Aku Mencari 5 orang

Mac 21, 2008

Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama ‘Huraisy’ berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. Malaikat Jibril bertanya : ‘Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?’ Huraisy pun menjawab, ‘Aku mahu mencari lima orang.’ ‘Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat. Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka minum arak.’ ..sampaikan pesanan ini biarpn 1 ayat.. Wallahualam….


ORANG MUKMIN : HIDUP DENGAN PENUH CUBAAN

Mac 21, 2008

ORANG MUKMIN : HIDUP DENGAN PENUH CUBAAN

Terdapat riwayat yang shahih bahawa Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda;

ertinya :

” Sesungguhnya seorang mukmin tercipta dalam keadaan Mufattan ( penuh cubaan ),

Tawwab ( senang bertaubat ), dan Nassaa’ ( suka lupa ), ( tetapi ) apabila diingatkan ia

segera ingat. ”

Silsilah Hadith Shahih No. 2276

Hadith ini merupakan hadith yang menjelaskan sifat-sifat orang mukmin, sifat-sifat yang

senantiasa melekat dan menyatu dengan diri mereka, tiada pernah lepas hingga seolah-olah

pakaian yang selalu menempel pada tubuh mereka dan tidak pernah terpisah dari mereka.

Mufattan

Ertinya : Orang yang diuji ( diberi cubaan ) dan banyak ditimpa fitnah.

Maksudnya : ( orang mukmin ) adalah orang yang waktu demi waktu selalu diuji oleh Allah

dengan bala ( bencana dan dosa-dosa ).

Faid-Qadir 5/491

Dalam perkara ini, fitnah ( cubaan ) itu akan meningkatkan keimanannya, memperkuat

keyakinannya dan akan mendorong semangatnya untuk terus menerus berhubungan dengan

Allah Subhanahu Wa Taala, sebab dengan kelemahan dirinya, ia menjadi tahu betapa

Maha Kuat dan Maha Perkasanya Allah, Rabbnya.

Menurut sebuah riwayat dalam shahih Bukhari dan shahih Muslim, sesungguhnya Nabi

Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda; ertinya :

” Perumpamaan orang mukmin ibarat sebatang pokok yang lentur diombang-ambing angin,

kadang hembusan angin merobohkannya, dan kadang-kadang meluruskannya kembali.

Demikianlah keadaannya sampai ajalnya datang. Sedangkan perumpamaan seorang

munafik, ibarat sebatang pokok yang kaku, tidak bergerak oleh terpaan apapun hingga

( ketika ) tumbang, tumbangnya sekaligus. ”

HR Bukhari & Muslim

Ya, demikianlah sifat seorang mukmin dengan keimanannya yang benar, dengan tauhidnya

yang bersih dan dengan sikap iltizam ( commitment ) nya yang sungguh-sungguh.

Tawaab Nasiyy

Ertinya : Orang yang bertaubat kemudian lupa, kemudian ingat, kemudian bertaubat.

Faid-Al Qadir 5/491.

Seorang mukmin dengan taubatnya, bererti telah mewujudkan makna salah satu sifat Allah

Subhanahu Wa Taala, iaitu sifat yang terkandung dalam namaNya :

Al-Ghaffar ( Zat yang Maha Pengampun ). Allah Subhanahu Wa Taala berfirman; ertinya :

” Dan sesungguhnya Aku yang amat memberi ampun kepada orang-orang yang bertaubat

serta beriman dan beramal soleh, kemudian dia tetap teguh menurut petunjuk yang

diberikan kepadanya. ”

Q.S Taha : 82

Apabila Diingatkan, Ia Segera Ingat.

Ertinya : Bila diingatkan tentang ketaatan, ia segera bergegas melompat kepadanya, bila

diingatkan tentang kemaksiatan, ia segera bertaubat daripadanya, bila diingatkan tentang

kebenaran, ia segera melaksanakannya, dan bila diingatkan tentang kesalahan ia segera

menjauhi dan meninggalkannya. Ia tidak sombong, tidak besar kepala, tidak bongkak dan

tidak tinggi hati, tetapi ia rendah hati kepada saudara-saudaranya, lemah lembut kepada

sahabat-sahabatnya dan ramah tamah kepada teman-temannya, sebab ia tahu inilah jalan

Ahlul Haq ( pengikut kebenaran ) dan jalannya kaum mukminin yang sholihin.

Terhadap dirinya sendiri ia berbatin jujur serta berpenampilan luhur, sedangkan terhadap

orang lain ia berperasaan lembut dan berakhlak mulia, bersuri tauladan kepada insan

tauladan paling sempurna iaitu Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam, yang telah diberi

wasiat oleh Rabbnya dengan firmanNya yang ertinya :

” Maka dengan sebab rahmat ( yang melimpah-limpah ) dari Allah ( kepadamu wahai

Muhammad ), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka ( sahabat-sahabat dan

pengikutmu ), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari

dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka ( mengenai kesalahan yang mereka lakukan

terhadapmu ) dan pohonkanlah ampun bagi mereka dan juga bermesyuaratlah dengan

mereka dalam urusan ( peperangan dan hal-hal keduniaan ) itu. Kemudian apabila engkau

telah berazam ( sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu ) maka bertawakallah

kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. ”

Q.S Aali Imran : 159

Inilah sifat seorang mukmin. Ini pula jalan hidup serta manhaj perilakunya.

Wallahua’lam Bisshawab

Sujud aku di kakiMu
Bersimpuh dalam lautan doa
Laa ilaaha illallaah
Memuja namaMu
Pada zikir-zikir tanpa batas


20 Petua Murah Rezeki

Mac 21, 2008

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan
keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan
konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat
setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang
boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-
Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan
membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya
maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup
kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari
Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan
Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada
hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.
Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan
menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan
memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad,
Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas
r.a.)

3.Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan
saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi
s.a.w.:
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa
yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4.Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang.
Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan
mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati
menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar
siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah
berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.
Baginda s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan
Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani,
al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki,
berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya
nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim
dan ad-Dailami)

6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan
dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin,
juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana
orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7.Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam
bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan
hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8.Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita
tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan,
kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan
terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9.Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan
rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain.
Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati,
melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10.Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian
sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11.Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya
maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12.Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman
mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh
Allah . Baginda s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah
akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-
Walid)

13.Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu
rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang
Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba
sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada
orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang
menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-
Daruquthni dari Anas r.a.)

14.Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh
rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang
dan doanya dimakbulkan Allah

15.Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan
urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri.
Firman Allah dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat
rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan
Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan
Thabrani)

16.Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah .
Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-
Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya
azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan
memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan,
menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk
keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama,
diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika
dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat,
dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan
murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat
menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu;
misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi
doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah
pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.” Ada juga hadis
menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia
tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18.Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh
bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam
al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan
perkenankan.

19.Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis
sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang
dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah
beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi
Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang
boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya,
hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik
dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya
pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang
baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya
yang haram, dan sebagainya.

20.Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan
Allah . Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan
(keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar
tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia
pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-
Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab
r.a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa
kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari
segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan
yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)
Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata
yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-
amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah
limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan
pemberian-Nya.


Kepentingan hari Jumaat

Mac 21, 2008

1. hari jumaat ialah penghulu segala hari
2. Nabi Adam a.s. dijadikan pada hari jumaat
3. Nabi Adam a.s. dimasukkan ke syurga pada hari jumaat
4. Nabi Adam a.s. dikeluarkan dari syurga pada hari jumaat
5. hari kiamat insyallah terjadi pada hari jumaat
6. doa ketika khatib duduk diantara dua kutbah hari jumaat
mudah dikabulkan oleh Allah
7. pada hari jumaat ada satu saat dimana doa seorang hamba
dikabulkan oleh Allah Taala.

Rasulullah s.a.w. bersabda
sesungguhnya pada hari jumaat ada satu saat,
kalau kebetulan ada seorang muslim
meminta sesuatu kepada Allah Azza Wajalla
pada masa itu,
nescaya akan diberikanNya.
(PETIKAN DARI BUKU SOLAT RASULULLAH)

p/s: Moga doa saya hari ini dimakbulkan amin..


Isteri Nabi yang paling banyak sedekahnya

Mac 21, 2008

Isteri Nabi yang paling banyak sedekahnya

Zainab binti Jahsy adalah putri dari bibi Rasulullah yang bernama
Umaymah binti Abdul Muthalib bin Hasyim. Zainab adalah seorang wanita
yang cantik jelita dari kaum bangsawan yang terhormat. Dipandang dari
ayahnya, Zainab adalah keturunan suku Faras yang berdarah bangsawan
tinggi.
Ia dinikahkan Rasulullah dengan anak angkat kesayangannya Zaid bin
Haritsah. Tetapi pernikahan itu tidak berlangsung lama, mereka
akhirnya bercerai. Kemudian Allah memerintahkan Nabi Muhammad S.A.W
untuk menikahi Zainab. “Maka tatkala Zaid telah mengakhiri keperluan
terhadap isterinya ( menceraikannya ). Kami kawinkan kamu dengan dia
supaya tidak Ada keberatan bagi orang mu`min untuk ( mengahwini )
isteri-isteri anak-anak angkat mereka, apabila anak-anak angkat itu
telah menyelesaikan keperluannya daripada isterinya. Dan adapun
ketetapan Allah itu pasti terjadi.” (Q.S.33:37 )

Bukhori meriwayatkan dari Anas, Zainab sering berkata, “Aku berbeza
dari isteri-isteri Rasulullah S.A.W yang lainnya. Mereka dikahwinkan
oleh ayahnya, atau saudaranya, atau keluarganya, tetapi aku
dikahwinkan Allah dari langit.”
Zainab adalah seorang wanita berhati lembut Dan penuh kasih sayang,
suka menolong fakir miskin Dan kaum lemah. Dia senang sekali memberi
sedekah, terutama kepada anak yatim.

Rasulullah pernah bersabda kepada isterinya, “Yang paling dahulu
menyusulku kelak adalah yang paling murah tangannya.” Maka
berlumba-lumbalah isteri beliau memberikan sedekah kepada fakir
miskin. Namun tak Ada yang bisa mengalahkan Zainab dalam memberikan
sedekah. Dari Aisyah r.a berkata, “Zainab binti Jahsy adalah seorang
dari isteri-isteri Nabi yang aku muliakan. Allah S.W.T menjaganya
dengan ketaqwaan Dan saya belum pernah melihat wanita yang lebih baik
Dan lebih banyak sedekahnya Dan selalu menyambung silaturahim Dan
selalu mendekatkan dirinya kepada Allah selain Zainab.”

Mengapa?, apakah kerana Rasulullah memberikan belanja yang lebih
terhadap Zainab ? Tidak, Rasulullah S.A.W tidak pernah berbuat seperti
itu. Lalu dari manakah Zainab mendapatkan Wang untuk sedekah ? Ia
memiliki berbagai macam keahlian. Ia bisa menyamak kulit, memintal
serta menenun kain sutra, hasilnya dijual Dan disedekahkan. Hal itulah
yang menyebabkan wanita cantik isteri Rasulullah ini bersedekah lebih
banyak dari yang lainnya.
Setelah Rasulullah wafat, Zainab memperbanyak usahanya, agar bisa
melipat gandakan uang yang diterimanya. Ketika IA mendapat bagian
harta dari Baitul Mal dimasa khalifah Umar r.a dia berdoa, “Ya Allah
janganlah harta ini penyebab fitnah.” Segera IA bagikan harta itu
kepada yatim piatu Dan fakir miskin. Mendengar itu Umar r.a mengirim
lagi, tetapi Zainab membagi – bagikannya lagi kepada yatim piatu Dan
fakir miskin. Wanita pemurah itu wafat pada tahun 44H pada masa
Khalifah Muawiyah. Wallahu a`lam.

( Disarikan dari Shifatush Shofwah, Ibnu Jauzi Dan Qishhshu An-Nisa If
Al Qur`an Al-Karim, Jabir Asyyaal )

Oleh :
Al-Islam – Pusat Informasi Dan Komunikasi Islam Indonesia


Penyakit Rohani

Mac 21, 2008

Penyakit Rohani

 Sebuah hadis yang menjadi pesanan Rasulullah s.a.w kepada Saidina Ali r.a: “Wahai Ali, setiap sesuatu pasti ada penyakitnya: Penyakit bicara adalah bohong, penyakit ilmu adalah lupa, penyakit ibadah adalah riak, penyakit akhlak mulia adalah kagum kepada diri sendiri, penyakit berani adalah menyerang, penyakit dermawan adalah mengungkap pemberian, penyakit tampan adalah sombong, penyakit bangsawan adalah membanggakan diri, penyakit malu adalah lemah, penyakit mulia adalah menyombongkan diri, penyakit kaya adalah kikir, penyakit royal adalah hidup mewah dan penyakit agama adalah nafsu yang diperturutkan…” Ketika berwasiat kepada Ali bin Abi Thalib r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Wahai Ali, orang yang riak itu mempunyai tiga ciri iaitu: 1. Rajin beribadat ketika dilihat orang. 2. Malas ketika sendirian. 3. Ingin mendapat pujian dalam segala perkara. Wahai Ali, jika engkau dipuji orang, maka berdoalah: “Ya Allah, jadikanlah diriku lebih baik daripada yang dikatakannya, ampunilah dosa-dosaku yang tersembunyi darinya dan janganlah kata-katanya mengakibatkan seksaan bagiku…” Ketika ditanya bagaimana cara mengubati hati yang sedang resah dan gundah gulana, Ibnu Mas’ud r.a berkata: “Dengarkanlah bacaan al-Quran atau datanglah ke majlis zikir atau pergilah ke tempat yang sunyi untuk berkhalwat dengan Allah s.w.t. Jika belum terubat juga, maka mintalah kepada Allah s.w.t hati yang lain kerana sesungguhnya hati yang kamu pakai bukan lagi hatimu….”