Doa nabi Zakaria bagi memperoleh zuriat dan menghadapi kehidupan dalam kesabaran

Doa nabi Zakaria bagi memperoleh zuriat dan menghadapi kehidupan dalam kesabaran.

وَزَكَرِيَّا إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika dia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi. (surah al-anbiya, ayat 89)

هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ ۖ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. (surah ali-imran, ayat 38)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan) (surah ali-imran, ayat 200)

7 Responses to Doa nabi Zakaria bagi memperoleh zuriat dan menghadapi kehidupan dalam kesabaran

  1. shima berkata:

    tip yg berkesan mendapatkan zuriat,diharap dapat berkongsi bersama

  2. […] Doa nabi Zakaria bagi memperoleh zuriat dan menghadapi kehidupan dalam kesabaran July 2009 1 comment […]

  3. zuraidah bte abdullah berkata:

    ble x tulis dalam bahasa rumi…sbb sya x pandai jawi sya nak snggt doa ni….

    • azmeer berkata:

      DOA’ MOHON ZURIAT[/b]

      untuk rawatan kepada yg tidak memperolehi zuriat, kombinasi bacaan doa’nya ialah;

      1) [b]surah al-Fatihah[/b]

      2) [b]doa seperti berikut[/b] : robbi la tazarni fardon wa anta khoirul warisin ( al-anbiya’:89)

      (maksud: “wahai Tuhanku! janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat), dan engkau jua sebaik-baik Yang Mewarisi”).

      robbi habli milladunka zurriyatan toiyibah, innaka sami’uddua’ (ali’imran:38)

      (maksud: “Wahai Tuhanku! kurniakan daku dari sisiMU zuriat keturunan yang baik, sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima doa permohonan”)

      awalam yarollazi nakafaru annassamawati wal ardho kanatarotqon fafataqnahuma, waja’alna minalmaaaa ikulla shaiin hai’, afala yu’minun. (al-anbiya’:30)

      (maksud: “Dan tidakkah org2 kafir itu memikirkan dan mempercayai bhw sesunggunya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yg satu),lalu Kami pisahkan antara keduanya,dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup. Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?.

      3) s[b]eterusnya doa’ berikut dibaca 7 kali[/b]: subhana man amruhu bainal kafi wannun. subhana man amruhuuuu izaaa aroda syai an anyakulalahu kun fayakun. as alullah hal a’zima rabbal arshil ‘azimi anyashfiyak.

      (maksud: MAha sucu Tuhan yg urusannya antara “Kaf” dan “Nun”. Maha suci Tuhan yg urusannya apabila Dia mengkehendaki sesuatu, Ia berkata “Jadilah!”, maka akan jadilah. Aku bermohon kepada Allah yg Maha Agung , Tuhan yg memiliki Arasy yg agung agar Dia menyembuhkan.

      • Hamzah berkata:

        Salam…
        Doa yg dibaca pada no 3) adalah surah yg terdapat di dalam Al-Quran? Kalau ya, surah manakah ini? Terima kasih

  4. ieda berkata:

    TERIMA KASIH AZMEER,SY PUN TUMPANG AMBIL DOA NIE…THANKS

Tinggalkan komen