KISAH SEORANG ANAK DERHAKA KEPADA IBUNYA.

Iklan Text :

untuk sewaan ruang iklan sila hubungi admin di azmanyusop(at)hotmail(dot)com

Terkini

” Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada
tengah
hari itu. 1 September 1994. Serius mereka berbual hingga dahi
berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng-gelengka n
kepala.

Pasti ada sesuatu yang ‘besar’ sedang mereka bincangkan, kata saya di
dalam
hati. Setelah enjin motosikal dimatikan, saya berjalan ke arah mereka.

” Bincang apa tu? Serius aku tengok,” saya menyapa.
” Haaa…Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari
kubur emak dia? ” kata Jaimi, kawan saya.
” Budak perempuan? Tak boleh keluar dari kubur? Aku tak faham bah,”
jawab
saya. Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan
itu.

” Macam ni,” kata Jaimi, lalu menyambung, ” di kubur kat kampung Batu 10
tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi lepas
itu
dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu.
Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia… tapi belum boleh lagi “.

” Kenapa jadi macam tu? ” saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih
mendalam. Patutlah serius sangat mereka berbual..

Jaimi memulakan ceritanya. Kata beliau, memandangkan semalam adalah hari
kelepasan semperna Hari Kebangsaan, budak perempaun berumur belasan
tahun
itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar
bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan. Bagaimana pun, ibunya yang sudah
berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang.

” Bukannya banyak, RM 20 aja mak! ” gadis itu membentak.
” Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu,” jawab ibunya perlahan.
Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah bertahun-tahun dia
mengidap darah tinggi,lemah jantung dan kencing manis.

” Maaak… kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak,” kata
gadis itu.
” Yalah, mak tau… tapi mak tak ada duit,” balas ibunya.
” RM 20 aja! ” si gadis berkata.
” Tak ada,” jawab ibunya.
” Emak memang kedekut! ” si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras.

” Bukan macam tu ta…” belum pun habis ibunya menerangkan, gadis
tersebut
menyanggah, katanya,
” Ahhh…sudahlah emak! Saya tak mau dengar! ”
” Kalau emak ada du… ” ibunya menyambung , tapi belum pun habis
kata-katanya, si gadis memintas lagi, katanya ;
” kalau abang, boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada! ”

Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke
pintu. Si ibu jatuh ke lantai.
” Saida.. Sai.. dddaaa..” katanya perlahan sambil mengurut dada.
Wajahnya
berkerut menahan
sakit.

Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai. Dia
sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam bilik,
dibalingnya bantal dan selimut ke dinding. Dan sementara di luar,
suasana
sunyi sepi.

Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar. Alangkah
terkejutnya
dia kerana ibunya tidak bergerak lagi. Bila dipegang ke pergelangan
tangan
dan bawah leher, tidak ada lagi nadi berdenyut.

Si gadis panik. Dia meraung dan menangis memanggil ibunya,tapi tidak
bersahut. Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu. Melalui
jiran-jiran,
kematian wanita itu diberitahu kepada bapa gadis yang
bekerja di luar.

Jaimi menyambung ceritanya; ” Mak cik tu dibawa ke kubur pukul 12.30
tadi.
Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi bila mayatnya nak
dimasukkan
ke dalam kubur, ia jadi berat sampai dekat
10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur. Suaminya
sendiri
pun tak dapat bantu.”

” Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-merta jadi
ringan. Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi
kubur.”

Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah
ibunya. Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat
tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan.

Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad.
Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut, tiba-tiba
kakinya tidak boleh diangkat. Ia seperti dipaku ke tanah. Si gadis mula
cemas.

” Kenapa ni ayah? ” kata si gadis. Wajahnya serta-merta pucat lesi.
” Apa pasal,” Si ayah bertanya.
” Kaki Saida ni.. tak boleh angkat! ” balas si gadis yang kian cemas.

Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh. Seorang demi
seorang
menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku.

” Ayah, tarik tangan saya ni. Kaki saya terlekat……. tak boleh nak naik,”
gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya.

Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal. Kaki gadis tersebut
melekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi dipanggil untuk menariknya
keluar, juga tidak berhasil.

” Ayah…kenapa ni??!! Tolonglah Saida, ayah..” si gadis menangis
memandang
ayah dan adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur.

Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur. Mereka cubamenariknya
beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah, kaki si gadis tetap terpasak
di
tanah. Tangisannya bertambah kuat.

” Tolong saya ayah, tolong saya…….kenapa jadi macam ni ayah? ” kata si
gadis sambil meratap.
” Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal. Sekarang, ayah pun
tak
tau nak buat macam mana,” jawab si ayah selepas gagal mengeluarkan
anaknya
itu.

Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak
berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah.

” Emak…ampunkan Saida emak, ampunkan Saida…” gadis itu menangis.
Sambil
itu dipeluk dan dicium jenazah kiblat. Air matanya sudah tidak boleh
diempang lagi.
” Maafkan Saida emak, maafkan , Saida bersalah, Saida menyesal… Saida
menyesal…… Ampunkan Saida emak,” dia menangis lagi sambil memeluk
jenazah
ibunya yang telah kaku.

Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh di tarik
keluar. Beramai-ramai orang cubamengeluarkannya namun kecewa. Apabila
terlalu lama mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan bahawa kubur
tersebut perlu dikambus.

” Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat dilihat lagi.
Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja… kalau hujan macam mana?

kata imam kepada bapa gadis berkenaan.

” Habis anak saya ?” tanya si bapa.
” Kita akan terus cuba tarik dia keluar. Kita buat dua-dua sekali, mayat
isteri awak disempurnakan, anak awak kita selamatkan,” balas imam.

Lelaki berkenaan bersetuju. Lalu seperti yang diputuskan,upacara
pengebumian terpaksa diteruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya.
Bagaimana pun kubur dikambus separas lutut gadis saja, cukup untuk
menimbus
keseluruhan jenazah ibunya.

Yang menyedihkan, ketika itu si gadis masih di dalam kubur. Bila talkin
dibaca, dia menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu dia meminta ampun
kepada ibunya dengan linangan air mata. Selesai upacara itu, orang ramai
berusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil.

” Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan. Dah lapar sangat.
Lepas itulah aku singgah ke kedai ni. Lepas ni aku nak ke kubur lagi.
Nak
tengok apa yang terjadi,” kata Jaimi.

” Aku pun nak pergilah,” kata saya. Lalu kami semua menunggang motosikal
masing-masing menuju ke kubur.

Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana . Beberapa buah kereta
polis juga kelihatan di situ. Saya terus berjalan pantas menuju kubur
yang
dimaksudkan dan berusaha menyusup ke celah-celah
orang ramai yang sedang bersesak-sesak.

Setelah penat berusaha, akhirnya saya berjaya sampai kebarisan paling
hadapan. Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di
depan
kami telah dibuat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh meter
daripada kami dan terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun. Di
dalam
kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata
masing-masing.

Nasib saya memang baik hari itu. Dua tiga orang daripada polis berkenaan
adalah kenalan saya.

” Pssstt…Raie. …Raie..Psstt, ” saya memanggil, Raie yang perasan
saya
memanggilnya mengangkat tangan.
” Boleh aku tengok budak tu? ” saya bertanya sebaik saja diadatang ke
arah
saya.

” Mana boleh. Keluarga dia aja yang boleh,” jawabnya perlahan-lahan
seperti
berbisik. Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan, khuatir ada orang
yang tahu.
” Sekejap aja. Bolehlah…” saya memujuk…..

Alhamdulillah, setelah puas dipujuk dia mengalah. Tanpa berlengah, saya
menyusup perlahan-lahan dan berjalan beriringan dengan Raie, seolah-olah
tidak melakukan apa-apa kesalahan. Namun demikian dada saya berdebar
kencang. Pertama, risau & takut dihalau keluar. Kedua, tidak sabar
hendak
melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan.

Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran, akhirnya saya sampai ke
pusara
yang dimaksudkan. Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polis
memerhatikan kedatangan saya.

Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik. Mungkin dia merayu supaya saya
tidak dihalau. Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang berpangkat
mengangguk-angguk. Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya
ke
arah sebuah kubur.

Bila dijenguk kedalam, dada saya serta-merta terasa sebak. Saya lihat
gadis
berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis teresak-esak.
Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan merintih;
“Emak… ampunkanlah Saida, Saida sedar, saida derhaka pada emak, Saida
menyesal,
Saida menyesal……”

Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yang
bengkak, gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada arwah
ibunya. ” Emak…lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan saya, lepaskan
saya,”
Ditarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga.

Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur. Nyata
mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat untuk
menyelamatkan
gadis berkenaan.

” Sudahlah tu Saida…makanlah sikit nak ,” rayu bapanya sambil
menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air. Si gadis tersebut langsung
tidak mengendahkan. Malah memandang ke atas pun tidak. Dia sebaliknya
terus
meratap meminta ampun daripada arwah ibunya.

Hampir menitis air mata saya melihat Saida. Tidak saya sangka, cerita
datuk
dan nenek tentang anak derhaka kini berlaku di depan mata.

Begitu besar kekuasaan Allah. Memang betullah kata para alim ulama, dosa
menderhakai ibu bapa akan di balas ‘tunai’.

Malangnya saya tidak dapat lama di sana . *****a 10 – 15 minit saja
kerana
Raie memberitahu, pegawainya mahu saya berbuat demikian. Mahu tidak
mahu,
terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut. Sambil
berjalan kedengaran lagi Saida menangis dan meratap ” Ampunkan saya
emak,
ampunkan saya, Ya Allah, lepaskanlah kakiku ini, aku bertaubat, aku
insaf…”

Lantas saya menoleh buat kali terakhir. Saya lihat bapa Saida dan adik
beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk dibawa keluar, tapi
seperti tadi, tidak berhasil. Saya lihat seorang polis mengesatkan air
matanya.

Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu.
Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam kepungan
lengkap dengan senjata masing-masing. Wartawan dan
jurugambar berkerumun datang untuk membuat liputan tetapi tidak
dibenarkan.
Mereka merayu bermacam-macam cara, namun demi kebaikan keluarga gadis,
permintaan itu terpaksa ditolak.

Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba.
Saida
masih begitu. Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak
henti-henti meratap meminta keampunan. Saya
pulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata. Suara
tangisannya terngiang-ngiang di telinga saya.

Saya diberitahu, sejak siang, tidak ada secebis makanan mahupun minuman
masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati. Bapa dan adik beradiknya masih
tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin
dan berdoa. Namun telah disebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapa
adalah dosa yang sangat besar. Saida tetap tidak dapat dikeluarkan.

Embun mula menitis. Saida kesejukan pula. Dengan selimut yang diberi
oleh
bapanya dia berkelubung. Namun dia tidak dapat tidur. Saida menangis dan
merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.

Begitulah yang berlaku keesokannya. Orang ramai pula tidak susut
mengerumuni perkuburan itu. Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan
tapi mereka puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang
bercerita.

Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal
dunia.
Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar kepanasan matahari
pada waktu siang dan kesejukan di malam hari.
Mungkin juga kerana tidak makan dan minum. Atau mungkin juga kerana
terlalu
sedih sangat dengan apa yang dilakukannya.

Allah Maha Agung…sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir, barulah
tubuhnya dapat di keluarkan. Mayat gadis itu kemudian disempurnakan
seperti
mayat-mayat lain.

Kuburnya kini di penuhi lalang. Di bawah redup daun kelapa yang
melambai-lambai, tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang
derhaka.

76 Responses to KISAH SEORANG ANAK DERHAKA KEPADA IBUNYA.

  1. asgaf berkata:

    memang benar tapi kadang2 kita lupa kita melukakan hati ibu..

  2. sharul nizam berkata:

    selagi nadi kita bergerak tanpa henti buatlah amal bakti kepada kedua ibu bapa kita kerana syurga berada dibawah tapak kaki ibu…..carilah keredhannya

  3. Sharool berkata:

    Kita Jangan Derhaka Mesti mak kita tak akan melepas kan

    • meka berkata:

      btol tu…jgn sesekali melawan ibu dan ayah …walaupun memgeluarkan perkataan “ah ah…jgn sesekali…salam

    • Wahai shabt kini ku tlah membca kisah brita anak durhaka pda ibu..mrilah kita berbkti pda ke 2 orang tua bgi mnpn mreka ada lh satu2nyh untk mrenungkn hati kita yng lg susah..jg pla kita jngng lupa kpd tuhan yang maha esa..brsujud lah kpd ibu sperti kita bersjud kpd allah swt..krn surga ith ada di tlpk kaki ibu..rido ibu rido tuhan jga.do.a ibu do.a allah swt jg.mangka dri stuh mrilah kita insaf..whay para muslimin.saudara saudri ku yng ada di dunia ini.

  4. anak mak berkata:

    salam…

    cuba ingatkan kembali,sepanjang hidup kita,pernahkah kita melukakan hati ibubapa kita? bersyukurlah pada anda yg masih mempunyai keduanya.baliklah jenguk mereka.tanya khabar dari anak lebih bernilai dari segalanya..al-fatihah utk kedua ibubapa yg telah tiada di alam fana ini..

  5. nazrul berkata:

    keredhaan ALLAH terletak pada keredhaan ibu bapa.berbaktilah selagi mereke masih bernyawa.amin..

  6. the freindly gurlz berkata:

    selagi kita masih idup selagi tu lah kita mesti sentiasa mendengar arahan mak kita

    • tasnim berkata:

      salam..
      btl2…& kalau ibu kt memberi teguran or nasihat, dgr lah & patuhi lah sesungguhnya teguran seorang ibu itu adalah untuk kebaikan kita or masa depan kita..wsalam..

  7. nursilah berkata:

    ya,surga di tapak kaki ibu,saya percaya tiada seorang pun tidak pernah melakukan kesalahan.jika ada salah,cepat-cepatlah minta ampun kapada kedua ibubapa.

  8. anak mak.. berkata:

    sayang mak…

  9. enfathul berkata:

    Sayangi dan jagalah ibu bapa kita sebagaimana mereka menjaga kita sejak dr dlm kandungan ibu lagi

    Tanpa mereka kita takkan dpt melihat langit & bumi.

    Kasih ibu sampai ke mati, doa ibu membawa ke syurga… oleh itu jgn derhaka….

  10. Tanggang berkata:

    ini kisah benar atau penglipur lara?

  11. mazrul berkata:

    ibu, mak, mama, mom, umi.. you’re the only one! Luv U!

  12. didi budak kecik berkata:

    Ya Allah, kalo aku dapat tenggok…..
    mau pengsan aku….
    mak i love u…..
    sayang mak….

  13. farid berkata:

    ibu, kaulah ratu hatiku.
    ayuh semua, kita bahagiakan kedua ibubapa kita.
    semoga kita sama2 diredhai Allah.

  14. amoi berkata:

    mak, ampunkan dosa ku jika aku telah melukakan hatimu….

  15. budak blurrrr..... berkata:

    always amalkan dlam khidupan….

  16. rosida abu bakar berkata:

    dari seorang ibu….insaflah wahai anak-anak…. ambillah iktibar dari kisah ini

  17. kurang ajak si gadis itu

  18. kita mesitah sayang kepada ibu bapa kita

  19. laurani ujung berkata:

    kasihannya ibu yang malangnya tuch…..

  20. killerqwen_90@yahoo.com berkata:

    kdg2 kite xsdar y kite sbnarnya derhaka kt parents kite…
    hnya ibu dan ayah sja yg thu..
    ibu ayah,
    ampunkan dosa anakmu..

  21. unding berkata:

    salam!!
    knp ada orang di kalangan kita ni yg x pandai hargai jasa2 kedua orng tua mereka??
    sampai2kan sanggup derhaka kpd orng tua mereka sendiri??

  22. noor berkata:

    mmg betul ckp org tua siapa yg menderhakan kedua dua ibu bapa mereka,mereka akan dpt balasan scr tunai!!!!!!!ya allah engkau ampunilah segala dosa yg tlh aku buat kpd ibu atau bapaku!!!! AMPUNILAH DOASA AKU NI YA ALLAH!!!!!!seram sungguh mendengar cerita cerita tersebut!!

  23. irah berkata:

    mmg btol..dlm al quran pown dh trtulis..surga d bwh tapak kaki ibu..jika kita menderhakai maka dibalas la dosanya dengan tunai..

  24. abdul hamid berkata:

    kisah ini cuku menarik semoga dapatdiambil hikmahnya oleh kita, bayangkan bagaimana ibu mengandung selama 9 bulan lebih, merawat, menyusui, menjaga selepas bayi, memelihara sampai menjadi lulus sekolah sepantasnhya kita mengucapkan terimakasih setelah allah, ibu adalah kunci pintu surga, siapa yang durhaka kepada ibu maka pintu surga tidak akan terbuka, aminn

  25. hamba allah berkata:

    bersama sama lah kita bertaubat…astaghfirullahalazim

  26. zaliza berkata:

    syurga itu ditelapak kaki ibu…semoga cerita ini beri iktibar kepada semua termasuklah saya…

  27. liana berkata:

    astaghfirullahalazim… moga2 kta xsdemikian…

  28. aina zawina berkata:

    sayanggg mak… ambillah kisah d ats sbgai pengajaran.. assalamualaikum…..

  29. zulhaditsya berkata:

    askum..sayangi la org tua kita..penyesalan itu slalu datang kemudian..who next u mother n father..al-fatihah utk arwah..

  30. hamba ALLah berkata:

    mama…………..
    adk minxmaaf.-
    minxampunnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.-!

  31. Apa la manusia ny…renung2kn la ibu yg melahirkn kita..yg mjaga kita dri kcil hinga dwasa..ya allah…ampunilah hambamu ini.

  32. farisya berkata:

    kisah yg pnuh dgn teladan..m’beri pngajarn kpd kita semua.ya Allah..jauhkn ak dri tglong dlm glongn org2 yg drhaka t’hdp ibu bapa.Aminnn…

  33. mira berkata:

    ibu da r insn yg tsgjung.. Tnpanya sapa r kta.. B’bkti r slagi ada ksmptn utk mblas jsanya yg x thgga..

  34. mira berkata:

    ibu ibrat nyawaku.. Tnpa ibu ku x mgrti ttg khdpn.. Mfkn ankmu nie s’andainya Pena mykti maupn mlukakn atymu tnpa sdar.. Owez loving ur mum..

  35. nur adenin berkata:

    bagi aku ibu adalah syurga yg allah kirimkn pda kita..
    aku brsyukur kerna msih pnyai ibu…

  36. husein harahap berkata:

    Hhhuuuffff…
    Seru bgt cerita ny..

    Jadi merinding
    Nech gua..

    Ak gk akan
    Melawan sma
    Orng tua lagi lach..

    Apa lagi sama
    Ibu yg telah melahir kn
    Gua..

    I love mom…
    :)))

  37. meka berkata:

    maaf kan aku ibu..aku pernah merderhakai ibu..melawan macm ape…ibu…ampun kn dosa ankmu mu ini ibu….ya allah ttupkanlah pintu hati dalm kegelapan yg ada dlm lubuk hati ini ya allah….aku ingin berubah buat selama lama nya…aku x nk mengulangi nya lg…aku sngt menyanyangi ibu ku ya allah…amin…………………

  38. mohd faizal berkata:

    tanpa ibu&ayh kt xde kt dunia ni! jgn jd sifat lupa diri kat dunia ujian je! akhirat kptsan nya

    • Nur halimah berkata:

      right!!!tanpa ibu bapa sapa lah kita di dunia nie…bila kita dah besar…dah ada keja…please lah jan lupa daratan…mereka yang melahirkan kita taw…..

  39. […] The busiest day of the year was May 12th with 201 views. The most popular post that day was KISAH SEORANG ANAK DERHAKA KEPADA IBUNYA.. […]

  40. yanie berkata:

    bagus tentang cerita ini…
    menarik dan memberi pengajaran kepada pembaca kisah ini…
    harap dapat diingati sehingga ke akhir hayat saya…

  41. atikah10 berkata:

    Allah…ya allah…memang kesian tapi gadis itu kurang ajar kat ibunya sendiri..bila kaki da stuck kat dalam kubur ibu nya sdiri baru sedar..dia nmpk sgt mementingkan kwn nya dari ibunya sdiri…astagfirullah…taubat lah sesiapa yg berbuat demikian..(yg masih hidup)…

  42. saudah berkata:

    memang kalau anak durhaka kepada orang tua itu sangat berdosa besar maka selagi orang tua kita masih ada kita harus lebih menghomati dan membahagiakan mereka dan selalu patuh pada perintahnya

  43. nazatul berkata:

    saya suka lha nie cerita
    menarik,ada yg sedih2,memang best lha nie cerita
    kesian jgk tu gadis terstuck kakinya kat dalam kubur…

  44. sue berkata:

    jgnlh seskli kta melkakn hti kedua ibubapa kta…dgn skap angkuh kta…skap smbong..bsar dosanya nla kta mendrhaka kpd kedua ibubpa kta..jd hrmtilh,sygilh,kshilh kedua ibubpa kta…sesngghnya syrga itu trltak di tlpak kaki ibu..yg msih mempnyai kedua ibubpa sygilh mreka slgi merka msih hdup….

  45. Anak Kedah berkata:

    Ibu adalah syurga,ayah adalah jambatan untuk ke syurga. Jika kedua-duanya kita durhaka jangan bayang syurga bau syurga pun tak dapat.YA ALLAH SAYANGI MAK DAN AYAHKU seperti mana mereka menyayangi aku semasa aku kecil hingga sekarang.MAK AYAH jasa dan budi tidak akan ku kenang sehingga akhir hayatku.

  46. Nurula'iniz berkata:

    Aku sayang makbapak aku.Aku tidak mahu mak bapak ku meninggal dunia.Aku kasihan akan mereka.Mereka adalah kepentingan diriku!!Aku berjanji akan slalu menjaga mereka hingga akhir hayat nanti…Mereka akan msuk ke syurga.insyaallah! amin.

  47. Nur halimah berkata:

    salam???kita janganlah bercakap kasar ngn ibu anda…hargaila ia sitap masa……tolong jan abaikan mereka..jika mereka tiada kita juga yang susah……………………

  48. tacya sayang berkata:

    mak saya mintak maaf pada mak maaf ibu ku sayang

  49. ieyla92 berkata:

    sedihnya ctew …
    besarnyew kuasa allah s.w.t…
    sejahat ane pown ibubapa kite..mereka tetap ibubapa kite…yg merawat,,membesarkan kite dr kecil dn melahirkan kite..begitu sakit ibu melahirkan kite…
    so,jgnlah tgglkn ibu kite…kasih ibu sepanjang nyawa…
    kasih ayah sepanjang masa….
    doakanlah utk kedua ibubapa kite….
    aminnn…

  50. Maimunah Jalil berkata:

    jadi kan kisah ini sebagai tauladan…bagi anda yg masih punya ibu,,sayangi dan hormatilah ia……

  51. norfisah berkata:

    jangan sesekali menyakiti perasaan ibu kita.dosa besar.takut akan balasan dari allah.

  52. lyn berkata:

    cerita benar ke ni?kalo benar jadikanlah ia satu pengajaran…mg sedih…

  53. nik allan berkata:

    sedihny dgr crita ni..aq harap aq tdk mnjadi anak yg derhaka..aq sayang mak aq..i luv u mom.

  54. syafiqah berkata:

    saya baru je tadi buat kesalahn ngan mak saya

  55. Bibie berkata:

    Kisah yg menyayat aty..

  56. iries dayani berkata:

    ya allah , , , ampunilah sgala dosa” ku pda masa lalu trhadap ibu dn ayah ,. smoga aku tak trmasuk kdalam org” yg durhaka,aminn

  57. nabilahtamanha@yahoo.com berkata:

    astafirulallahalazim BEDOSA BESAR SIAPA YG BELUM MEMINTA MAAF LAGI TLONG LAH MINTA MAAF KPADA IBU BAPA

  58. Angel reValina berkata:

    Saya menangis membaca Nya terharu dengan apa yang telah kubuat ke ibu

  59. maisara berkata:

    ya allah ampun dOsa ku kpda kedua ibu bpa ku…aq brdOa spya aq di mask kan kedlm syurga yg berchaya amin..

  60. ain berkata:

    sedih gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

  61. QISTINA berkata:

    JANGANLAH KITA MENDERHAKA KEPADA IBU ATAU AYAH KITA DAN KITA AKAN DIBALAS JUGA SAYANGILAH IBUBAPA KITA

  62. INTAN berkata:

    SAYA INGIN MEMINTA MAAF KPD IBUBAPA SAYA…….SAYA SAYANG IBUBAPA SAYA

  63. safras alia berkata:

    SUBHANALLAH, BETAPA BESARNYA KEKUASAAN MU YA ALLAH … KEPADA SEMUA JADIKANLAH KISAH INI SEBAGAI PENGAJARAN & TAULADAN KEPADA KITA SMUA….

  64. nana berkata:

    saya ingin meminta maaf kepda ibu kalau saya berbuat salah ataupun dosa. .

  65. norliza berkata:

    Allahuakbar!..sesungguhnya syurga itu di telapak kaki ibu..mudah2an Allah merahmati kedua ibu bapaku..amin..

  66. rizal berkata:

    Kita mestilah hormat dan menjaga mereka seperti mana mereka menjaga kita selama ini dan janganlah kita melukai hati mereka kerana mereka telah membesarkan kita dengan penuh kasih sayang.ibu bapa adalah orang yang paling penting kerana mereka adalah orang yang melahirkan dan mengazankan kita waktu kita lahir.

Tinggalkan komen