Golongan dimakbulkan doa mereka

Oktober 18, 2010

Golongan dimakbulkan doa mereka

· Orang yang berada dalam kesusahan
“Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti menguasai bumi? Adakah sebarang Tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati.” (an-Naml:62)

· Anak soleh yang taat kepada ibu bapa
Diriwayatkan daripada Umar r.a, bahawa baginda pernah berkata mengenai Uwais bin ‘Amir: “Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda (maksudnya): “Akan datang kepada kamu Uwais bersama rombongan dari Yaman. Dia pernah ditimpa sopak lalu dia sembuh melainkan satu tempat sebesar wang satu dirham. Dia memiliki ibu yang sangat ditaatinya. Jika dia berdoa pasti Allah S.W.T akan memakbulkan, jika boleh, kamu mintalah kepadanya agar didoakan bagi kamu.” (Riwayat Ahmad)

· Ibu bapa kepada anak dan orang bermusafir
Nabi s.a.w bersabda melalui hadis bermaksud: “Tiga doa yang pasti dimakbulkan Allah iaitu doa seorang bapa (dan ibu), doa orang yang bermusafir dan doa orang yang dizalimi.” (Riwayat Abu Daud)

· Orang yang berpuasa hingga berbuka dan pemimpin yang adil
Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: “Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka, iaitu doa seorang yang berpuasa hingga dia berbuka, doa pemimpin yang adil dan doa orang yang dizalimi. Doa-doa mereka itu diangkat Allah ke atas awan, lalu dibuka pintu-pintu langit, Allah s.w.t akan berfirman: Demi kemulian-Ku, Aku akan menolongmu…” (Riwayat Tirmidzi)

· Orang dizalimi
Nabi s.a.w bersabda kepada Muaz bin Jabal r.a ketika mengutusnya ke Yaman: “Takutilah kamu doa orang yang dizalimi kerana tiadalah sesuatu penghalang antara doanya itu dengan Allah S.W.T.” (Riwayat al-Bukhari)

· Doa seseorang muslim buat saudaranya tanpa diketahuinya
Umm Darda’ r.a meriwayatkan hadis, bahawa Nabi s.a.w pernah bersabda: “Sesiapa yang berdoa untuk saudaranya di belakangnya (tanpa pengetahuannya), maka malaikat yang diwakilkan kepadanya akan berkata, amin dan bagimu sama dengan apa yang kamu mohonkan itu.”


Renungan.. Mengumpul waktu solat

Oktober 18, 2010

HUKUM MENGUMPULKAN DUA WAKTU SEMBAHYANG
=================================

Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja menggabungkan waktu sembahyang zuhur dengan asar (sembahyang di akhir waktu zuhur dan diikuti sembahyang asar sebaik sahaja masuk waktunya). Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan tersebut.

Saad bin Abi Waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda ‘Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail’.

Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas ‘Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu sembahyang lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak bertaubat Allah menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya’.

Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda ‘Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar’. (Riwayat Al-Hakim)

Wallahua’lam.

SEKSA NERAKA BUKAN KEPALANG
—————————————————
Mereka yang meninggalkan sembahyang akan menerima seksa di dunia dan di alam kubur tidak terlepas daripada tiga seksaan. Tiga jenis seksa di dalam kubur ialah:-

1. Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin sehingga berselisih tulang-tulang dada.

2. Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit dan membakar tubuhnya siang dan malam tiada henti-henti.

3. Akan muncul seekor ular yang bernama ‘Sujaul Aqra’ dan ular itu berkata: ‘Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia- siakan sembahyang Subuh.’

Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar, begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah berterusan
seksaan oleh Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat.

CUAI SOLAT LIMA WAKTU
—————————————–
Di dalam neraka Jahanam terdapat wadi (lembah) yang di dalamnya adalah ular-ular bersaiz sebesar tengkuk unta dan panjangnya sebulan perjalanan. Kerjanya tiada lain selain mengigit orang- orang yang tidak menunaikan sembahyang semasa hidup mereka. Bisa ular itu pula menggelegak di dalam badan mereka selama 70 tahun sehingga luruh seluruh daging badan mereka. Kemudian tubuh mereka kembali pulih lalu digigit lagi dan begitulah seterusnya.

PEMINUM ARAK
————————-
Mereka yang minum arak, akan digantung botol arak itu di tengkuk dan di tangan mereka. Kemudian mereka disula dengan api neraka. Terdengarlah suara yang menyeru,’Inilah si polan anak si polan!’ Tatkala semua manusia dibangkitkan dari kubur, mereka keluar dari kubur dengan bau mulut yang teramat busuk (bau arak), hingga terganggu manusia yang berhimpun di Padang Mahsyar. Peluh yang keluar dari tubuh turut berbau busuk. Kemudian mereka dibelenggu dan dirantai serta dicampakkan terus ke Neraka Jahanam. Di dalam neraka, dituangkan air yang sangat panas ke dalam mulut mereka sehingga putus tali perut, kemudian perut itu jatuh
pula ke atas kaki. Mereka kemudiannya dimasukkan ke dalam peti besar dari api selama seribu tahun lamanya. Kemudian dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam penjara di neraka di mana ular-ular dan kala yang bisa sentiasa menggigit badan mereka. Di kepala mereka diletakkan
mahkota dari api neraka manakala rantai-rantai di tengkuk mereka.

MENGKHIANATI HARTA
———————————–
Mereka yang mengkianati harta orang lain, harta itu akan dijadikan benda yang berat, yang dicampakkan di laut dalam neraka. Mereka dipaksa terjun ke dalamnya untuk mengambil benda tersebut. Apabila mereka timbul, malaikat akan menekan kepala mereka supaya menyelam semula serta dipukul kepala mereka itu dengan besi hingga hancur berkecai. Begitulah diulang-ulang selama mereka di laut itu.

AZAB BAGI YANG KEDEKUT
——————————————-
Mereka yang tamak dan bersifat kedekut hartanya daripada disedekahkan atau dikorbankan untuk kebaikan, harta itu akan dijadikan ular besar yang berbisa, yang bakal menggigit dan mematuknya setiap masa.

SAKSI BOHONG
————————
Orang-orang yang suka membuat saksi bohong, lidah mereka akan digantung pada alang-alang besi yang panas dan badan mereka pula dipukul dengan kuatnya oleh 70 ribu malaikat dengan besi merah menyala hingga hancur luluh daging dan tulang mereka. Kemudian pulih semula dan dipukul lagi. Begitulah seterusnya selama-lamanya seksaan bagi mereka.

MENGUMPAT
———————
Mereka yang suka mengumpat, bibir dan lidah mereka akan digunting hingga putus hingga menyembur darah keluar dengan rasa kesakitan yang amat sangat. Kemudian bibir dan lidah itu akan pulih semula. Bila pulih digunting lagi, kemudian pulih dan digunting lagi. Di dalam setiap tingkat neraka ada banyak sungai, bukit dan pokok kayu. Setiap pokok mempunyai 70 ribu
cabang, setiap cabang ada 70 ribu ular dan kala berbisa. Di dalam buah yang terdapat pada pokok itu ada 70 ribu ulat yang panjangnya seperti anak panah yang tajam-tajam. Mangsa-mangsa Neraka dipaksa memakan buah-buah kayu tersebut.

Sungai-sungai yang memenuhi neraka pula dalamnya kira-kira 70 tahun perjalanan, setiap sungai mempunyai 70 ribu cabang dan 70 ribu lubang. Setiap lubang dipenuhi 70 ribu ekor ular dan kala, yang mana setiap ekor kala itu mengandungi 70 ribu jenis racun berbisa.

—————————————————-
Begitulah gambaran seksaan di dalam api neraka bagi mereka yang ingkar. Renungilah, betapa seksaan yang disediakan itu bukan kepalang sakit, pedih dan derita yang tiada hujungnya. Untuk mereka yang mahu mengambil iktibar daripadanya, ia sudah cukup menggerunkan dan sudah tentu kita manusia yang kerdil ini tidak mampu menghadapinya.

Untuk itu sepatutnya ia akan menyedarkan kita daripada terus alpa dengan dosa-dosa. Dosa itu bermakna kemurkaan Allah dan murka Allah balasannya adalah seksa di neraka kelak. Selagi hayat masih dibadan, sebelum tiba masanya kita dijemput Allah, perbanyakkanlah taubat untuk dosa-dosa yang kita lakukan, memperbanyakkan amal ibadah sebanyak-banyaknya dan banyak
mengingati Allah. Semoga mati kita di dalam rahmat dan kasih sayang Allah swt, dan diampunkan dosa kita.

Jangan berputus asa dengan rahmat Allah swt. Walau sebanyak mana dosa yang kita lakukan, kalau bertaubat dengan bersungguh-sungguh insyaallah akan diampunkan Allah, kerana Allah itu Maha Pengampun. Namun kalau dosa itu ada kaitan dengan manusia seperti menganiaya seseorang, mengumpat, menceroboh harta dan sebagainya, perlu meminta maaf daripada orang
berkenaan di samping memohon keampunanAllah swt.

Mudah-mudahan demi untuk menghindarkan diri dari seksa Allah itu akan mendorong kita bersungguh-sungguh membuat kebaikan dan menjauhi kemungkaran, malah berusaha mencegahnya.


Pesan Roh Kepada Manusia

Oktober 18, 2010

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : “Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut”. Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : “Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh”.

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :”Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh” . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : “Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya” . Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: ” Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku”. “Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku” . “Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku”.

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: “Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku”.

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
“Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. “Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: “Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T.” Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: “Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain.” Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T . maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan. ” Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majli! s ilmu.” Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir.” Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah.” Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:”Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu.” Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah m ulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: “Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.

5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.”

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Kalau rajin.. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Sila panjangkan kisah ini kepada semua saudara islam kita.


Kenali JIN

Oktober 18, 2010

Apa itu Jin?

BERIMAN KEPADA YANG GHAIB
Beriman kepada yang ghaib adalah termasuk salah satu asas dari akidah
Islam, bahkan ianya merupakan sifat yang pertama dan utama yang dimiliki
oleh Allah S.W.T. Justeru itu, bagi setiap orang Muslim, mereka wajib
beriman kepada yang ghaib, tanpa sedikitpun ada rasa ragu. Dalam perkara
ini Ibn Mas’ud mengatakan:
Yang dimaksudkan dengan yang ghaib itu ialah segala apa saja yang ghaib
dari kita dan perkara itu diberitahukan oleh Allah dan Rasul-Nya. Begitu
juga jin.
Jin termasuk makhluk ghaib yang wajib kita imani, kerana banyak
ayat-ayat Al- Qur’an dan Hadis Nabi yang menerangkan tentang wujudnya.

Walaupun jin itu tidak dapat dilihat, maka bukanlah bererti ia tidak
ada. Sebab berapa banyaknya sesuatu yang tidak dapat kita lihat di dunia
ini, akan tetapi benda itu ada. Angin misalnya, kita tidak dapat
melihatnya, tetapi hembusannya dapat kita rasakan. Begitu juga roh yang
merupakan hakikat dari kehidupan kita, kita tidak dapat melihatnya serta
tidak dapat mengetahui tentang hakikatnya akan tetapi kita tetap
meyakini wujudnya.

APAKAH ITU JIN?
Jin adalah nama jenis, bentuk tunggalnya adalah Jiniy ( dalam bahasa
arab dahulu kala, dan Genie dalam bahasa Inggeris ) yang ertinya “yang
tersembunyi”
atau “yang tertutup” atau “yang tak terlihat”. Hal itulah yang
memungkinkan kita mengaitkannya dengan sifat yang umum “alam
tersembunyi”, sekalipun akidah Islam memaksudkannya dengan
makhluk-makhluk berakal, berkehendak, sedar dan punya kewajipan,
berjasad halus and hidup bersama-sama kita di bumi ini. Dalam sebuah
hadith dari Abu Tha’labah yang bermaksud : “Jin itu ada tiga jenis iaitu
: Jenis yang mempunyai sayap dan terbang di udara, Jenis ular dan
jengking dan Jenis yang menetap dan berpindah-pindah.”

AWAL PENCIPTAAN JIN
Allah S.W.T. menciptakan jin sebelum menciptakan manusia, dengan selisih
waktu yang lama bila dikiaskan pada manusia mahupun jin sendiri. Allah
S.W.T.
berfirman ( maksudnya ) : “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan
manusia dari tanah liat kering ( yang berasal ) dari lumpur hitam yang
diberi bentuk. Dan Kami telah menciptakan jin, sebelum itu dari api yang
sangat panas. ( Surah Al-
Hijr: 26-27 ).

BAGAIMANA JIN DAN SYAITAN HIDUP
Jin adalah makhluk yang sangat banyak sekali penduduknya, boleh
dikatakan sama bilangan penduduk bumi sebanyak 5 bilion. Jarang ada
suatu tempat di bumi ini yang tidak diduduki oleh jin, baik di daratan,
lautan mahupun udara. Dunia mereka seperti dunia kita : Ada negara,
kerajaan, berbagai bangsa & kabilah, penguasa dan rakyat jerata. Agama
mereka pun tidak berbeza dengan agama manusia. Diantara mereka,
alhamdulillah, ada yang Muslim dan memperoleh hidayah dari Allah S.W.T.
Yang lain, beragama Masehi, Hindu, Buddha, penyembah berhala dan
penganut ajaran komunis.

TEMPAT TINGGAL JIN
Makhluk jin lebih mengutamakan untuk tinggal di tempat-tempat yang sunyi
dan sepi dari manusia seperti di padang pasir. Ada yang tinggal di
tempat-tempat kotor seperti di tempat pembuangan sampah kerana mereka
memakan makanan lebihan manusia.
Ada juga mereka yang tinggal bersama manusia iaitu di dalam rumah. Abu
Bakar bin Ubaid meriwayatkan: “Pada setiap rumah kaum muslimin ada jin
Islam yang tinggal di atapnya, setiap kali makanan diletakkan, maka
mereka turun dan makan bersama penghuni rumah.”

Jin juga menjadikan tandas sebagai tempat tinggalnya. Rasullullah s.a.w.
telah
bersabda: “Sesungguhnya pada tiap-tiap tempat pembuangan kotoran ada
didatangi jin, kerana itu bila salah seorang kamu datang ke tandas maka
hendaklah ia mengucapkan doa: ” Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung
kepadamu dari jin lelaki dan perempuan” (HR. Abu Dawud)

Jin juga sangat suka tinggal di lubang-lubang. Oleh kerana itu dalam
sebuah hadis dijelaskan yang maksudnya: “Janganlah kamu kencing
dilubang.”
(HR. An-Nas’i)

KERAJAAN IBLIS
Iblis mempunyai kerajaan yang sangat besar. Ada menteri-menteri,
pemerintahan dan pejabat-pejabat. Iblis juga mempunyai wakil-wakil, lima
di antaranya wajid diwaspadai :
Yang pertama, menurut kalangan Jin, bernama Tsabar. Dia selalu
mendatangi orang yang sedang kesusahan atau ditimpa musibah, baik
kematian isteri, anak ataupun kaum kerabat. Kemudian dia melancarkan
bisikannya dan menyatakan permusuhannya kepada Allah. Diucapkannya,
melalui mulut orang yang ditimpa musibah itu, keluh- kesah and caci-maki
terhadap ketentuan Allah atas dirinya.

Yang kedua, namanya ialah Dasim. Syaitan inilah yang selalu berusaha
dengan sekuat tenaganya untuk mencerai-beraikan ikatan perkahwinan,
membuat rasa benci antara satu sama lain di kalangan suami-isteri,
sehingga menjadi penceraian.
Dia adalah anak kesayangan Iblis di wilayah kerajaannya yang sangat
besar.

Yang ketiga, namanya ialah Al-A’war. Dia dan seluruh penghuni
kerajaannya, adalah pakar-pakar dalam urusan mempermudah terjadinya
perzinaan. Anak-anaknya menghiaskan indah bahagian bawah tubuh kaum
wanita ketika mereka keluar rumah, khususnya kaum wanita masa kini,
betul-betul menggembirakan Iblis di kerajaan yang besar. Segala
persoalan yang menyangkut keruntuhan moral dan perzinahan berurusan
dengan pejabat besar mereka.

Yang keempat, namanya ialah Maswath, pakar dalam menciptakan kebohongan-
kebohongan besar mahupun kecil. Bahkan kejahatan yang dia dan
anak-anaknya lakukan sampai pada tingkat dia memperlihatkan diri dalam
bentuk seseorang yang duduk dalam suatu pertemuan yang disenggarakan
oleh manusia, lalu menyebarkan kebohongan yang pada gilirannya
disebarkan pula oleh manusia.

Yang kelima, namanya ialah Zalnabur. Syaitan yang satu ini berkeliaran
di pasar- pasar di seluruh penjuru dunia. Merekalah yang menyebabkan
pertengkaran, caci- maki, perselisihan dan bunuh-membunuh sesama
manusia.

Untuk menghindarinya hendaklah mengucapkan :

Aku berlindung kepada Allah dari gangguan syaitan, ( ** Sebutkan namanya
:
Tsarbar / Dasim / Al-A’war / Maswath / Zalnabur ) yang terkutuk, serta
pengikut- pengikut dan anak-anaknya.

Menurut buku Asy-Syibli meriwayatkan sebuah riwayat dari Zaid bin
Mujahid yang mengatakan bahawa, “Iblis mempunyai lima anak, yang
masing-masing diserahkan urusan-urusan tertentu. Kemudian dia memberi
nama masing-masing anaknya :
Tsabar, Dasim, Al-A’war, Maswath dan Zalnabur.”

KUMPULAN-KUMPULAN JIN
Jin juga seperti manusia yang inginkan nama dan keturunan dan hidup
berpuak- puak. Puak dan kumpulan jin terlalu banyak dan bercakap dalam
berbagai-bagai loghat dan bahasa. Ada sesetengah ulama membahagikan Jin
kepada beberapa kumpulan, antaranya ialah :- Kumpulan yang menunggu
kubur Kumpulan yang menunggu gua Kumpulan yang menunggu mayat Kumpulan
yang menunggu air mata air Kumpulan yang menunggu tasek, kolam, telok,
kuala, pulau dan sebagainya.

PEMIMPIN-PEMINPIN JIN
Jin juga mempunyai pemimpin dan kerajaannya tersendiri. Antaranya ialah
:- Raja Jin Alam bawah yang kafir ialah seperti Mazhab, Marrah, Ahmar,
Burkhan, Syamhurash, Zubai’ah dan Maimon.
Empat Raja Jin Ifrit ( Jin yang paling jahat ) yang mempunyai kerajaan
yang besar yang menjadi menteri kepada Nabi Allah Sulaiman a.s. ialah
seperti Thamrith, Munaliq, Hadlabaajin dan Shughal.
Raja Jin Alam atas yang Islam pula ialah Rukiyaail, Jibriyaail,
Samsamaali, Mikiyaail, Sarifiyaali, ‘Ainyaail dan Kasfiyaail.
Raja Jin yang menguasai segala Jin tersebut bernama THOTHAMGHI YAM TA
LI.
Manakala Malaikat yang mengawal kesemua Jin-Jin di atas bernama
Maithotorun yang bergelar QUTBUL JALALAH.

JENIS-JENIS JIN
Iblis bapa dan pujaan kepada semua jenis Jin, Iblis dan Syaitan.
Asy-Syaitan – Syaitan-Syaitan
Al-Maraddah – Peragu-peragu ( was-was ) Al-Afrit – Penipu-penipu
Al-A’waan – Pelayan-pelayan Al-Tayaaruun – Penerbang-penerbang
Al-Ghawwaasuun – Penyelam-penyelam At-Tawaabi – Pengikut-pengikut (
pengekor ) Al-Qurana – Pengawan-pengawan Al-Ummaar – Pemakmur.

ANAK2 IBLIS YANG MEMPUNYAI KERAJAAN YANG BESAR Thubar – Merasuk manusia
yang ditimpa musibah dan bala.
Daasim – Merasuk manusia untuk menceraikan ikatan siratulrahim,
rumahtangga, keluarga sahabat-handai, jemaah dan sebagainya.
Al-‘Awar – Merasuk manusia supaya meruntuhkan akhlak, berzina, minum
arak, liwat, berjudi dan sebagainya.
Zalanbuur – Merasuk manusia dengan api permusuhan dan pembunuhan.
GELARAN-GELARAN JIN DALAM ISTILAH ORANG MELAYU Jin menurut orang-orang
Melayu mempunyai beberapa nama dan gelaran menurut perwatakan dan rupa
bentuk penjelmaan mereka. Kebanyakan nama Jin-Jin itu dimulai dengan
hantu. Hantu-hantu tersebut sebenarnya adalah terdiri daripada golongan
Jin, cuma di kalangan orang Melayu, menganggap hantu itu adalah makhluk
yang berbeza daripada Jin. Antara Jin-Jin yang popular di kalangan
masyarakat Melayu ialah :-
(a.) – Hantu Raya
(b.) – Hantu Toyol
(c.) – Hantu Pelesit
(d.) – Hantu Kubur
(e.) – Hantu Jerangkung
(f.) – Hantu Galah
(g.) – Hantu bungkus
(h.) – Hantu Bidai
(i.) – Harimau Jadian
(j.) – Hantu Pontianak
(k.) – Hantu Langsuir
(l.) – Hantu Air
(m.) – Hantu Pari
(n.) – Hantu Laut
(o.) – Jin Tanah
(p.) – Hantu Pochong
(q.) – Hantu Pari-Pari
(r.) – Jembalang Tanah
(s.) – Hantu Polong
(t.) – Harimau Penanggal
(u.) – Hantu Bukit
(v.) – Hantu Punjut
(w.) – Hantu Bawah Tangga
(x.) – Hantu Kum-Kum
(y.) – Hantu Mati Dibunuh
(z.) – Hantu Kopek ( Tetek )
(zz) – Hantu Tengelong

MUKHANNATS ADALAH ANAK JIN ATAU SYAITAN
Ketahuilah, apabila seorang lelaki mencampuri isterinya ketika sedang
haid, maka syaitan mendahuluinya. Ketika si isteri hamil dan melahirkan,
maka yang lahir itu adalah al-mukhannats, iaitu anak-anak jin.
Nuthfahnya akan rosak, bahkan boleh membuat si lelaki dan perempuan itu
menderita penyakit.
Sesungguhnya Allah s.w.t. melarang kita untuk mencampuri isteri-isteri
kita yang sedang haid. Barangsiapa melakukan itu, dialah yang
bertanggungjawab terhadap akibatnya, dan lebih dari itu dia pulalah yang
akan menerima akibatnya jika dari hubungan tersebut lahir mukhannats.
Rasanya, itu adalah balasan yang setimpal belaka.

9 ANAK-ANAK SYAITAN YANG LAINNYA
ZALITUUN : Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat
cermat.
Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang
tidak perlu.
WATHIIN : Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka
buruk terhadap Allah.
A’AWAN : Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat.

Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan
tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
HAFFAF : Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang berada
di tempat-tempat maksiat ( i.e. disko, kelab malam & tempat yang ada
minuman keras ) MURRAH : Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang
sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam
keseronokan dan glamour etc.
MASUUD : Duduk dibibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip,
umpatan dan segalaapa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.
DAASIM ( Berilah Salam sebelum masuk ke rumah ) : Duduk di pintu rumah
kita.
Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak
agar berlaku keruntuhan rumahtangga. (suami-isteri bercerai-berai, suami
bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut
cerai, anak-anak didera dan perbagai bentuk kemusnahan rumahtangga).
WALAHAAN : Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika
berwudhuk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.
LAKHUUS : Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api dan
matahari.


Godaan Iblis Dalam Sembahyang

Oktober 2, 2010
Salam untuk semua..
Rasulullah s.a.w. telah menyoal iblis sabdanya, “Wahai iblis! Ketika umatku berdiri mendirikan solat, bagaimanakah hal engkau pada waktu itu?”
Jawab Iblis, “Waktu itulah masa yang paling sukar bagiku, seluruh badanku akan menggeletar dan lemah. Lalu aku memerintahkan sekalian bala tentera aku yang terdiri daripada syaitan dan jin supaya menggoda orang yang hendak solat itu.
Setiap orang akan digoda oleh berpuluh-puluh syaitan, sesetengah pada anggotanya supaya ia merasa malas (hendak melakukan solat).”
“Sesetengah akan masuk ke dalam hatinya supaya ia berasa was-was serta terlupa akan bilangan rakaat dan bimbang terhadap pekerjaan dunia lalu ia segera keluar dari solatnya.
“Sesetengah akan masuk ke dalam mata dan menjadikan hatinya tidak senang.
Sesetengah yang lain pula akan duduk di atas belakangnya supaya orang itu tidak tahan lama untuk duduk tahiyat akhir sementara di dalam hatinya berkehendakan supaya solat itu cepat habis.
“Semua godaan ini adalah supaya pahala solat seseorang umatmu itu akan menjadi berkurangan. Sekiranya segala godaan syaitan itu tidak berhasil maka, akan aku hukum dengan seberat-berat hukuman ke atas syaitan-syaitan itu”.
Itulah janji syaitan, iblis kepada Tuhan bahawa dia akan cuba menyesatkan hati manusia sehingga ke lembah kejahatan agar manusia leka dengan kemanisan duniawi..Jadi berhati-hatilah dengan setiap tingkahlaku kita kerana mereka akan sentiasa mencari ruang untuk memperdayakan manusia yang berjiwa lemah..
Pesanan untuk diriku sendiri dan sahabat jua