Petua untuk hidup bahagia

Jun 22, 2010

Apakah petua mudah untuk hidup bahagia itu?

Petuanya ialah, “INGAT 2 Perkara, LUPA 2 Perkara” ;

•INGAT (1)

Ingatlah kebaikan orang kepada kita. Syukur dengan kebaikan yang diterima. Hargai dan ingati selalu.

•LUPA (1)

Lupa-lupakanlah kebaikan yang pernah kita lakukan kepada sesiapa jua. Jangan diungkit-ungkit. Jangan disebut-sebut.

•INGAT (2)

Ingat-ingatlah keburukan dan kesalahan yang pernah kita lakukan kepada orang lain. Istighfar selalu. Minta maaf pada dia, pohon ampun pada Allah.

•LUPA (2)

Lupa-lupakanlah keburukan dan kesalahan orang lain kepada kita. Walau hati terluka, lupakan sajalah. Maafkan dia.

Kalau dapat amal petua “INGAT 2, LUPA 2″ ni, insyaAllah saya jamin, anda akan dapat hidup lebih bahagia. InsyaAllah, sama-samalah kita amalkan.


Rahsia murah rezeki dan hidup lebih tenang

Jun 22, 2010

Apakah amalan atau rahsia supaya hidup jadi lebih tenang, dipermurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan itu?

Senang saja amalannya. Cuma kita saja yang nak amal? Atau MALAS beramal?

Rahsia dan amalannya ialah ;

•Baca istighfar secara istiqamah setiap pagi

•Jumlah nya ialah sebanyak 70 kali

•Masanya ialah antara azan subuh hingga iqamat subuh

Kalau nak cerita kelebihan dan fadhilat istighfar ini memang banyak. Dan saya rasa, kalau tak cerita pun semua orang tahu. Cuma masalah kita ni ialah, kita malas nak beramal. Kita ada banyak ilmu. Kita tahu banyak perkara, tapi tak amal.

Sama jugalah dalam hal beristighfar ni. Semua orang tahu dan faham kelebihan mengamalkannya. Tapi berapa ramai orang yang istiqamah mengamalkannya? Saya nak tanya, satu hari, berapa kali kita semua beristighfar kepada Allah?

Nabi SAW yang maksum dan terlindung daripada melakukan sebarang dosa pun beristighfar tidak kurang 100 kali setiap hari. Kita yang menggunung dosa ini bagaimana? Berapa kali kita istighfar??

Akhir kata, ketahuilah bahawa, siapa nak dapat dan cinta dari Allah, banyakkanlah beristighfar. Banyakkanlah bertaubat kepadaNya. Minta ampun semua dosa-dosa yang telah kita lakukan. Samaada dosa kecil, apatah lagi dosa besar.

Sekian.


Kisah yang menenangkan perasaan sibuk

Jun 22, 2010

Di dalam sebuah kelas falsafah, seorang profesor berdiri di hadapan dewan kuliah, meja di hadapannya terdapat beberapa barangan.

Tanpa sepatah perkataan, kelas bermula dengan beliau mengambil sebuah balang mayonis yang besar dan mengisinya dengan bola golf.

Dia kemudian bertanya kepada para pelajarnya, adakah balang
tersebut penuh,dan pelajarnya menjawab “ya!”.

Profesor kemudian mengambil sekotak batu kerikil halus dan
menuangkannya ke dalam balang yang telah dipenuhi bola golf tadi, lantas menggoncang balang tersebut dengan lembut. Bebatu kerikil mengisi ruangan kosong di antara bola-bola golf.

Sekali lagi dia bertanya akan pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh, pelajarnya lantas menjawab “ya…”

Tanpa menjelaskan apa-apa kepada pelajarnya, profesor tersebut lantas mengambil pula sebuah kotak yang berisi pasir dan menuangkannya ke dalam balang tersebut. Pasir yang dituang mengisi ruangan di antara batu kelikir dan bola golf.

Seperti tadi dia bertanya lagi kepada para pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh. Dalam keadaan yang penuh persoalan, rata-rata pelajarnya menjawab “Ya..”

Sejurus selepas itu, profesor itu kemudiannya mengeluarkan dua cawan kopi dari bawah mejanya dan menuangkan kedua-duanya ke dalam balang yang telah sedia ada diisi batu golf, batu kerikil dan pasir tersebut. Air kopi mengisi ruangan yang terdapat di antara pasir. Para pelajar mula ketawa dan tersenyum meihat tindakan profesor tersebut.

“Sekarang…” profesor mula bersuara apabila riuh rendah dan gelak ketawa pelajarnya berkurangan.

“Saya mahu anda semua menganggap balang ini sebagai kehidupan anda. Bola-bola golf mewakili perkara penting – Tuhan, keluarga anda, anak-anak, kesihatan anda, kawan-kawan dan semangat anda.

Jika anda kehilangan segalanya dan hanya perkara penting ini yang masih anda ada, hidup anda masih penuh.

Batu kerikil halus ini pula mewakili perkara-perkara lain seperti kerja anda, rumah atau kereta anda, manakala pasir pula mewakili perkara-perkara lain, yakni perkara-perkara kecil.”

“Jika anda memasukkan pasir ke dalam balang dahulu…” “… anda tidak akan mempunya ruang untuk batu kerikil dan bola golf. Ini sama juga seperti kehidupan anda. Jika anda menghabiskan masa dan tenaga untuk perkara-perkara kecil, anda tidak akan mempunyai ruang untuk perkara yang sebenarnya lebih penting untuk diri anda.”

“Ambil perhatian untuk perkara yang kritikal untuk kebahagiaan anda. Luangkan masa gembira untuk anak-anak. Sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan, bawa pasangan anda untuk makan malam, yang pasti, anda akan masih ada masa untuk membersihkan rumah atau urusan lain. Sila ambil berat akan bola golf dahulu – iaitu perkara yang benar-benar penting. Tetapkan keutamaan. Perkara lain cumalah pasir…”

Salah seorang pelajarnya mengangkat tangan dan bertanya apakah pula yang diwakili oleh air kopi. Profesor tersebut tersenyum.

“Saya gembira ada yang bertanya. Ianya menunjukkan bahawa tidak kira bagaimana penuh pun kehidupan anda, akan sentiasa ada ruang untuk secawan dua kopi bersama rakan-rakan…”

Renungan untuk semua. Apabila kehidupan anda seakan terlalu penuh dan tampak sukar untuk diuruskan, apabila 24 jam sehari seperti tidak mencukupi, maka ingatlah kisah ini.

Sekian, moga tenang sedikit jiwa yang sibuk. Ceria selalu


Nabi Muhammad s.a.w didalam Kitab Hindu

Jun 22, 2010

Seorang professor penyelidik pakar bahasa India dari Universiti Alahabad, dalam buku hangatnya, telah menerbitkan buku mengenai Kalki Avatar bererti Pembimbing Agung. Beliau mendakwa bahawa gambaran mengenai Kalki Avatar yang terdapat didalam kitab suci Hindu yang sebenarnya adalah Nabi Muhammad s.aw.

Di India adalah merupakan factor benar bahawa sejurus selepas sesuatu buku dilancarkan akan menjadi suatu bahan bualan dan gossip seluruh negara. Jikalau sekiranya pengarang buku ini, seorang muslim, sewajarnya dia akan ditangkap dan atau beliau akan dibunuh dan semua buku bukunya akan ditarik balik dari berada dipasaran. Hingga ketahap dimana ianya akan tidak dibenarkan untuk diulang cetak.

Tunjuk perasaan dan keganasan akan tercetus terhadap insan muslim yang tidak berdosa dengan pertumpahan darah dimana mana. Yang menakjubkan bahawa pengarang buku ini adalah seorang yang berfikiran sederhana dan professor khusus yang secara kebetulan adalah seorang Hindu.

Nama beliau ialah Mr. Pandit Vedaprakash Upadhal, manamakan tajuk bukunya sebagai “Kalki Avatar. Pengarang adalah penyandang sami berugama hindu Brahmin berasal dari Bengali. Penyelidik sekular.

Menurut kepercayaan penganut hindu, ada digariskan gambaran dan panduan tentang pemimpin yang bernama Kalki Avatar , ia sangat bertepatan hanya dengan Nabi Muhammad s.a.w. Jadi penganut hindu diseluruh dunia tidaklah perlu menunggu lagi akan kedatangan Kalki Avatar (semangat/roh) yang dimaksudkan.

Sewajarnya mereka segera menerima kenabian nabi Muhammad s.a.w Bin Abdullah sebagai pesuruh Allah (Kalki Avatar) yang dimaksudkan oleh kitab suci hindu mereka itu. Fakta fakta dan penemuan mengenainya telah disahkan oleh lapan pandit sami kanan hindu yang lain yang mengatakan penganut hindu selama ini menghanyutkan diri mereka dalam penantian yang tidak berpenghujung, sedangkan pesuruh tersebut telah pun muncul dan telah pun wafat 14 abad yang lalu.

Pengarang mengemukakan bukti yang kukuh saperti dibawah yang digali dari kitab Vedas serta buku buku suci ugama hindu yang lain bagi membuktikan kebenaran hujah beliau:

1. Didalam ramalan Prophecy Hindus Purana (Buku suci hindu) telah dinukilkan bahawa Kalki Avatar adalah pesuruh tuhan yang terakhir dimuka bumi ini untuk pertunjuk bagi seluruh dunia dan seluruh manusia dialam ini. Alqur’an telah memberitahu bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah nabi yang terakhir buat pertunjuk seisi alam termasuk Jin dan manusia.

2. Menuruk ramalan ugama hindu, kelahiran Kalki Avatar akan berlaku disuatu tempat menyerupai pulau (negeri dikelilingi padang pasir) dan mengikut ugama hindu ianya di kawasan bumi Arab.

3. Didalam buku hindu, nama bapa dan emak Kalki Avatar dikenali sebagai VISHNUBHAGAT dan SUMAANI. Jika kita lihat makna bagi kedua nama tersebut, akan kedapatan sesuatu yang menarik untuk direnungi. Lihat, VISHNUBHAGAT = Vishnu beerti tuhan + Bhagat beerti hamba, diterjemah dalam bahasa arab, tuhan itu ALLAH + hamba itu Abdul = Dicantumkan akan menjadi ABDULLAH (bapa kepada Nabi Muhammad s.a.w) Manakala SUMAANI beerti aman atau tenang yang didalam bahasa arab AMINAH (nama emak Nabi Muhammad s.a.w).

1. Dalam buku buku ugama hindu, dinukilkan bahawa bahan makanan asas Kalki Avatar ialah buah korma dan zaitun. Beliau merupakan seorang yang amanah lagi jujur dan paling dipercayai seluruh masyarakatnya. Tak dapat disangsikan bahawa makanan asas Nabi ialah buah Korma dan zaitun. Nabi Muhammad s.a.w juga mempunyai akhlak sebegini tinggi dan dipercayai oleh setiap orang dan masyarakatnya.

2. Dinukilkan juga dalam Vedas, bahawa kelahiran Kalki Avatar akan berlaku ditengah tengah kalangan keturunan yang dihormati. Ini bertepatan dengan dimana Nabi Muhammad dilahir dari golongan Quraish yang terkenal sangat dihormati oleh masyarakat ketika itu.

3. Dalam buku tersebut juga dinukilkan bahawa Tuhan akan mengajar Kalki Avatar melalui malaikat didalam Gua. Bertepatan dimana Allah telah mengajar Nabi Muhammad s.a.w dengan memerintahkan Malaikat Jabrail untuk mengunjungi serta mengajar nabi berupa Wahyu didalam gua yang bernama Gua Al Hira.

4. Juga dinukilkan bahawa tuhan akan memberi kenderaan yang pantas buat Kalki Avatar untuk mengembara keseluruh alam maya serta naik kelangit hingga kelangit ke 7. Ini bertepatan dengan apa yang dialami oleh Nabi Muhammad s.a.aw dalam peristiwa Isyra’ dari masjidi haram diMekah ke masjidil al aqsa diPelestin Dan Mi’raj nabi kelangit ke 7 dengan menunggang seekor Burak dalam satu malam.

5. Dinukilkan juga dalam buku tersebut bahawa Kalki Avatar akan diberikan pertolongan yang luar biasa oleh tuhan, ini terbukti jelas bahawa Allah telah memberi bantuan luar biasa kepada Nabi Muhammad s.a.w didalam peperangan Uhud dan yang lain lain.

6. Yang menakjubkan dinukilkan juga bahawa Kalki Avatar akan dilahirkan pada 12 haribulan. Ini bertepatan sekali bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah dilahirkan pada 12hb Rabiulawal (kelendar Islam).

7. Dinukilkan juga dalam Vedas bahawa Kalki Avatar adalah merupakan seorang penunggang kuda yang baik dan ahli main pedang yang cekap, ini bertepatan dengan Nabi Muhammad s.a.w yang terkenal dalam bidang berkenaan. Lagipun pengarang mengajak penganut ugama hindu berfikir bahawa zaman kuda dan pedang telah berlalu dan kini manusia menggunakan senapang dan roket. Adalah sesuatu yang dangkal mengharapakan datangnya Kalki Avatar yang ditunggu tanpa penghujung, walhal ia telah pun muncul 1400 tahun yang lalu.

Dalam alqur’an telah diceritakan tentang ciri ciri dan tanda tanda mengenai Nabi Muhammad s.a.w dengan jelas dan bertepatan apa yang dinantikan oleh penganut hindu terhadap Kalki Avatar. Pengarang telah memberi hujah hujah yang mengatakan Kalki Avatar yang dimaksudkan itu adalah Nabi Muhammad s.a.w dan kepada yang masih lagi menunggu akan kedatangan Kalki Avatar? sewajarnya berfikir semula dan renungilah akan kebenarannya.

Kiriman seorang Teman…renung-renungkanlah…


Kata-Kata Semangat Saat Menghadapi Kegagalan

Jun 21, 2010

Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.
* Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.
* Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal.
* Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu.
* Wang bukanlah segala-galanya, namun ia pasti menjadi penghubung dengan anak-anak anda.
* Ramai orang yang masih bergantung kepada kerja-kerja yang bergaji rendah kerana mereka takut gagal jika mencuba kerja lain.
* Kesilapan adalah bukti bahawa seseorang itu telah mencuba membuat sesuatu perkara atau pekerjaan.
* Kesilapan mengajar kita tentang apa yang perlu kita pelajari selepas itu.
* Apa yang anda pelajari selepas kegagalan sahaja yang dikira.Kegagalan itu sendiri tidak dikira.
* Anda tidak gagal. Anda hanya menemui cara yang tidak berkesan.
* Kesilapan adalah realiti kehidupan yang penting adalah tindakbalas terhadap kesilapan itu.
* Jika anda inginkan sebuah tempat di matahari, bersedialah untuk terbakar.
* Anda tidak harus berkata KENAPA SAYA? Anda seharusnya bersyukur kerana ANDA telah dipilih.
* Malah kesilapan pun mungkin menjadi perkara penting bagi menjamin kejayaan yang bernilai.
* Sekiranya anda mahu mengambil seorang pekerja,pastikan dia pernah gagal sebelumnya.
* Kegagalan bukan bermakna anda tidak berusaha bersungguh-sungguh. Kegagagalan itu hanya bermakna anda perlu mengambil masa yang lebih lama untuk berjaya.
* Sekiranya kita bersaing dengan diri kita sendiri dan kita mengalami kegagalan, siapakah yang menang? Fikirkanlah! .* “Lulus” dan “Gagal” adalah cara lama mengkategorikan seseeorang. Cara baru ialah “pengetahuan” dan”Kejahilan” .
* Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian.
* Mungkin tiada kegagalan bagi orang yang terus berjuang.
* Ramai orang mencari tempat yang selamat,tetapi akhirnya tersangkut!
* Impian yang tidak terlaksana adalah impian yang terpenjara oleh musuh nombor satu-iaitu takut GAGAL!!
* Tiada siapa yang berha mengecap anda sebagai orang yang gagal,kecuali diri anda sendiri.
* Sekiranya anda menemui sebuah laluan tanpa halangan, ia mungkin tidak membawa anda ke mana-mana.
* Kesilapan-kesilapan memberitahu kita tentang apa yang perlu kita pelajari.
* Apabila anda telah sampai ke penghujung tali……dan tiada lagi simpulan untuk bergantung.. ….lompatlah ke tali yang lain.
* Kegagalan hanyalah satu peluang untuk anda mencuba lagi untuk berjaya!!.
* Orang yang kurang berani untuk memulakan sesuatu, sebenarnya telah tewas!!.
* Kita tidak mungkin dapat mempelajari sesuatu perkara kecuali kita bersedia untuk gagal terlebih dahulu.
* Cara yang terbaik untuk belajar untuk menjadi pemenang ialah belajar daripada orang-orang yang pernah kalah atau tewas dalam sesuatu pertandingan, perbuatan atau sebagainya.
* Kegagalan dalam hidup adalah menjadi seorang yang tidak belajar daripada kegagalannya itu.
* Sekali gagal, tidak bermakna anda telah tewas,…..anda hanya tewas apabila anda telah berputus-asa.
* Hanya orang yang berani GAGAL DENGAN TERUK mempunyai harapan untuk BERJAYA DENGAN HEBAT sekiranya dia mempelajari sesuatu daripada kegagalannya itu.
* Kesilapan adalah sebahagian daripada hutang yang perlu dilangsaikan sepanjang hayat.
* Hadiah paling berharga hanya diberikan kepada orang yang menemui kegagalan tetapi dia tidak pernah berundur atau merungut atau berputus-asa.
* Setiap orang mempunyai keazaman yang kukuh untuk mencapai matlamat sehingga mampu mengenepikan kegagalan dalam usaha tersebut.
* Orang yang kalah membayangkan hukuman bagi kegagalan. Orang yang menang membayangkan ganjaran bagi setiap kejayaan.
* Terseradung bukannya terjatuh.
* Sekiranya anak-anak diasuh untuk takut mencuba sesuatu yang baru kerana takutkan kegagalan, mereka tidak akan menjadi orang berani kelak.
* Dalam percubaan-percubaan yang hebat, adalah dianggap cemerlang meskipun gagal.
* Jika pada awalnya anda tidak berjaya, cubalah cari kembali arah haluan yang pernah anda lemparkan ke dalam tong sampah.
* Apabila anda kaya, fikirkanlah saat-saat anda pernah miskin dahulu.
* Kita memerlukan kegelapan untuk melihat bintang.
* Hidup adalah satu kesilapan yang berterusan di mana kita belajar untuk menjadi sempurna.
* Salah satu kesilapan besar yang boleh kita lakukan dalam hidup ini adalah sentiasa takut untuk melakukan kesilapan.
* Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kumci.
* Sekiranya anda mengalami kegagalan lebih awal,kegagalan berikutnya kurang terasa pedih.
* Kesilapan demi kesilapan membawa seseoarang menemui kebenaran hakiki.
* Perkara paling penting apabila berhadapan dengan keadaan yang kurang menyenangkan adalah dengan memberikan perhatian terhadap apa yang perlu dibuat selepas ini,bukannya mencari-cari- apa silapnya.
* Kesulitan menyerlahkan sifat sebenar manusia.
* Pada pendangan saya,sekiranya anda mahukan pelangi, kenalah hujan dahulu.
* Saya boleh menerima kegagalan kerana setiap orang gagal dalam sesetengah perkara tetapi saya tidak boleh menerima orang yang tidak berani mencuba.
* Anda bukannya gagal.Anda hanya tidak tahu beberapa perkara lagi.
* Satu kesalahan tidak akan menjadi kesilapan sehinggalah anda membetulkannya.
* Kegagalan tidak menjadikan anda seorang yang gagal sekiranya anda tidak berputus-asa untuk mencuba lagi.
* Saya tidak membahagikan dunia kepada yang lemah dan gagah, atau yang berjaya dan gagal, juga bukan di antara yang boleh melakukan sesuatu atau sebaliknya. Saya membahagikan dunia kepada mereka yang belajar dan tidak belajar.
* Perasaan takut untuk melakukan kesilapan menghalang seseorang daripada mengesani potensi diri atau merasakan kehebatan dalam diri sendiri.
* Setiap kegagalan adalah suatu pengajaran yang mendorong seseorang untuk mencuba pendekatan baru yang tidak pernah dicuba sebelum ini.
* Jangan katakan kegagalan itu kesilapan. Katakan kegagalan itu adalah pengajaran.
* Anda tidak akan mengetahu tentang diri sendiri menerusi kejayaan.Anda mengetahuinya menerusi kegagalan dan kesilapan.
* Janganlah takut untuk mengakui kesilapan.Ia samalah seperti mengatakan bahawa anda lebih bijak pada hari ini berbanding dengan semalam.
* Kegagalan bukan bermakna anda seorang yang bodoh mencuba.Ia bermakna anda mempunyai keberanian untuk melihat apa yang tidak boleh dilakukan.
PERINGATAN!! !
INI ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KATA-KATA PEMBANGKIT SEMANGAT SAHAJA DAN BUKANNYA FALSAFAH ATAU HADIS ATAU AYAT AL-QURAN. ANDA DINASIHATKAN SUPAYA MEMBACA KATA-KATA INI SEBAGAI PENGETAHUAN SAHAJA. ASASNYA, APA-APAPUN PEKERJAAN YANG ANDA LAKUKAN HENDAKLAH DILAKUKAN BERSUNGGUH-SUNGGUH DAN TIDAK BERPUTUS-ASA DAN BERSERAH KEPADA ALLAH S.W.T APABILA ANDA TELAH BERUSAHA. INSYA- ALLAH ANDA AKAN BERJAYA!!. Ingat!! ADA HIKMAH DI SETIAP KEJADIAN YANG BERLAKU. HADAPILAH DENGAN TABAH SEMOGA DIRAHMATI ALLAH.


Istana Nabi Sulaiman AS

Jun 21, 2010

Dikatakan kepadanya : ” Masuklah ke dalam istana. Maka tatkala dia melihat lantai istana itu, dikiranya kolam air yang besar, dan disingkapkannya kedua betisnya”. Berkatalah Sulaiman : ” Sesungguhnya ia adalah istana licin terbuat dari kaca” Berkatalah Balqis :”Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah, Tuhan semesta alam”.”(QS An Naml 44)

Catatan sejarah mengungkapkan pertemuan antara Sulaiman dengan Ratu Saba berdasarkan penelitian yang dilakukan negeri tua Saba di Yaman Selatan. Penelitian yang dilakukan terhadap reruntuhan mengungkapkan bahwa seorang “ratu” yang pernah berada di kawasan ini hidup antara 1000 s/d 950 SM dan melakukanperjalanan ke Utara ( ke Jerusalem).

Keterangan lebih terperinci tentang apa yang terjadi diantara dua orang penguasa, kekuatan ekonomi dan politik dari dua negara ini, pemerintahan mereka dan hal lain yang lebih terperinci semuanya diterangkan dalam Surat An Naml. Kisah yang meliputi sebagian besar surat An Naml, memulai keterangannya tentang ratu Saba berdasarkan berita yang dibawa oleh seekor burung Hud, salah satu tentara nabi Sulaiman kepadanya :

Maka tidak lama kemudian (datanglah hud-hud), lalu ia berkata;”Aku telah mengetahui sesuatu yang kamu belum mengetahinya; dan kubawa kepadamu dari negeri Saba suatu berita penting yang diyakini.

Sesungguhnya aku menjumpai seorang wanita yang memerintah mereka, dan dia dianugerahi segala sesuatu serta mempunyai singgasana yang besar.

Aku mendapati dia dan kaumnya menyembah matahari, selain Allah; dan syaitan telah menjadikan mereka memandang indah perbuatan-perbuatan mereka, lalu menghalangi mereka dari jalan (Allah), sehingga mereka tidak mendapat petunjuk, agar mereka tidak menyembah Allah Yang mengeluarkan apa yang terpendam di langit dan di bumi dan Yang mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu nyatakan.

Allah, tiada Tuhan Yang Disembah kecuali Dia, Tuhan Yang mempunyai Ársy yang besar”. Berkata Sulaiman :”Akan kami lihat, apa kamu benar ataukah kamu termasuk orang-orang yang berdusta.” ( QS An Naml 22-27).

Setelah menerima berita dari burung hud ini, Sulaimanpun memberikan perintah sebagai berikut :

Pergilah dengan (membawa) suratku ini, lalu jatuhkanlah kepada mereka kemudian berpalinglah dari mereka, lalu perhatikanlah apa yang mereka bicarakan”.(QS. An Naml: 28).

Setelah ini, al-Qur’an mengemukakan kejadian yang berkembang setelah Ratu Saba menerima surat tersebut:

Berkata ia (Balqis) : “Hai pembesar-pembesar, sesunguhnya telah dijatuhkan kepadaku sebuah surat yang mulia. Sesungguhnya surat ini dari Sulaiman dan sesungguhnya (isinya): “Dengan menyebut Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bahwa janganlah kamu sekalian berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri”.

Berkata dia (Balqis) ; “Hai para pembesar berilah aku pertimbangan dalam urusanku (ini) aku tidak pernah memutuskan sesuatu persoalan sebelum kamu berada dalam majelis(ku)”.

Mereka menjawab: “Kita adalah orang-orang yang memiliki kekuatan dan (juga) memiliki keberanian yang sangat (dalam peperangan), dan keputusan berada di tanganmu; maka pertimbangkanlah apa yang akan kamu perintahkan”.

Dia berkata: “Sesungguhnya raja-raja apabila memasuki suatu negeri, niscaya mereka membinasakannya, dan menjadikan penduduknya yang mulia jadi hina; dan dan demikian pulalah apa yang akan mereka perbuat. Dan sesungguhnya aku akan mengirimkan utusan kepada mereka dengan (membawa) hadiah dan (aku akan) menunggu apa yang dibawa kembali oleh utusan-utusanku itu.

Maka tatkala utusan itu sampai kepada Sulaiman, Sulaimanpun berkata: Äpakah (patut) kamu menolong aku dengan harta? Maka apa yang diberikan oleh Allah kepadaku lebih baik daripada apa yang diberikan-Nya kepadamu; tetapi kamu merasa bangga dengan hadiahmu.

Kembalilah mereka sungguh Kami akan mendatangi mereka dengan bala tentara yang mereka tidak kuasa melawannya, dan pasti kami akan mengusir mereka dari negeri itu (Saba) dengan terhina dan mereka menjadi (tawanan-tawanan) yang hina dina”.

Berkata Sulaiman: “Hai pembesar-pembesar siapakah diantara kamu sekalian yang sanggp membawa singgasananya kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri”. Berkata Ifrit (yang cerdik) dari golongan jin:”Aku akan datang kepadamu dengan membawa singgasana itu kepadamu sebelum kamu berdiri dari tempat dudukmu; sesungguhnya aku benar-benar kuat untuk membawanya lagi dapat dipercaya”.

Berkatalah seorang yang mempunyai ilmu dari Al Kitab:”Aku akan membawa singgasana itu kepadamu sebelum matamu berkedip”. Maka tatkala Sulaiman melihat singgasana tersebut terletak dihadapannya, iapun berkata :Ïni termasuk karunia Tuhanku untuk mencoba aku apakah aku bersyukur atau mengingkari (akan ni’mat-Nya). Dan barangsiapa yang bersyukur sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri dan barangsiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia”.

Dia berkata: “Robahlah baginya singgasananya; maka kia akan melihat apakah dia mengenal ataukah dia termasuk orang-orang yang tidak mengenali(nya)”.

Dan ketika Balqis datang, ditanyakanlah kepadanya: “Serupa inikah singgasanamu?”. Dia menjawab: “Seakan-akan singgasana ini singgasanaku, kami telah diberi pengetahuan sebelumnya dan kami adalah orang-orang yang berserah diri”.

Dan apa yang disembahnya selama ini selain Allah, mencegahnya ( untuk melahirkan ke-Islamannya), karena sesungguhnya ia dahulunya termasuk orang-orang yang kafir. Dikatakanlah kepadanya: “Masuklah ke dalam istana”. Maka tatkala dia melihat lantai istana itu, dikiranya kolam air yang besar dan disingkapkannya kedua betisnya”. Berkatalah Sulaiman: “Sesungguhnya ia adalah istana licin terbuat dai kaca”. Berkatalah Balqis: ¼a, Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah, Tuhan semesta alam”. (QS An Naml 29-44).

Sebuah peta yang menunjukkan dua buah jalur perjalanan ratu Saba.

Istana Sulaiman

Dalam surat dan ayat yang menerangkan tentang ratu Saba, Nabi Sulaiman juga disebutkan. Dalam Al Qurán diceritakan bahwa Sulaiman mempunyai kerajaan serta istana yang mengagumkan dan banyak perincian lain yang diberikan.

Berdasarkan ini, Sulaiman dapatlah dikatakan memiliki teknologi yang maju dimasanya. Di istananya terdapat berbagai karya seni dan benda-benda berharga, yang mengesankan bagi semua yang menyaksikanya. Pintu gerbang istana terbuat dari gelas. Penyebutan Al Qurán dan akibatnya terhadap ratu Saba disebutkan dalam ayat berikut :

. Dikatakanlah kepadanya: “Masuklah ke dalam istana”. Maka tatkala dia melihat lantai istana itu, dikiranya kolam air yang besar dan disingkapkannya kedua betisnya”. Berkatalah Sulaiman: “Sesungguhnya ia adalah istana licin terbuat dai kaca”. Berkatalah Balqis: ¼a, Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah, Tuhan semesta alam”.(QS An Naml 44).
Setelah kuil Sulaiman dihancurkan, satu-satunya dinding/tembol kuil yang tersisa diubah menjadi “Tembok ratapan”oleh Yahudi. Setelah penaklukan Jerusalem di abad 7, kaum Muslim membangun Masjid Umat dan Kubah Batu dimana kuil tersebut dahulunya berada. Dalam gambar disebelah kanan tampak Kubah Batu.

Istana Nabi Sulaiman disebut dengan “Solomon Temple/Kuil Sulaiman” dalam literatur bangsa Yahudi. Saät ini, hanya “Tembok sebelah Barat” yang tersisa dari bangunan kuil atau istana yang masih berdiri, dan pada saat yang bersamaan tempat ini dinamakan “Tembok Ratapan/Wailing Wall”oleh orang Yahudi. Alasan mengapa istana ini, sebagaimana banyak tempat lain yang berada di Jerusalem kemudian dihancurkan adalah dikarenakan tindakan jahat serta kesombongan dari bangsa Yahudi. Hal ini diberitahukan oleh Al Qurán sebagai berikut :

Dan telah Kami tetapkan terhadap Bani Israil dalam kitab itu: “Sesungguhnya kamu akan membuat kerusakan di muka bumi ini dua kali dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar”. Maka apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) pertama dari kedua (kejahatan) itu, Kami datangkan kepadamu hamba-hamba Kami yang mempunyai kekuatan yang besar, lalu mereka merajalela di kampung-kampung, dan itulah ketetapan yang pasti terlaksana.

Kemudian Kami berikan kepadamu giliran untuk mengalahkan mereka kembali dan Kami membantumu dengan harta kekayaan dan anak-anak dan Kami jadikan kamu kelompok yang lebih besar. Jika kamu berbuat baik (berarti) kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri dan jika kamu berbuat jahat, maka (kejahatan) itu bagi dirimu sendiri, dan apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) yang kedua, (Kami datangkan orang-orang lain) untuk menyuramkan muka-muka kamu dan mereka masuk ke dalam masjid, sebagaimana musuh-musuhmu memasukinya pada kali pertama dan untuk membinasakan sehabis-habisnya apa saja yang mereka kuasai.(QS al Isra 4-7).

Kuil Sulaiman memiliki teknologi yang paling maju saat itu dan pemahaman estetika yang unggul. Pada gambar di atas ditunjukkan pusat kota Jerusalem selama masa pemerintahan Nabi Sulaiman.
1) Pintu Barat daya
2) Istana Ratu
3) Istana Sulaiman
4) Pintu gerbang dengan 32 pilar
5) Gedung pengadilan
6) Hutan Libanon
7) Kediaman pendeta tingkat tinggi
8) Pintu masuk ke kuil
9) Alun-alun kuil
10) Kuil Sulaiman

Seluruh kaum yang disebutkan dalam bab-bab terdahulu patut mendapatkan hukuman karena pemberontakan mereka dan ketidak bersyukuran mereka atas karunia Allah, dan makanya merekapun ditimpa bencana. Setelah berpindah-pindah dari satu tempat ke tempat lain tanpa negara dan wilayah, dan akhirnya menemukan sebah rumah di tanah suci pada masa Sulaiman, bangsa Yahudi sekali lagi dihancurkan karena perilaku mereka yang diluar batas, dan karena tindakan mereka yang merusak dan membangkang. Yahudi modern yang telah menetap di daerah yang sama dengan daerah dimasa lalu, kembali menyebabkan kerusakan dan “berbesar hati dengan kesombongan yang luar biasa” sebagaimana mereka lakukan sebelum peringatan yang pertama


Dakwah Nabi Ibrahim

Jun 19, 2010

SEMASA meninggalkan Babylon, Nabi Ibrahim telah berhenti di sebuah tempat yang dinamakan Haran.

Penduduk Haran keseluruhannya menyembah bintang-bintang. Jelas, sekali lagi Nabi Ibrahim berhadapan dengan masyarakat yang berada dalam kesesatan.

Namun, Nabi Ibrahim tidak menyampaikan dakwah kepada mereka secara nyata. Baginda merancang dengan teliti supaya mereka dapat menerima ajaran yang dibawanya.

Pada mulanya Nabi Ibrahim berpura-pura mengamalkan ajaran yang sama seperti mereka.

Baginda bergaul seperti biasa bersama-sama dengan penduduk supaya kehadirannya sebaik mungkin.

Saban hari baginda duduk bercakap-cakap sambil menyampaikan ajaran yang dibawanya secara tidak langsung.

Dengan cara itu baginda dalam melihat tindak balas dan penerimaan penduduk terbabit.

Pada suatu hari, ketika duduk bersama mereka, Nabi Ibrahim telah menunjukkan ke arah sebutir bintang yang berada di langit. Baginda pun berkata: “Oh, inilah Tuhanku.”

Tetapi apabila bintang itu hilang daripada pandangan, baginda pun berkata lagi: “Aku tidak menyukai Tuhan yang berubah-ubah dan timbul tenggelam di angkasa.”

Keesokan harinya Nabi Ibrahim pun duduk lagi bersama dengan penduduk Palestin.

Apabila terbit sahaja matahari, Nabi Ibrahim pun berkata lagi: “Inilah Tuhanku kerana ia lebih besar daripada yang lain dan cahayanya lebih terang. Inilah yang patut aku sembah.”

Apabila hari menjelang petang, matahari itu pun mulai terbenam. Melihat sahaja matahari terbenam, Nabi Ibrahim pun berkata kepada penduduk Palestin: “Sesungguhnya kamu telah tersesat dan terpengaruh oleh ajakan Iblis dengan penyembahanmu kepada bintang-bintang iaitu makhluk yang diciptakan oleh Tuhan yang Maha Kuasa.

“Sepatutnya Dialah yang kamu sembah dan bukan bintang-bintang ciptaan-Nya itu.

“Aku bebas daripada sembahan kepada Tuhan-tuhan kamu itu. Aku hanya menyembah kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi. Kepada-Nya aku beribadat dengan hati yang tulus ikhlas. Hanya Dia Tuhan yang aku sembah. Tidak ada Tuhan lain selain daripada-Nya. Sesungguhnya aku bukan tergolong dalam golongan yang musyrik.”

Penduduk Palestin amat terkejut apabila mendengar kata-kata Nabi Ibrahim itu. Mereka mendapati Tuhan Nabi Ibrahim berbeza dengan tuhan mereka. Mereka berasakan Nabi Ibrahim telah tersesat dan perlu dikembalikan ke pangkal jalan. Nabi Ibrahim menolak ajakan mereka itu. Apabila baginda menolak ajakan tersebut, mereka pun mengajak baginda berdialog. Mereka berasakan bahawa merekalah yang benar.

Walau bagaimanapun, Nabi Ibrahim menolak ajakan mereka itu dengan berkata: “Kamu ingin berdialog denganku tentang ketuhanan kerana kamu berharap agar dapat mendorongku mengikut kamu menyembah yang batil dan sesat itu.

“Janganlah terlalu berharap. Harapan kamu akan sia-sia belaka. Tidak ada gunanya mengajak aku berdialog dengan kamu kerana Allah telah menunjukkan jalan yang benar dan akidah yang hak, sesuai dengan fitrah dan martabat manusia sebagai makhluk Tuhan yang utama.”

Oleh yang demikian, mereka ternyata tidak berjaya untuk memesongkan akidah Nabi Ibrahim. Baginda tetap berpegang teguh dan beriman hanya kepada Tuhan yang Esa.