun, bila Tuhan mengizinkan perceraian mereka, Tuhan akan memberikan tambahan satu anak, total menjadi 4 anak, sehingga mudah untuk dibagi diantara mereka berdua.

Karena si suami dan si istri sangat serius untuk bercerai, mereka berusaha keras untuk menambah anak, dan akhirnya mereka berhasil.

Setahun kemudian, ketika Sang Imam berjalan jalan, beliau bertemu dengan pasangan suami istri ini, sedang bergandengan tangan dengan mesra, sehingga Sang Imam bertanya, : “Apakah Kalian tidak berhasil menambah anak sehingga kalian batal bercerai?”.

Sang Suami lalu menjawab : “Tuhan maha pengasih, Dia memberikan kami tambahan anak, tapi sekaligus juga memberikan isyarat agar kami saling memaafkan dan saling mengasihi, kami memutuskan untuk tidak bercerai”.

“Bagaimana Tuhan memberikan isyaratNya?”, tanya Sang Imam.

“Tuhan memberikan kami tambahan anak, bukan satu anak, tapi dua anak, anak kembar !!”.

Beberapa hikmah:

1. Menunda tindakan negatif sering bermanfaat, apalagi ketika seseorang sedang dikuasai emosi. Ada baiknya jika kita sedang marah kita menunda sesuatu yang ingin kita lakukan. Betapa banyak penghuni penjara yang menyesal: mengapa ketika marah memukuli istri/anak/dsb sampai tewas….

2. Mampu mengendalikan marah [emosi] adalah kunci kebaikan, sehingga nabi saw menekankan laa taghdhab [jangan marah] kepada sahabatnya.

3. Kisah diatas menunjukkan kasih sayang Allah, tetapi ada yang lebih baik daripada kisah diatas yaitu pasangan suami isteri yang selalu berhasil meredam pertengkaran mereka. Mungkin keluar rumah meninggalkan isteri/suami yang marah untuk sebentar kemudian kembali membawa buah tangan/peralatan baru kesukaannya akan membuatnya tersenyum, meminta maaf dan berfikir betapa baiknya suaminya/isterinya.

4. Pertengkaran itu lumrah rumah tangga. Dengan pertengkaranlah keharmonisan semakin terasa nikmat. Orang bijaksana akan menikmati pertengkaran dan masa-masa setelahnya dengan tetap mengendalikan suasana agar tidak sampai keluar dari sunnah Nabi saw. Karena pertengkaran itu seperti api: sedikitnya bermanfaat tetapi besar dan luasnya membinasakan.


ISLAM DAN TIDUR

April 19, 2008

ISLAM DAN TIDUR

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Aisyah bahawa Nabi telah bersabda:

“Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri.”

Hadis ini menampakkan tentang kaitan di antara mengantuk dan penurunan kualiti amal serta produktiviti seseorang. Kesan Mengantuk Ke Atas Ekonomi Dan Juga Produktiviti. Banyak kes-kes kemalangan dilapurkan berpunca dari mengantuk dan kurang tidur. Justeru itu kerana kepentingannya, Kerajaan Amerika telah menubuhkan sebuah yayasan yang bernama Yayasan Tidur Negara (National Sleep Foundation) untuk mengkaji tentang kesan tidur terhadap produktiviti kerana masalah ketiduran
(insomnia and sleeping problems) telah memberikan banyak kesan negatif kepada manusia dan ekonominya. Pada tahun 1995, Jabatan Pengangkutan Amerika telah melaporkan bahawa 100,000 kemalangan di jalan raya dan industri di Amerika adalah berkaitan dengan masalah tidur yang melibatkan kehilangan 1500 nyawa setahun.

(Dr. Stanley Coren; ‘Sleep Deprivation, Psychosis and Mental Efficiency,’ Psychiatric Times, March 1998)

Suruhanjaya khas untuk mengkaji tentang masalah ketiduran di Amerika telah melapurkan bahawa masalah ini telah menjejaskan produktiviti dan menyebabkan kerugian $100 – $150 billion setahun. (Dr. Stanley Coren; Ibid) Saintis-saintis dari Universiti Chicago telah mendapati bahawa kekurangan tidur akan menyebabkan gangguan kepada proses pengeluaran hormon, melemahkan kemampuan badan untuk memanfaatkan kabohidrat di dalam badan, dan mengujudkan keadaan yang seakan penyakit kencing manis.

(Rujukan: Tinker Ready (2000); ‘Naps: The Art of Snoozing’)

Seseorang yang tidur 3-4 jam kurang daripada kadar tidurnya yang biasa, akan mudah mengalami tekanan perasaan (stress) dan akan mudah dijangkiti kuman, disebabkan oleh sistem pertahanannya yang menjadi lemah. Penemuan ini telah dilapurkan di dalam majalah perubatan ‘Lancet’ pada pada bulan Oktober, 1999.

(Rujukan: Lancet: ‘Impact of Sleep on Metabolic & Endocrine Function)

Tidur Dan Kerehatan Yang Berpatutan Adalah Ibadah

Islam adalah satu agama yang seimbang. Ia mementingkan tidur dan kerihatan agar ibadah dan aktiviti akan dapat dilakukan dengan baik. Dalam sebuah hadis disebutkan tentang kisah Abu Darda’ yang, di antaranya, tidak mahu tidur malam kerana ingin melakukan ibadah. Salman, sahabatnya, telah menegurnya dengan berkata:

“Tuhanmu ada hak ke atasmu, badanmu ada hak ke atasmu dan isterimu ada hak ke atasmu. Berikan kepada semua ini haknya.” Ketika Nabi mendengar perkataan Salman, Baginda berkata: “Benarlah Salman.” (Bukhari)

Islam tidak hanya menyuruh seseorang itu tidur, malah menekankan bahawa ia adalah hak badan yang perlu ditunaikan. Dalam hadis yang lain diceritakan bahawa Baginda Nabi telah memasuki Masjid dan ternampak seutas tali yang merentangi dua tiang. Selepas bertanya, Baginda diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan Zainab agar dia dapat berpaut kepadanya ketika keletihan melakukan sembahyang. Nabipun terus mengeluarkan arahan:

“Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas, dan ketika sudah mengantuk hendaklah tidur.”

(Bukhari-Muslim)

Semua ini menunjukkan bahawa Islam amat mementingkan produktiviti yang berkualiti dalam setiap amalan. Ia juga menampakkan tentang perkaitan di antara produktiviti dan kualiti dengan tahap kecergasan diri seseorang. Tidur secara yang mansabah adalah merupakan salah satu cara untuk mengembalikan kecergasan diri.

Sunnah Tidur Tengahari Dan Penemuan Semasa

Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya. Di dalam kitab ‘Misykatul Masabih’ disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi: “Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya.”

Imam Al Ghazali di dalam kitab ‘Ihya Ulumuddin’ telah berkata: “Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat zohor.”

Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji.


Saat Ditalkinkan

April 11, 2008

Hari berganti hari.Keadaanku semakin tenat.Tubuhku terkaku seperti mayat di
atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak
tahu mengapa aku di tempatkan di sini.Sebelum tu, yang aku ingat aku
sedang memandu kereta ayah,lalu bertembung dengan lori balak.Tapi selepas
itu aku tidak ingat apa-apa.Pandanganku kabur.Tidak dapat ku pastikan
siapa orang-orang yang berada di sekelilingku. Aku terasa dada ku teramat
berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi. Derita
sungguh nafasku sesak. Tiba-tiba tanganku di pegang kuat.

“Mengucap sayang mengucap…. .Asyhaduallailah aillallah. ……..” ucapan
itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan. Itu suara ibu
manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil,manusia yang pernah
menyuapkan nasi ke dalam mulutku,manusia yang pernah memberi susunya serta
yang pernah merotanku kerana degil.

“Bagaimana dengan keadaannya doktor?”Aku amati suara itu.Pasti itu
suara abang.Mungkin abang baru sampai. “Tenat”,jawab doktor dengan ringkas.
“Itu ‘kata doktor bang,jangan berserah kepada takdir
sahaja.. Kita perlu usaha”.

Sudah seminggu aku terlantar di wad ini,kenapa baru sekarang abang
menjengah? datang lah ke sini,aku ingin berbicara denganmu..
datanglah… ..
Tapi mataku……. ..semakin gelap.Adakah aku sudah buta? Tidak!!!!Aku
tidak mahu buta.Aku masih ingin melihat dunia ini.

“Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan Allah.”Abangkah yang bersuara
itu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kau lafazkan,
abang.Tolonglah adikmu ini.Tolong bukakan mataku.

“Tekanan darahnya amat rendah”. sayup sayap kedengaran suara
doktor.Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak. Ibu,kau hanya
mampu menangis saja.dan bila tiba saatnya,kita akan berpisah.
Tapi,ibu…. .aku tidak mahu berpisah denganmu.Tolonglah ibu,selamatkan lah
daku.

“Yassin….. .”..bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku.Aku tahu
itu suara abang.Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu???
Apakah aku sudah menghampiri maut???????Aku takut!!!!!!!
Sedetik lagi sakaratul maut datang.Sedetik lagi izrail datang. Sedetik
lagi malaikat maut dtang.Aku di ambang sakaratul maut…… Aku semakin
tegang dan semakin sendat nafas di dada.Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa
lagi.Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku. Tapi yang pastinya
sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut. “Tolong ibu tolonglah aku,
aku takut”.Tapi rintihan ku tidak di pedulikan.Apa mereka semua sudah pekak?

Aku di lambung resah,gelisah dan penuh kesah.Keluhan dan rintihan.
“Panas,dahaga, haus,panas. …….”. tapi tiada siapa pun yang peduli.
Nenekku datang,”Nenek. ……… ..”.
“Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air??Ini gelas penuh air madu,kalau
cucu mahu masuk syurga,minum air ini”.
“Ibu……”. Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya.
” Ini ibumu.Air susu ini membesarkanmu, nak.Buangkan islam, matilah
dalam agama yahudi…..” .
Ayah…….kau datang ayah…….” .
“Matilah dalam agama yahudi anakku.matilah dalam agama nasrani
tulah agama yang membantu kau masuk ke syurga”.
“Nenek….ibu. ….ayah. …..suara kau kah tadi??Kenapa kau
berubahlaku? ?Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku??
“Mengucap sayang, mengucap.Asyhaduall ailahaillallah. .. . . ..”.
Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku.Itu suara ibu.Tapi lidahku
sudah menjadi kelu..

Manusia-manusia berjubah hitam datang.”Mari ikut kami”.
manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung
hijau,katanya “Mari ikut kami”..cahaya putih datang.datang kilatan
hitam. Datang sinaran kuning.Cahaya merah datang

“Apa ini,apa ini?.Akulah sakaratul maut…….. !!!!!!”.
Kedinginan menjalar,merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut
dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk.dan kemudian datanglah malaikat
maut di hujung kepalaku.
“Hai jiwa yang keji,keluarlah dari kemurkaan Allah……. “..
Aku tersentak.Roh ku berselerak di dalam tubuhku.Lalu,
innalillahiwainnail aihirajiuun. …
Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan
menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya.

Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku,seperti bau sampah yang amat busuk.
“Apa yang busuk ni?Tak adakah orang yang mengangkat sampah
hari ini?Ah,busuknya, hanyirnya, hancingnya. ……”.
“Assalamualaikum. …..”.
“Siapa yang memberi salam itu?”.
“Aku”.
“Kau siapa wahai pemuda???”.
Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku.Aku tidak pernah melihat
orang yang sehodoh,sekotor, dan sebusuknya di dunia ini.rambutnya yang
tidak terurus,baju yang di pakai berlumut hijau,kuning, coklat dan
entah apa-apa warna lagi,dari lubang hidung,telinganya dan mulutnya
terdapat nanah dan darah pekat keluar.Tanpa di pedulikannya. …..
jijik,loya,aku rasa…….. teramat loya melihatnya.
“Kau tak kenal aku?”.
“Tidak,jawabku tegas.Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik
ini”.
“Aku sahabatmu,kau yang membuat aku hari-hari”.
“Bohong!”.Aku menjerit sekuat hati.Biar semua penghuni wad ini
mendengarnya. .
“Aku tak kenal engkau!Lebih baik kau pergi dari sini”..
“Akulah amalanmu yang keji…….. ..”.
Aku terdiam.Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi.Ya ! aku teringat
kini,semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu.Segala dosa
dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan di jelmakan dalam
sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam
barzakh nanti.

Oh!Tuhan,aku banyak dosa.Aku memang lalai,cuai dan lupa dengan segala nikmat
yang telah kau kurniakan.Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana
Allah.Pergaulanku bebas,tak kenal muhrim ataupun tidak.tapi itu semua telah
berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat.Apa yang aku harus
lakukan!!!!!

Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku.Aku melihat
kaklong dan kak ngah menangis.Aku juga lihat mata abah bengkak.
Tiba-tiba badanku di sirami air.Air apa ini?????

“Tolong….sejuk! !!!Kenapa air ini berbau air kapur barus.Tolong
jangan tekan perutku dengan kuat,sakit!! !!Kenapa ramai orang melihat
aku???Aku malu……malu. …..malu. …..!!!! !!”.
Aku di usung ke suatu ruang.Aku lihat kain putih dibentangkan. Lalu
diletakkannya aku di atas kain putih itu.kapas di bubuh di celah-celah
badanku.Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu..

“Nanti,tunggu! !jangan bungkus aku.Kenapa kalian semua buat aku
macam ini?Tolong rimas…..panas. …….”.
Kemudian aku di letakkan di suatu sudut.Beberapa orang termasuk tok
imam menyembahyangkanku. Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang
pertama.Tapi kenapa aku di sembahyangkan? Bukan kah aku boleh sembahyang
sendiri?

Aku teringat kata-kata ustazku dahulu.
“Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan” .Dan kini baru aku sedar
aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat
takbir,ruku’ ,sujud dan tahiyyat.

Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di dalam kotak kayu. Kotak
apa ini?”Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah dan
abang.Aku diusung setapak demi setapak”.

“Al-Fatihah! “Keengaran suara tok imam.Kelihatan ibu,kak long,kak ngah
dan lain-lain mengekori di belakang.tapi kemana dia bawanya aku?”.
Nun jauh di sana ,kelihatan tanah perkuburan kampungku.
“Ke situkah aku dibawanya?Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!” .
Setibanya di tanah perkuburan,kelihata n satu liang yang besaiz dengan
jasadku.Beberapa tangan memegangku,dan aku di turunkan ke dalam
liang itu.
“Perlahan-lahan” ,aku terdengar suara tok imam memberitahu. “Tolong
keluarkan aku dari sini!Aku seram!!!”.Kini aku berada di dalam liang sedalam
enam kaki..Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku.
“Tanah apa ini?”.
“Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah”.
“Innalillahiwa innailaihi rajiuuun…. …Dari Allah kita datang,dan kepada
Allah jualah kita kembali”.
Kedengaran bacaan talkin dari tok imam.”Sesungguhnya mati itu benar
alam barzakh itu benar,siratul mustaqim itu benar,syurga dan neraka itu jua
benar……. .”.Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca
talkin,tetapi makin lama makin hilang.Pandanganku makin lama,makin kabur dan
terus tidak kelihatan.Tubuhku terasa telah di timbusi sedikit demi sdikit
pasir dan tanah yang di lemparkan ke atasku.Terasa semakin gelap
dan……aku kini keseorangan. .

“Nanti!Nanti! Tolong!Tolong ayah,ibu!Jangan tinggalkan aku seorang.Aku
takut!!!Gelap! !!Panas!! !Tolong
!!!!

THIS IS A GOOD STORY BUT THE AUTHOR LEFT OUT ONE MOST IMPORTANT THING IN
DEATH…..

“SAKITNYA SAKRATUL MAUT ITU ADALAH UMPAMA SERIBU PEDANG YANG AMAT TAJAM
MENGHIRIS DAGING DAN TULANG SERENTAK…DAN SAKITNYA HINGGA KE AKHIRAT.”
Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu
manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu
tetap hidup dalam kenangan.Andainya hadirnya cinta sekadar untuk
mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.Kecewa bercinta bukan
bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa
lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. ..
Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa…


Bagaimana mendidik Hati

April 11, 2008

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang.
Assalamu’alaikumwarahmatullahiwabarakatuh…

Pertama sekali hendaklah kita mengikhlaskan diri dalam mencari ilmu Allah..
Buangkan jauh-jauh sikap syakwasangka dan sombong dalam diri..

sekarang kita mulakan…

Manusia diberi akal untuk berfikir..hati untuk merasai..
Marah tanpa sebab yang benar disisi syara’ adalah disebabkan bisikan syaitan pada hati manusia. Nabi s.a.w sendiri pernah marah kerana ada manusia yang melanggar hukum Allah secara terang-terangan. Itulah marah yang betul dan tepat.

Kita diajar untuk percaya pada ketentuan Allah. Sebenarnya semua kesusahan dan kerosakan di muka bumi ini disebabkan kita tidak mahu berfikir tentang keWUJUDan dan keBESARan ALLAH.

Apa buktinya?

Buktinya kita perlu tanyakan pada diri kita sendiri.
Seandainya kita benar-benar merasai Allah itu WUJUD dan MELIHAT dan MENDENGAR nescaya kita tidak akan sudi untuk melakukan laranganNYA dan sentiasa senang melakukan suruhanNYA.

[2.4] Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab “Al-Quran” yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, dan mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).

[2.5] Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berbahagia (beruntung).

Semuanya bermula dengan iman iaitu yakin dan percaya akan KEESAAN ALLAH.
Cabarlah diri kita…apabila kita baca ayat-ayat ALLAH dan menghayati maknanya nescaya kita akan merasai suatu perasaan yang membenarkan ayat-ayat itu. Bacakanlah ayat-ayat ALLAH itu pada sesiapapun samada islam atau bukan islam. Jauh dalam diri mereka akan membenarkan ayat-ayat Allah.

Disinilah masalah yang perlu diambil PERHATIAN sebenarnya…

Tahukan anda mengapa setiap manusia itu akan terdetik dalam hati mereka rasa untuk membenarkan ayat-ayat ALLAH? Inilah tanda-tanda kekuasaan ALLAH Maha Pencipta. Allah tidak menzalimi makhluknya dengan membiarkan mereka terbiar tanpa ‘bekal’ untuk mengenaliNYA.

Dalam diri setiap manusia itu ALLAH ‘bekal’kan dengan ROH dan hakikat sebenarnya, ROH itu berasal dari ALLAH. Oleh sebab itulah setiap manusia yang di bacakan pada mereka ayat-ayat ALLAH akan merasakan kebenarannya…semua perasaan itu berpunca daripada ROH. Masya’Allah…

“Dan ketika Tuhanmu berkata kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku menjadikan manusia dari tanah liat yang kering, dari lumpur hitam sampai berbentuk. Dan setelah ia sempurna Ku buat dan Aku tiupkan di dalam tubuhnya akan roh Ku, maka hendaklah kamu semua tunduk merendahkan diri padanya. ”
(AI-Hijr:28-29)

Bagaimana menghidupkan ROH?

ROH itu sebenarnya merintih dan tersiksa dengan dosa dan amalan buruk seseorang.
Seorang ahli maksiat itu, ROH mereka merintih kerana tidak dapat dekat dengan PENCIPTANYA. ROH itu hanya dapat di ubati dengan membacakan ayat-ayat ALLAH kepadanya.

Mengapa membaca ayat-ayat ALLAH tidak mampu membuat hati merasai keWUJUDan ALLAH?

Hakikatnya ROH itu mendengar dan menyintai PENCIPTANYA tetapi ia tidak akan mampu keluar menemui TUHANNYA kerana di halangi oleh PENYAKIT HATI iaitu penyakit SOMBONG dan SYAK pada KEBENARAN. Apabila hati ada penyakit sombong ia akan menolak untuk membenarkan apa sahaja kebenaran yang di isyaratkan oleh AKAL. Malah hati itulah tempat bersarangnya syaitan laknatullah yang sentiasa membisikkan pembohongan dan kejahatan bertujuan untuk terus melalaikan manusia dari merasai kehendak ROH.

Jadi, Apa penyelesaiannya?

[2.10] Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).

Penyelesaiannya ialah buangkan sikap SYAK DAN SOMBONG supaya kebenaran ayat-ayat ALLAH itu mampu meresap ke dalam HATI.Seterusnya hati akan bersetuju dengan kehendak ROH iaitu membenarkan, merasai dan menikmati keWUJUDAN ALLAH S.W.T.
AWASILAH bisikan syaitan yang sentiasa menghasut hati. Gunakanlah anugerah AKAL yang ada pada semua manusia untuk berfikir dan mendidik HATI supaya membenarkan kehendak ROH untuk kembali pada PENCIPTANYA.

Tanda-tanda orang beriman..

Iman itu adalah percaya pada ALLAH. Dengan percaya kita akan mampu untuk merasai KEWUJUDAN ALLAH. Tanda-tandanya hanya dapat di rasai oleh orang-orang yang berusaha berfikir dan mencari KEBENARAN.

KESIMPULANNYA.

Ceritalah apa jua masalahpun…PEMARAH, MALAS SOLAT, MULUT CELUPAR, HASAD DENGKI, TAKBUR, SOMBONG, MASALAH DUIT, MASALAH FAMILY DAN APA JUA MASALAHPUN…apabila kita merasai KEWUJUDAN ALLAH yang sentiasa MENDENGAR dan MELIHAT, nescaya tiada apa masalah yang tidak dapat diselesaikan. Tidak perlu lagi memaksa diri untuk melakukan amar makruf nahi mungkar kerana HATI, ROH dan AKAL telah merasai kebahagiaan dan kemanisan hidup bersama PERTOLONGAN ALLAH S.W.T.

Ketahuilah bahawa sikap buruk selama ini adalah kerana penyakit dalam hati sendiri. Yakinlah bahawa AKAL dan ROH manusia itu takkan mampu ‘menafikan’ KATA-KATA TUHAN. Sungguh kita boleh merasai dengan sebenar-benarnya KUASA dan KEBESARAN TUHAN. Gunakanlah AKAL untuk BERFIKIR mencari TUHAN dengan mendidik HATI agar setuju dengan kehendak RUH.

Apabila anda telah mampu merasai ‘dekat’ nya TUHAN…

Itulah Iman yang SEBENAR-BENARNYA…

Mulakanlah dengan diri sendiri..kemudian keluarga dan ketahuilah sesungguhnya ALLAH dan orang-orang yang beriman itu tidak dapat dibohongi oleh mereka yang pura-pura beriman.

Akhirnya marilah kita baca dan hayati makna Ayat-Ayat ini :

[2.8] Dan di antara manusia ada yang berkata: “Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat”; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.

[2.9] Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.

[2.10] Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).

SUBHANALLAH…ALHAMDULILLAH..ALLAHUAKBAR…

WASSALAMU’ALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH…..