Hisab amalan sendiri persiapan ke alam akhirat

Mac 27, 2008
Hisab amalan sendiri persiapan ke alam akhirat

UMAT Islam wajib yakin dan percaya kepada wujudnya hari akhirat, salah satu daripada rukun iman. Akan gugur iman seseorang yang enggan mengaku dan mempercayai kewujudan rukun iman yang ditetapkan Allah.

Pada hari akhirat kelak, semua manusia yang menghuni alam ini akan dibangkitkan kembali untuk dibawa ke muka pengadilan Allah di mana kita akan dihisab. Segala gerak kerja kita semasa di dunia dihitung satu persatu dengan seadil-adilnya oleh Allah.

Selepas itu barulah hukuman dijatuhkan sama ada kita akan ditempatkan di syurga atau di neraka. Berbahagialah mereka yang menjadi penghuni syurga dan menderitalah mereka yang di tempatkan di neraka.

Menyedari hakikat bahawa segala gerak kerja dan tindak tanduk semasa di dunia ini menjadi perkiraan Allah dalam menentukan hidup di akhirat kelak, maka rugilah jika kita membiarkan peluang yang terbuka melakukan kerja ditegah Allah dan meninggalkan yang disuruh-Nya.

Sesungguhnya hidup manusia di dunia ini tidak akan kekal buat selama-lamanya. Saban hari kita berdepan dengan kematian baik bayi yang masih dalam kandungan, kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga tua.

Bertitik tolak daripada kesedaran bahawa hidup di dunia tidak akan kekal, timbul persoalan bilakah ajal akan menjengah dan pastinya tiada jawapan untuk soalan itu kerana mati adalah rahsia Allah.

Oleh kerana mati menjadi rahsia Allah, maka manusia perlu sentiasa bersedia.

Bagaimanapun, itu tidak bermakna manusia perlu melupakan kehidupan dunia kerana Islam tidak mencegah umatnya menikmati kehidupan di dunia dengan segala nikmat dikurniakan Allah tetapi hendaklah jangan lupa mengejar akhirat.

Allah berfirman yang bermaksud: “Maka apabila telah selesai mengerjakan sembahyang (Jumaat) maka hendaklah’ kamu bertebaran di muka bumi dan carilah kurnia (rezeki) Allah dan ingatlah akan Allah banyak-banyak, mudah-mudahan kamu beroleh kemenangan.”

Perkara pokok yang menjadi bekalan untuk hidup di akhirat ialah amalan seperti solat, berpuasa, menunaikan zakat, mengerjakan haji dan amalan lain yang boleh mendekatkan manusia kepada Allah untuk mendapatkan keredaan-Nya.

Jelaslah bekalan untuk hidup di akhirat hendaklah disediakan di dunia lagi kerana di akhirat nanti kita tidak perlu bekerja lagi untuk meneruskan hidup.

Namun, apabila meneliti perlakuan dan corak hidup setengah manusia yang menghuni alam ini, kita dapati ada yang bertindak seolah-olah mereka tidak akan mati dan kekal hidup buat selam-lamanya.

Ada antara mereka yang bebas melakukan apa saja mengikut kata hati. Mereka tidak menghiraukan sama ada sesuatu yang mereka lakukan itu halal atau haram, baik atau buruk. Hidup mereka mengikut tuntutan nafsu.

Soal dosa dan pahala, syurga dan neraka, pembalasan di hari akhirat seakan tiada dalam kamus hidup mereka menyebabkan mereka sewenang-wenangnya meninggalkan ajaran Islam.

Keadaan ini menjadi lebih buruk lagi apabila mereka didedahkan dengan corak hidup serba moden dewasa ini. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan menyebabkan berlakunya gejala negatif yang berleluasa hari ini.

Jika direnung dan dibuat satu analisis terperinci mengenai purata masa yang kita sumbangkan untuk kerja akhirat berbanding kerja keduniaan, maka kita dapati satu kenyataan menyedihkan kerana apa yang kita kerjakan tidak sepadan untuk menjadikan akhirat tempat untuk hidup buat selam-lamanya.

Setiap orang memerlukan purata enam jam sehari untuk tidur dan menggunakan paling kurang lapan jam bekerja untuk mencari nafkah. Untuk makan, mandi, masa ke tempat kerja, membaca dan berhibur paling kurang kita menggunakan empat jam sehari.

Keseluruhan itu, sudah lupus 18 jam masa digunakan untuk kerja keduniaan. Baki enam jam lagi itu pula tidak semuanya digunakan untuk beramal dan beribadah. Oleh itu, dapatlah dikatakan bahawa paling banyak kita hanya menggunakan empat jam saja untuk mendampingi Allah setiap hari.

Justeru, dalam tempoh 50 tahun itu hanya kira-kira sembilan tahun diluangkan untuk kerja akhirat. Bagaimana kita yakin tempoh itu mencukupi untuk melakukan segala persediaan bagi menghadapi kehidupan di akhirat nanti.

Oleh itu, berwaspadalah dalam menempuh liku-liku hidup seharian. Hisablah diri kita sebelum kita melalui proses perhitungan di depan Allah kerana dengan berbuat demikian, kita akan sentiasa ingat tujuan manusia di jadikan dan ke mana penghujung kehidupannya.


Kau istimewa

Mac 26, 2008

Tiada puisi atau lagu

Tiada potret tiada ragu

Yang dapat ku ilham seindahmu

Nyata kau satu dalam berjuta

Wahai jelita kau istimewa

Walau ku kembara sedunia

Walau ketemu ramai wanita

Nyata kau tiada tandingannya

Seikhlas hati aku menyinta

Kau istimewa, teristimewa

Namun siapalah aku

Terpaksalah aku menyendiri

Walau itu jalan yang memeritkan.


Aku Mencari 5 orang

Mac 21, 2008

Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama ‘Huraisy’ berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. Malaikat Jibril bertanya : ‘Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?’ Huraisy pun menjawab, ‘Aku mahu mencari lima orang.’ ‘Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat. Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka minum arak.’ ..sampaikan pesanan ini biarpn 1 ayat.. Wallahualam….


ORANG MUKMIN : HIDUP DENGAN PENUH CUBAAN

Mac 21, 2008

ORANG MUKMIN : HIDUP DENGAN PENUH CUBAAN

Terdapat riwayat yang shahih bahawa Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda;

ertinya :

” Sesungguhnya seorang mukmin tercipta dalam keadaan Mufattan ( penuh cubaan ),

Tawwab ( senang bertaubat ), dan Nassaa’ ( suka lupa ), ( tetapi ) apabila diingatkan ia

segera ingat. ”

Silsilah Hadith Shahih No. 2276

Hadith ini merupakan hadith yang menjelaskan sifat-sifat orang mukmin, sifat-sifat yang

senantiasa melekat dan menyatu dengan diri mereka, tiada pernah lepas hingga seolah-olah

pakaian yang selalu menempel pada tubuh mereka dan tidak pernah terpisah dari mereka.

Mufattan

Ertinya : Orang yang diuji ( diberi cubaan ) dan banyak ditimpa fitnah.

Maksudnya : ( orang mukmin ) adalah orang yang waktu demi waktu selalu diuji oleh Allah

dengan bala ( bencana dan dosa-dosa ).

Faid-Qadir 5/491

Dalam perkara ini, fitnah ( cubaan ) itu akan meningkatkan keimanannya, memperkuat

keyakinannya dan akan mendorong semangatnya untuk terus menerus berhubungan dengan

Allah Subhanahu Wa Taala, sebab dengan kelemahan dirinya, ia menjadi tahu betapa

Maha Kuat dan Maha Perkasanya Allah, Rabbnya.

Menurut sebuah riwayat dalam shahih Bukhari dan shahih Muslim, sesungguhnya Nabi

Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda; ertinya :

” Perumpamaan orang mukmin ibarat sebatang pokok yang lentur diombang-ambing angin,

kadang hembusan angin merobohkannya, dan kadang-kadang meluruskannya kembali.

Demikianlah keadaannya sampai ajalnya datang. Sedangkan perumpamaan seorang

munafik, ibarat sebatang pokok yang kaku, tidak bergerak oleh terpaan apapun hingga

( ketika ) tumbang, tumbangnya sekaligus. ”

HR Bukhari & Muslim

Ya, demikianlah sifat seorang mukmin dengan keimanannya yang benar, dengan tauhidnya

yang bersih dan dengan sikap iltizam ( commitment ) nya yang sungguh-sungguh.

Tawaab Nasiyy

Ertinya : Orang yang bertaubat kemudian lupa, kemudian ingat, kemudian bertaubat.

Faid-Al Qadir 5/491.

Seorang mukmin dengan taubatnya, bererti telah mewujudkan makna salah satu sifat Allah

Subhanahu Wa Taala, iaitu sifat yang terkandung dalam namaNya :

Al-Ghaffar ( Zat yang Maha Pengampun ). Allah Subhanahu Wa Taala berfirman; ertinya :

” Dan sesungguhnya Aku yang amat memberi ampun kepada orang-orang yang bertaubat

serta beriman dan beramal soleh, kemudian dia tetap teguh menurut petunjuk yang

diberikan kepadanya. ”

Q.S Taha : 82

Apabila Diingatkan, Ia Segera Ingat.

Ertinya : Bila diingatkan tentang ketaatan, ia segera bergegas melompat kepadanya, bila

diingatkan tentang kemaksiatan, ia segera bertaubat daripadanya, bila diingatkan tentang

kebenaran, ia segera melaksanakannya, dan bila diingatkan tentang kesalahan ia segera

menjauhi dan meninggalkannya. Ia tidak sombong, tidak besar kepala, tidak bongkak dan

tidak tinggi hati, tetapi ia rendah hati kepada saudara-saudaranya, lemah lembut kepada

sahabat-sahabatnya dan ramah tamah kepada teman-temannya, sebab ia tahu inilah jalan

Ahlul Haq ( pengikut kebenaran ) dan jalannya kaum mukminin yang sholihin.

Terhadap dirinya sendiri ia berbatin jujur serta berpenampilan luhur, sedangkan terhadap

orang lain ia berperasaan lembut dan berakhlak mulia, bersuri tauladan kepada insan

tauladan paling sempurna iaitu Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam, yang telah diberi

wasiat oleh Rabbnya dengan firmanNya yang ertinya :

” Maka dengan sebab rahmat ( yang melimpah-limpah ) dari Allah ( kepadamu wahai

Muhammad ), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka ( sahabat-sahabat dan

pengikutmu ), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari

dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka ( mengenai kesalahan yang mereka lakukan

terhadapmu ) dan pohonkanlah ampun bagi mereka dan juga bermesyuaratlah dengan

mereka dalam urusan ( peperangan dan hal-hal keduniaan ) itu. Kemudian apabila engkau

telah berazam ( sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu ) maka bertawakallah

kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. ”

Q.S Aali Imran : 159

Inilah sifat seorang mukmin. Ini pula jalan hidup serta manhaj perilakunya.

Wallahua’lam Bisshawab

Sujud aku di kakiMu
Bersimpuh dalam lautan doa
Laa ilaaha illallaah
Memuja namaMu
Pada zikir-zikir tanpa batas


20 Petua Murah Rezeki

Mac 21, 2008

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan
keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan
konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat
setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang
boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-
Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan
membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya
maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup
kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari
Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan
Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada
hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.
Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan
menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan
memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad,
Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas
r.a.)

3.Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan
saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi
s.a.w.:
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa
yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4.Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang.
Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan
mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati
menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar
siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah
berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.
Baginda s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan
Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani,
al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki,
berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya
nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim
dan ad-Dailami)

6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan
dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin,
juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana
orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7.Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam
bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan
hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8.Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita
tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan,
kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan
terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9.Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan
rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain.
Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati,
melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10.Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian
sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11.Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya
maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12.Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman
mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh
Allah . Baginda s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah
akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-
Walid)

13.Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu
rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang
Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba
sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada
orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang
menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-
Daruquthni dari Anas r.a.)

14.Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh
rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang
dan doanya dimakbulkan Allah

15.Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan
urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri.
Firman Allah dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat
rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan
Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan
Thabrani)

16.Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah .
Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-
Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya
azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan
memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan,
menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk
keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama,
diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika
dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat,
dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan
murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat
menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu;
misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi
doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah
pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.” Ada juga hadis
menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia
tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18.Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh
bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam
al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan
perkenankan.

19.Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis
sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang
dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah
beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi
Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang
boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya,
hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik
dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya
pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang
baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya
yang haram, dan sebagainya.

20.Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan
Allah . Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan
(keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar
tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia
pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-
Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab
r.a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa
kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari
segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan
yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)
Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata
yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-
amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah
limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan
pemberian-Nya.


Kepentingan hari Jumaat

Mac 21, 2008

1. hari jumaat ialah penghulu segala hari
2. Nabi Adam a.s. dijadikan pada hari jumaat
3. Nabi Adam a.s. dimasukkan ke syurga pada hari jumaat
4. Nabi Adam a.s. dikeluarkan dari syurga pada hari jumaat
5. hari kiamat insyallah terjadi pada hari jumaat
6. doa ketika khatib duduk diantara dua kutbah hari jumaat
mudah dikabulkan oleh Allah
7. pada hari jumaat ada satu saat dimana doa seorang hamba
dikabulkan oleh Allah Taala.

Rasulullah s.a.w. bersabda
sesungguhnya pada hari jumaat ada satu saat,
kalau kebetulan ada seorang muslim
meminta sesuatu kepada Allah Azza Wajalla
pada masa itu,
nescaya akan diberikanNya.
(PETIKAN DARI BUKU SOLAT RASULULLAH)

p/s: Moga doa saya hari ini dimakbulkan amin..


Isteri Nabi yang paling banyak sedekahnya

Mac 21, 2008

Isteri Nabi yang paling banyak sedekahnya

Zainab binti Jahsy adalah putri dari bibi Rasulullah yang bernama
Umaymah binti Abdul Muthalib bin Hasyim. Zainab adalah seorang wanita
yang cantik jelita dari kaum bangsawan yang terhormat. Dipandang dari
ayahnya, Zainab adalah keturunan suku Faras yang berdarah bangsawan
tinggi.
Ia dinikahkan Rasulullah dengan anak angkat kesayangannya Zaid bin
Haritsah. Tetapi pernikahan itu tidak berlangsung lama, mereka
akhirnya bercerai. Kemudian Allah memerintahkan Nabi Muhammad S.A.W
untuk menikahi Zainab. “Maka tatkala Zaid telah mengakhiri keperluan
terhadap isterinya ( menceraikannya ). Kami kawinkan kamu dengan dia
supaya tidak Ada keberatan bagi orang mu`min untuk ( mengahwini )
isteri-isteri anak-anak angkat mereka, apabila anak-anak angkat itu
telah menyelesaikan keperluannya daripada isterinya. Dan adapun
ketetapan Allah itu pasti terjadi.” (Q.S.33:37 )

Bukhori meriwayatkan dari Anas, Zainab sering berkata, “Aku berbeza
dari isteri-isteri Rasulullah S.A.W yang lainnya. Mereka dikahwinkan
oleh ayahnya, atau saudaranya, atau keluarganya, tetapi aku
dikahwinkan Allah dari langit.”
Zainab adalah seorang wanita berhati lembut Dan penuh kasih sayang,
suka menolong fakir miskin Dan kaum lemah. Dia senang sekali memberi
sedekah, terutama kepada anak yatim.

Rasulullah pernah bersabda kepada isterinya, “Yang paling dahulu
menyusulku kelak adalah yang paling murah tangannya.” Maka
berlumba-lumbalah isteri beliau memberikan sedekah kepada fakir
miskin. Namun tak Ada yang bisa mengalahkan Zainab dalam memberikan
sedekah. Dari Aisyah r.a berkata, “Zainab binti Jahsy adalah seorang
dari isteri-isteri Nabi yang aku muliakan. Allah S.W.T menjaganya
dengan ketaqwaan Dan saya belum pernah melihat wanita yang lebih baik
Dan lebih banyak sedekahnya Dan selalu menyambung silaturahim Dan
selalu mendekatkan dirinya kepada Allah selain Zainab.”

Mengapa?, apakah kerana Rasulullah memberikan belanja yang lebih
terhadap Zainab ? Tidak, Rasulullah S.A.W tidak pernah berbuat seperti
itu. Lalu dari manakah Zainab mendapatkan Wang untuk sedekah ? Ia
memiliki berbagai macam keahlian. Ia bisa menyamak kulit, memintal
serta menenun kain sutra, hasilnya dijual Dan disedekahkan. Hal itulah
yang menyebabkan wanita cantik isteri Rasulullah ini bersedekah lebih
banyak dari yang lainnya.
Setelah Rasulullah wafat, Zainab memperbanyak usahanya, agar bisa
melipat gandakan uang yang diterimanya. Ketika IA mendapat bagian
harta dari Baitul Mal dimasa khalifah Umar r.a dia berdoa, “Ya Allah
janganlah harta ini penyebab fitnah.” Segera IA bagikan harta itu
kepada yatim piatu Dan fakir miskin. Mendengar itu Umar r.a mengirim
lagi, tetapi Zainab membagi – bagikannya lagi kepada yatim piatu Dan
fakir miskin. Wanita pemurah itu wafat pada tahun 44H pada masa
Khalifah Muawiyah. Wallahu a`lam.

( Disarikan dari Shifatush Shofwah, Ibnu Jauzi Dan Qishhshu An-Nisa If
Al Qur`an Al-Karim, Jabir Asyyaal )

Oleh :
Al-Islam – Pusat Informasi Dan Komunikasi Islam Indonesia


Penyakit Rohani

Mac 21, 2008

Penyakit Rohani

 Sebuah hadis yang menjadi pesanan Rasulullah s.a.w kepada Saidina Ali r.a: “Wahai Ali, setiap sesuatu pasti ada penyakitnya: Penyakit bicara adalah bohong, penyakit ilmu adalah lupa, penyakit ibadah adalah riak, penyakit akhlak mulia adalah kagum kepada diri sendiri, penyakit berani adalah menyerang, penyakit dermawan adalah mengungkap pemberian, penyakit tampan adalah sombong, penyakit bangsawan adalah membanggakan diri, penyakit malu adalah lemah, penyakit mulia adalah menyombongkan diri, penyakit kaya adalah kikir, penyakit royal adalah hidup mewah dan penyakit agama adalah nafsu yang diperturutkan…” Ketika berwasiat kepada Ali bin Abi Thalib r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Wahai Ali, orang yang riak itu mempunyai tiga ciri iaitu: 1. Rajin beribadat ketika dilihat orang. 2. Malas ketika sendirian. 3. Ingin mendapat pujian dalam segala perkara. Wahai Ali, jika engkau dipuji orang, maka berdoalah: “Ya Allah, jadikanlah diriku lebih baik daripada yang dikatakannya, ampunilah dosa-dosaku yang tersembunyi darinya dan janganlah kata-katanya mengakibatkan seksaan bagiku…” Ketika ditanya bagaimana cara mengubati hati yang sedang resah dan gundah gulana, Ibnu Mas’ud r.a berkata: “Dengarkanlah bacaan al-Quran atau datanglah ke majlis zikir atau pergilah ke tempat yang sunyi untuk berkhalwat dengan Allah s.w.t. Jika belum terubat juga, maka mintalah kepada Allah s.w.t hati yang lain kerana sesungguhnya hati yang kamu pakai bukan lagi hatimu….”


Usah lihat rupa, harta

Mac 20, 2008

Usah lihat rupa, harta

MELESTARIKAN cinta antara pasangan memang mudah jika tahu caranya. Cinta antara pasangan, ada yang sehaluan bahkan tidak kurang yang mengundang banyak masalah dalam perhubungan.

MELESTARIKAN cinta antara pasangan memang mudah jika tahu caranya. Cinta antara pasangan, ada yang sehaluan bahkan tidak kurang yang mengundang banyak masalah dalam perhubungan.

Ukuran cinta seseorang wanita bukan bersandarkan pada rupa atau harta semata-mata. Ketulusan, pandai berkomunikasi, prihatin dan sikap mengambil berat lelaki mampu mencair hati golongan hawa.

Namun, adakah semua lelaki memahami naluri halus wanita? Kebanyakan lelaki sukar menelah kehendak dan keinginan yang tersirat di hati jika lelaki tidak belajar mengenal nilai, sikap, kehendak naluri dan psikologi wanita itu sendiri.

Ada kalanya wanita menangis sendirian kerana teringatkan lelaki yang disayangi, tetapi lelaki bagaikan tidak peduli bahkan jarang menghargai kasih sayang yang dicurahkan.

Fahamilah kehendak dan perasaan serta pemikiran wanita sebelum anda menilai diri wanita itu sendiri. Luhurnya sesebuah cinta bukan hanya disandarkan pada rupa namun pemahaman, penghargaan lelaki terhadap perasaan wanita, kasih sayang serta kesetiaan lebih bernilai daripada segalanya.

– Apabila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi tidak menitiskan air mata, itu bermakna dia sedang menangis dalam hatinya.

– Apabila dia tidak menghiraukan anda selepas anda menyakiti hatinya, lebih baik berikan masa untuknya menenangkan hati sebelum anda meminta maaf.

– Wanita sukar mencari benda yang dia benci mengenai orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati apabila hubungan itu putus di tengah jalan).

– Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

– Apabila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke matanya, dia akan cair seperti coklat!

– Wanita memang sukakan pujian tetapi lazimnya tidak tahu macam mana hendak menerima pujian.

– Jika anda tidak suka dengan gadis yang sukakan anda separuh mati, tolak cintanya dengan lembut. Apabila wanita sudah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

– Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri daripada anda selepas ditolak cintanya, biarkannya untuk seketika. Sekiranya anda masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

– Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan cara termudah mereka meluahkan perasaan.

– Jangan sesekali memberitahu perempuan yang mereka langsung tidak berguna.

– Bersikap terlalu serius boleh mematikan selera wanita.

– Apabila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan tindak balas positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat. Tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kegembiraan dan tidak sampai 10 minit, semua rakannya akan tahu berita berkenaan.

– Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

– Jika anda menyukai seorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenali diri anda dengan lebih mendalam.

– Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali diajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tidak berminat. Tetapi jika pada masa sama, dia menghubungi anda atau menunggu panggilan daripada anda, teruskan usaha memikatnya.

– Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dirinya sendiri.

– Selepas seorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya, mengapa tidak bertemu dengan lelaki itu lebih awal.

– Kalau kamu masih tercari-cari cara paling romantik untuk memikat si gadis, rajinkan tangan menyelak buku cinta.

– Apabila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya kemudian barulah dirinya sendiri.

– Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya.

– Satu ucapan ‘hai’ saja sudah cukup menceriakan harinya.

– Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

– Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata hendak menawan kawan mereka yang paling cantik.

– Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

– Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.

– Senjata wanita adalah air mata!

– Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan kejutan. Mereka rasa terharu dan rasa dirinya dicintai setulus hati.

– Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat dan baik terhadapnya.

– Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.


Bagaimana Untuk Menggembirakan Hati Yang Sengsara, Sedih dan Kecewa.

Mac 19, 2008

Bagaimana Untuk Menggembirakan Hati Yang Sengsara, Sedih dan Kecewa.

Sebenarnya nak menghilangkan rasa sengsara, sedih dan kecewa caranya ada banyak, dan keberkesanannya terpulang pada ketahanan mental Anda, emosi Anda, kesabaran Anda. Tapi saya boleh jamin cara yang saya kongsikan ni, sebelum saya menulisnya, telah diguna oleh kebanyakan orang dan telah ditulis oleh ramai pakar motivasi, penulis buku pembangunan diri dan mereka sendiri telah melakukannya dulu.

Untuk tips motivasi kali ini, saya kongsikan 7 tips asas menggembirakan hati yang sengsara, sedih dan kecewa serta cara untuk berdepan dengan emosi tersebut, saya gabungkan dengan cara saya sendiri. Kita mulakan dengan…

1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.
Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.

Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan.

Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau.
Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri Anda mengawal emosi.

3. Belajar Rajin Bersyukur.
Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar Menjadi Pemaaf.
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda Anda.

Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun… Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda.

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan Anda boleh ketawa? Come on…

6. Ubah Fikiran
Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.

Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda selalu fikirkan.

Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.

7. Hati Mesti ‘Keras’.
Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu.

Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.

Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.

Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.

Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.