Bagaimana Untuk Menggembirakan Hati Yang Sengsara, Sedih dan Kecewa.

Bagaimana Untuk Menggembirakan Hati Yang Sengsara, Sedih dan Kecewa.

Sebenarnya nak menghilangkan rasa sengsara, sedih dan kecewa caranya ada banyak, dan keberkesanannya terpulang pada ketahanan mental Anda, emosi Anda, kesabaran Anda. Tapi saya boleh jamin cara yang saya kongsikan ni, sebelum saya menulisnya, telah diguna oleh kebanyakan orang dan telah ditulis oleh ramai pakar motivasi, penulis buku pembangunan diri dan mereka sendiri telah melakukannya dulu.

Untuk tips motivasi kali ini, saya kongsikan 7 tips asas menggembirakan hati yang sengsara, sedih dan kecewa serta cara untuk berdepan dengan emosi tersebut, saya gabungkan dengan cara saya sendiri. Kita mulakan dengan…

1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.
Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.

Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan.

Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau.
Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri Anda mengawal emosi.

3. Belajar Rajin Bersyukur.
Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar Menjadi Pemaaf.
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda Anda.

Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun… Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda.

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan Anda boleh ketawa? Come on…

6. Ubah Fikiran
Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.

Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda selalu fikirkan.

Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.

7. Hati Mesti ‘Keras’.
Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu.

Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.

Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.

Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.

Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.

19 Responses to Bagaimana Untuk Menggembirakan Hati Yang Sengsara, Sedih dan Kecewa.

  1. Zainah berkata:

    Aslmkm..sy ingin sekali mendapat kn kata2 pendapat dan semangat..sy telah melalui hr2 yg mengecewakn…jalan hdup sy dibelenggu perasaan kecewa hnya kerana tidak dapat lari dari seseorang.yg telah byk melakukan kekerasan dan desakan..sudilah membantu sya..tp sy xthu pda siape yg dpt membantu…

  2. fadhil berkata:

    Saya pun pernah rasa sedih sebab berpisah dengan seseorang tapi kita kena tabahkan hati kiter kerana hidup mesti diteruskan, semua manusia ada masalah dan masalah tu pasti dapat diselesaikan, saya dulu pernah putus asa dan tk tau nak buat apa-apa tapi apabila difikirkan jangan cuba menyeksakan diri sendiri kerana itu akan merugikan diri sendiri. ITU SAJA

    • setiap manusia pasti akan melalui dugaan dan ujian sehingga kita tidak dapat mengawal emosi…., seperti sy juga pernah melalui semua tu…terlampau syg sehingga bukan mudah nk melupakan…setiap janji serta apa2 yg diucapkan pasti terliang di telinga…airmata yg mengalir sampai kering utk mengalir sbb ia sudah pun terjadi dan pasti terjadi…derita pahit yg di tanggung bukan mudah utk mengharungi tapi percayalah semua dugaan tu adalah tanda kasih syg ALLAH pada kita….sbb ALLAH tahu kita seorg manusia yg kuat…., sedih ,kecewa, pasrah dan airmata adalah peneman hidup kita…mendoakan kebahagian org lain serupa juga mendoakan kebahagian kita….

      • norliza berkata:

        betul tu..Allah tk akan uji kita dengan sesuatu yang di luar kemampuan kita..anggaplah bila kita di uji,sebenarnya kita adalah insan terpilih..Allah tak kan bagi ujian tu kalau kita tak mampu..Allah bagi sebab Dia tahu kita mampu hadapinya..bersyukurlah..yakin Allah itu sentiasa ada bersama kita..sabar,doa n tawakkal..

  3. Sue berkata:

    Assalamualaikum..sememangnye hati yang sedih dan kecewa, kalau tidak dapat dikawal boleh membawa kepada putus asa. Dan putus asa yang paling parah adalah putus asa terhadap ketentuan Allah S.W.T. Justeru,ingatlah bahawa tiada yang lebih mengetahui selain dari Allah. Sesungguhnya apa yang telah berlaku itu pasti ada hikmah disebaliknya. Ingatlah tiada saat yang paling penting dalam hidup setiap manusia kecuali saat-saat akhir nafas dihembus……….

  4. dijey lutuna berkata:

    bagaimana sih cara menghilangkan sikap iri dan dendam…krn ini membuat hidup sayan tidak tenang?

  5. Manusia berkata:

    Saya sarankan saudara/saudari sekalian mencari buku La Tahzan/ Jangan Bersedih yang terdapat dipasaran.
    Mungkin sedikit sebanyak dapat membantu

  6. lyka berkata:

    saya seorang yang cepat. berfikiran positif . sebagai contoh ,sekarang saya menjalani latihan prakrikal . keadaan disitu membuatkan saya rasa nak pulang ke rumah . saya akan sentiasa teringatkan keluarga dan akhirnya membuat saya menangis . saya dah cuba untuk mengatakan kuat pada diri sendiri . tapi saya gagal,bila bekerja saya dapat mengawal emosi tapi selepas habis waktu kerja saya merasakan tiada kekuatan diri untuk meneruskan hari yang seterusnya

  7. lyna berkata:

    assalamualaikum..
    Di sini saya ingin berkongsi kesedihan yang saya alami di tempat kerja, saya baru saja berkhidmat 3 bulan yang lalu. akan tetapi teamwork saya tidak begitu mesra dgn kehadiran saya. saya rasakan saya di pulaukan.sehingga kini saya belum lagi di confirmkan berkerja. itu lagi membuatkan saya rasa terhina. rakan2 yang masuk bekerja sama dengan saya (lain dept) dah dapat surat pengesahan berkerja. untuk pengetahuan mereka semua adalah non muslim..segala bentuk perbincangan saya di ketepikan. itu tak jadi masalah. yang paling teruk, ada juga insan sesama islam tidak mahu berkongsi segala ilmu dengan saya. saya rasa sedih, kadang2 tertekan, bila fikirkan saya perlu berkeja dan bantu suami saya, saya ketepikan semua, tetapi hanya dlm tempoh sekejap. keadaan sekitar memang baik di sini, tetapi team work saya yang buat saya betul2 sedih, tertekan..murung.
    harap sahabat di sini dapat memberi sedikit nasihat agar saya boleh jadi insan yang kuat, tabah dgn apa yang belaku

    • norliza berkata:

      lyna..jgn bersedih n stress…belajar utk berfikiran positif, hargai n sayangi diri..fokus kepada niat lyna bekerja.tunjukkn bahawa lyna seorang pekerja yang berwawasan.cuba cari sebab mengapa team work tak mesra dgn lyna atau lyna sendiri beranikan diri utk bermesra dgn mrk.tunjukkan minat dan kesungguhan lyna dlm kerja berkmpulan dgn mrk.jgn terus bermurung..semangat lyna!..jgn lupa berdoa ya..salam perkenalan..

  8. […] SUMBER Tweet GD Star Ratingloading…GD Star Ratingloading… Filed Under: Petua & Tips Tagged With: tips untuk bahagia, tips untuk gembira, tips untuk mengembirakan hati About Puteri KasihI am not a princess but I am full of love […]

  9. norliza berkata:

    salam semua..jangan trlalu bersedih dalam menghadapi dugaan hidup..ingatlah sesungguhnya Allah tidak akan menzalimi kita dan Allah tak akan beri sesuatu ujian itu di luar kemampuan hambanya..banyakkan berdoa dan bersabar..sesungguhnya Allah bersama dgn org yang bersabar dan sentiasa mengingatinya..selangkah kita rapat kepada Allah,seribu langkah Allah rapat pada kita..InsyaAllah..

  10. N.aqilah berkata:

    Salam..sy br shj ditgglkan sm1..sy xmrh pd die bile die tgglkan sy.cuma sy xdpt terima kenangan yg terlalu dalam.sy rasa diri sy kadang2 mampu lupekan kenangan itu.tp bila kenangan itu dtg.100% hati sy hancur.mcm org holang segala2 nya..sy harap sesiapa mampu bantu sy utk lupakan kenangan yg sy bina 2tahun lebih ini

  11. afieq berkata:

    saye ade masalah yang terbesah bagi saye, iaitu cepat nagis.ye,saye tau nampak macam lawak tapi saye x tau nape saye cepat nagis..pernah saye diejek “ciwek”kat skola..disebabkan terlangar rakan saje..
    ape penyelesaiannye..?

  12. indah nur qaseh berkata:

    salam sy nk berkongsi kisah hidup sy yg sering dipermainkan oleh lelaki. sy sgt sygkn dier tetapi sy sungguh tak sangka yang dier menipu sy. ramai kawan@ dier yg saya knl beritahu tntang diri dier dengan seseorang. pada mulanya sy tidak percaya. bg sy..sy kuatkan hati untuk hadapi masalah nie. skalau betul apa yang diperkatakan oleh kawan dier..sy akan nmpak depan mata saya sndiri. kuasa tuhan mmg btl apa yg diperkatakan oleh kwn2 dier. dan skrang sy mngambil kputusan berdiam diri dan cuba sedaya upaya elakkan diri dari dier. dan dalam mase yg sama sy sering meminta pendapat dr kwn2..dengan cara nie sy rase hidup sy mulai tenang. tak mcm dulu. sy rase hidup sy sekarang ramai yang bg semangat pd sy untuk tabahkn diri.

  13. mira berkata:

    salam.. sy sedih tp sy terpaksa redah dgn kehendak NYA.. suami bru pergi kepada NYA pada 4/5/13 ari tu.. arwah berumur 26thn.. kawen bru 5thn.. sy sedih bila teringat kenangan bersama arwah.. bila rindu sy kirim kn Al-Fatehah kt die n mengadu nasib pd Allah.. lps nangis bru lega..

  14. shim72 berkata:

    mengadulah pada Allah, nescaya ia dpt membantu anda. memang sukar nk melupakan tapi Allah sntiasa mdengar…

Tinggalkan komen