Akhlak Yang Tertanam

Akhlah ibarat bunga, sangat cantik dan menarik bagi sesiapa yang memandang 
orang akan suka dan ingin mendekati dan memilih. Maka siapa yang berakhlak 
mulia akan diminati, disayangi serta dipuji-puji orang.

Sebaliknya  akhlak  yang  buruk  ibarat  najis  yang  tiada  siapa ingin padanya. 
Bahkan  orang akan lari dan tidak ingin memandang lagi padanya. Orang akan 
berharap agar tiada  ingin bertemu dengannya. ertinya manusia yang berakhlak 
buruk  dan  tinggal  seorang diri. Orang takut dan benci kepadanya, sekali pada 
saudara maranya.

Oleh  itu  kenalah  kita  berusaha  untuk mendapatkan akhlak yang mulia, kerana 
sekali pun kita orang pandai, orang kaya, orang berkuasa, orang terkenal, namun 
kalau akhlak buruk kawan-kawan disekeliling kita akan memulaukan kita. Apatah
lagi  kalau  kita  orang miskin. orang bawahan dan orang bodoh, berakhlak buruk 
pula, tentu kita akan terhina dimata manusia dan disisi Allah.

Diharap  umat  islam  seluruhnya  benar-benar  memperolehi akhlak yang mulia 
dan erti sebenarnya. Dengan akhlak yang mulia kita akan menjadi ummah yang 
akan dicontohi, diyakini serta disegani oleh kawan dan lawan.

Akhlak  yang  mulia  berpunca dari hati yang bersih. Bersih dari segala bentuk 
mazmumah ( sifat jahat ) dengan  manusia. Contoh  sifat yang bersih atau baik 
terhadap Allah ialah rasa kehambaan kepada Allah, rasa cintakan Allah, takut 
dan hormat denga Allah, rasa tawakkal dan lain-lain.

Sebaliknya, sifat hati yang jahat kepada Allah ialah tidak mempedulikan Allah,
tidak  ambil  tahu  tentang  Allah, mengecilkan hukum-hukum Allah, ragu-ragu 
denga Allah, kurang taat dan sebagainya.

Seterusnya  sifat  hati  yang baik terhadap sesama manusia,yang bakal melahirkan 
akhlak  yang  mulia  ialah  sifat  rendah  diri,  pemaaf,  rajin,  kasih sayang, zuhud,
berbaik sangka dan lain-lain.Lawan sifat itu ialah hati penuh dengan rasa sombong,
bakhil sombong ,malas,tamak,benci membenci,sangka jahat,dan cinta dunia

Manusia umumnya dilahirkan bersama nafsu jahat, disamping roh ( hati ) yang suci.
Nafsu membesar bersamanya fizikal. Tanpa pendidikan yang tepat untuk menunduk-
kan nafsu itu, nescaya ia akan menguasai hati dan fikiran manusia.

Umumnya kita yang melalui sistem pentadbiran sekular telah gagal mendapatkan 
sifat  hati  yang baik. Pendidikan sekular membenarkan sifat-sifat sombong,hasad 
dendam, tamak, cinta dunia dan lain-lain berleluasa dalam hati seterusnya melahir-
kan akhlak  yang  buruk. Hanya  islam  melalui  ilmu  tasawuf akan menyelesaikan 
masalah  hati  yang  kotor  serta  akhlak yang buruk ini. Al-Quran dan hadis banyak 
menuntut  serta  menunjukkan  jalan  kepada  akhlak yang mulia.Diantara langkah-
langkah yang dikehendaki ialah:

a. Berilmu ( tasawuf )
b. Menghidupkan ibadah.
c. Bertaubat dari dosa.
d. Mujahadah.
e. Latihan  praktikal  tentang  akhlak  yang  mulia moga-moga Allah izinkan dan 
membantu  kita  untuk menjadi  manusia yang berhati suci dan berakhlak mulia.
Selamatlah kita hendaknya didunia dan diakhirat kerana memilih kedua-duanya 
seperti mana janji Allah:

“Pada hari itu tidak berguna harta dan anak-anak kecuali mereka yang 
membawa hati yang selamat”.   
 (Asy-Syura:88-89 )

“Barang siapa yang bermujahad pada jalan kami, nescaya kami akan 
tunjuki jalan kami itu”.                                                            
( Al-Ankabut:69 )

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: