Luahan Hati Sahabat Kita

o
22.07.09
o
3.26petang…

o
assalammualaikum,kalimah pertama untuk saya mulakan dalam hidup saya..terlalu payah untuk saya hadapi sehingga sekarang,saya tidak tahu adakah ini takdir saya..memg terlalu indah jika kita mencintai seseorg itu,kita ingin kan kebahagian bersama hanya milik kita,tapi bagi diriku..aku terpaksa berkongsi kasih sayang itu,malahan terlalu pedih..aku dah xsnggup tapi aku dah xtahu bagaimana nak aku lakukan..putus dah banyak kali aku mintak cara elok tapi dia tetap xnak lepaskan aku..aku pun xtahu apa yg dia inginkan lagi sedangkan dia sudah berumah tangga,mempunyai anak2 dan isteri..selama 4tahun aku dibohongi,akhirnya segalanya terbongkar..tapi terbongkar setelah aku berikan cinta aku padanya..terlalu seksa bila cinta yg aku berikan dipermainkan..apa harus aku buat..
o
isteri dia baik dgan aku.kami pun bekawan baik..aku xsanggup nak kongsi kasih,,aku hanya ingin kan dia sahaja..dan hanya aku dihatinya..tapi xmungkin…dan xakan berlaku…terlalu payah untuk aku ceritakan..walaupun aku banyak kali meminta putus tapi yang aku dapat mengamuk dia..yang xmahu melepaskan aku..aku ada memberitahu dia,jika sayang,cintakan aku ceraikan isteri dia,tapi dia marah lagi aku..aku tahu dia xsnggup dan aku pun xminta hanya untuk melihat reaksi dia sahaja..kenapalah aku pertemukan dgan nya..apa harus kau buat,,setiap hari aku rungsing dan tekanan memikirkan hal aku sendiri..aku sudah buntu untuk mencari jawapanya…aku tak tahu cara mana untuk aku pergi jauh dari hidup dia..aku terseksa untuk berkongsi kasih sayang dia pada aku sendiri…tolong lah berikan ku jawapan…
o
setiap hari aku membilang waktu untuk hubungan aku ini sampai bila…sampai bila kau nak bohong diri aku ini…malahan percintaan aku dgan nya penuh dgan cover…setiap kali bersama ngan isterinya.aku seperti org yang membohongi diri aku ini..bila aku ngan kekasih ku sahaja..kami biasa tapi bila ngan org lain aku kena cover sentiasa…aku xfaham kenapa percintaan aku ini untuk disorok2 dan untuk dicover2…aku xnak begitu..dah banyak kali aku luahkan isi hati aku padanya,tapai seperti curahkan pada daun keladi…

9 Responses to Luahan Hati Sahabat Kita

  1. Azman berkata:

    Salam,

    Langkah pertama perlu saudari lakukan ialah sedarkan diri dari mimpi ni.

    kedua dekatkan diri kepada Allah swt.

    Ketiga hentikan hubungan dengan lelaki ini.

    Keempat jauhkan diri dari dia dan jangan biarkan perasaan mengambilalih pemikiran kita.

    Ingat dunia ini masih luas, banyak lagi lelaki yang baik dan sesuai dengan kita.
    Lelaki seperti ini bukan lah kategori yang baik kerana menduakan isterinya sendiri.

    Maybe hari ini isterinya dicurangi, ntah esok lusa saudari pulak?

    Fikir sejauhnya yang mungkin…

  2. pakcikli00 berkata:

    lepaskan separuh kepada Dukun Asmara.
    terima kaseh.

  3. piah berkata:

    dik, kalau sepejabat, carilah kerja lain…bumi Allah luas dan pasti Allah memudahkan laluan adik
    kalau sedaerah, pindah lah..biarlah kita beralah…susah dalu tapi dengan keikhlasan adik..insyaallah Allah membantu
    jangan diteruskan hubungan yang tidak akan kemana.Adik hanya mainan, mungki mencuba ‘market’ atau sekadar melepaskan rindu dan mengisi kekosongan hati yang tak pernah puas. Jangan diikut kata hati..rindu hati…tapi fikir secara seruis dan waras lagi wajar.. fikirkan ibu, ayah adik abang kakak dan orang yang kita sayang..relakah mereka bersekongkol dosa dengan adik meruntuhkan masjid dan menyebabkan anak-anaknya terumbang ambing?…cerita di suratkhabar…adik gunting dan kumpul…bila senang, adik fikirkan seba musabab dan akibat dari cinta curang seorang suami yang adik pertahankan.Ingatlah.. tak akan ada kesudahan cinta adik…
    berdoalah selalu agar Allah bersama-sama adik agar dikuatkan hati, semangat agar dik dapat berfikir waras dan wajar…

  4. Sheik faroq berkata:

    Salam,
    tenangkan fikiran banyak-banyak bersabar dan lupakan kisah yang telah berlaku.
    list 10 perkara yang kamu benci pada dia, setiap kali kamu teringat, terfikir,terbayangkan dia, fikirankan 10 kebencian yang telah kamu list tadi.

  5. marlina berkata:

    salam…

    apa yg saya leh kata….x semua ape yg kite impikan akan tercapai.anggap la ni sebagai ujian Tuhan pada kite.awak kena kuatkan diri,dan jauh kan diri dari dia.kalau x..samapi bile2 pun awak yg jadik mangsa keadaan.pikirkan diri kite dulu sebelum kite pikirkan org lain.da 4 tahun membazir masa ngan dia…jadik da tiba masanyer utk cari kebahagian…all the best…

  6. miz berkata:

    adei…bg pndangan…tp cam rs nk marah pn ade…ade ke suruh laki tu cerai bini die…kalo laki tu nk kat ko…mcm2 dah die leh wat, mgkin awl2 lg die amik ko jd bini die…nmpak sgt ko tu cume mainan je…kdg2 ade pmpuan xkesa jd ‘kekasih gelapku’ ni. semata2 nk ada org syg. padahal cinta kite ni hya utk yg 1. rsnye sume dah thu kan. kalo die x nk tgglkan ko. ko la tggalkan die. lgpn ko bkn nye ada ikatan pape pn. cume kekasih je. meh aku bg cara nk lupekan die(pengalaman aku nih)

    – pk yg buruk2 je psl die. pk die sbnarnye nk amik ksmpatan kat ko. kalo aku la, org tu dah sekali menipu smpai mati aku dah x cye kat die. ko yakin ke die btol2 syg kat ko?(tah2 tpu gak)
    -cari lain je. ala, kumbang bkn sekor. byk lg laki2 bujang yg available. jgn la cari mat rempit lak. bile dah ade pgganti ni, ko tak la asyik fkrkn laki ni je.
    -sbnrnye lg sronok kalo single. bebas. jln2 ngan mmbe2. mkn angin. ngorat2 org..perghh…best gile….

    So, tu je kot. kite ni pmpuan jgn mgalah dgn laki. jgn smpai laki tu pk yg kite tak mampu idup tnpa diorg. biar diorg yg xleh idup tnpa kite2 ni….who agree with me??raise your hand……hahahahaha….

  7. maharani berkata:

    assalamualaikum dik..

    masalah adik ni bukan masalah yang besar atau luar biasa, ini masalah biasa yang sering melanda masyarakat perempuan masa kini. Dek kerna lelaki sudah semakin berkurangan, hal ini timbul, erm mungkin juga la…

    ana tak menafikan hak perempuan atau hal lelaki untuk rasa suka dan sayang, tapi fikirlah dengan pandangan pemikiran yang sihat dan mata hati yang jelas. Jangan kerna sayang diri melayang… kamu punya jalan hidup yang masih panjang, insyaAllah, lakukanlah sesuatu yang terbaik agar kamu tak menyesal dikemudian hari,

    langkah kamu meminta dia menceraikan isteri tu adalah satu jalan yang menemui kebuntuan, Allah sendri melarang supaya tidak meruntuhkan masjid yang dibina…

    dalam hadith ada mengatakan sesungguhnya seburuk-buruk benda yang halal adalah talak… jelas disini Allah tidak sukakan talak, tetapi sekiranya tiada jalan lain, maka talak adalah sebaiknya. tapi dalam kes kamu ini, jalan terbaiknya bukanlah cerai..

    kalau kamu mampu, teruskan dengan menjadi isteri no 2 nya, kalau tidak, tinggalkan aja, kenapa perlu rasa terikat sedangkan kamu bukan apa2 lagi dengan dia, betunang juga belum apatah lagi kawin, kamu punya hidup kamu sendiri, kuatkan semangat,

    ana sokong jawapan beberapa yang diatas ini, kumbang bukan seekor, andai kata tidak didunia kamu temui, insyaAllah akhirat nanti pasti…kamu akan miliki juga….

    mengadu dan bermohonlah kepada Allah, Allah jua sebaik2 tempat bergantung dan sebaik2 penolong kita semua, sedarkan diri kita hanya hambaNya yang hina, tidak ada daya untuk melawan kehendak dariNya…

    wallahualam

  8. suffer_cation berkata:

    sebelum nak bercerita ttg kisah cinta bersegi-segi kau nie aku cuma nak tahu kau tahu ke makna lelaki?makna suami nie?
    lelaki/suami nie ada 4 amanah wajib.pertama ibu.kedua isteri.ketiga anak perempuan.keempat saudara perempuan.4,4 nie semua kat akhirat nanti si lelaki/suami nie yg kena jawab.klu lelaki skrg yg kau dok bercinta nie abaikan salah 1 dari 4 tue maknanyer cr lah lelaki lain.jgan rugikan masa depan.jangan pertaruhkan kehidupan dunia akhirat.
    jangan cepat melatah.logik akal lah kan.hukum karma.jgn sangka kita akan sentiasa di atas.hidup umpama roda.hidup juga umpama pantai.sekali bah sekali pantai berubah.hati manusia pun macam tue jugak.
    apa2 pun ianya bergantung pada iman dan hati kita.buatlah pilihan yg bijak.sesungguhnya wanita pelengkap kejadian lelaki.rusuk kiri yg dicari-cari.jadilah rusuk terbaik kepada lelaki yg terbaik.yg mampu selamtakan kita dunia akhirat.
    gunakan mata hati untuk melihat kebenaran yang pasti.
    as’salam alaika ya hawa khalifatullah….

  9. amoi berkata:

    dekatkan dirimu dengan Allah…..

Tinggalkan komen